Jom Tebus 2 Set KITKAT Chef's Creation Di Pop Up Store KITKAT Sunway Pyramid

KITKAT Chocolatory kini kembali lagi dengan KITKAT perisa terbaru mereka. Bagi Kak Bell dalam banyak-banyak jenama coklat di Malaysia, KITKAT di antara salah satu jenama coklat No.1 yang Kak Bell suka. Dengan adanya KITKAT Chocolatory pertama Malaysia di Mid valley Megamall, terdapat pelbagai perisa yang pelik-pelik tetapi dekat dengan hati kesemua rakyat Malaysia.


Bertepatan dengan kedatangan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Malaysia ke-62 yang lepas, KITKAT Chocolatory telah memperkenalkan 2 lagi varian KITKAT iaitu perisa Roti Canai dan Coklat! Bersempena dengan Hari Malaysia nanti, Kak Bell cadangkan anda semua tidak melepaskan peluang untuk menikmati sendiri pelbagai varian Malaysia Savour seperti KITKAT Nasi Lemak, KITKAT Durian Delight, KITKAT Rose Bandung Ais Kacang, KITKAT Apam Balik, KITKAT Onde-Onde dan lain-lain.


Semua perisa baru yang diperkenalkan memang ada rasa unik yang tersendiri dan ada ciri rasa makanan tradisi Malaysia seperti namanya. Kesemuanya sedap bagai Kak Bell dan KITKAT Apam Balik yang paling Kak Bell gemari.



Buat peminat jenama KITKAT bolehlah mengunjungi Pop Up Store KITKAT di Sunway Pyramid, LG2 Orange Wing (next to Orange Concourse) bermula 26 Ogos-6 Oktober 2019 untuk mencuba varian yang dihasilkan ilham dari rasa makanan tradisi atau popular Malaysia iaitu KITKAT Nasi Lemak, Kopi & Kaya Crunch dan Cendol Durian. Anda semua boleh menebus 2 set Chef's Creation tadi sehingga 6 Oktober 2019. Jom cepat kerana ianya adalah untuk tempoh masa yang terhad sahaja!


Kepada peminat KITKAT yang nak tahu perisa apa yang telah dikeluarkan, bolehlah rujuk link berikut. Walaubagaimanapun sesetengah varian hanya datang dalam masa terhad. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai KITKAT & KITKAT Chocolatory, boleh layari laman FB berikut https://www.facebook.co/KITKATMalaysia/


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top