KITKAT Ruby Terbaru : Coklat Ruby Semula Jadi Pertama Kali Debut Di Malaysia

Ungkapan "Have A Break, Have A KITKAT" memang sudah sinonim dengan jenama coklat KITKAT. Jenama coklat No. 1 Malaysia ini, telah melancarkan varian coklat terbaru KITKAT Ruby dan juga pelbagai lagi jenis coklat yang baharu di KITKAT Chocolatory, Mid Valley baru-baru ini. Yang menariknya, KITKAT Ruby ini menggunakan sensasi jenis coklat terbaru iaitu coklat Ruby yang berwarna pink semula jadi. Nak tahu lebih lanjut tentang jenis coklat ke-4 terbaru dunia ini? Jom ikuti selanjutnya.


Coklat Ruby ini merupakan varian terbaru coklat dunia yang dihasilkan selepas 80 tahun setelah penghasilan dark choclate, white choclate dan milk choclate. Coklat Ruby yang berwarna pink semulajadi ini dihasilkan tanpa menggunakan sebarang pewarna, perasa dan aditif atau pengubahsuaian genetik tambahan. Warna dan perisa coklat Ruby ini sebenarnya memang sudah pun wujud secara semula jadi dalam biji-biji coklat tersebut. 


Proses pembuatan coklat Ruby yang unik ini dihasilkan melalui proses khas oleh pemproses coklat dan koko Barry Callebaut Switzerland. Mereka menggunakan biji-biji koko terpilih yang terdapat di negara tanaman koko seperti Ivory Coast, Ecuador dan juga Brazil. 

Sejarah inovasi coklat

Sebelum menghadiri pelancaran dan melawat ke store baharu KITKAT Chocolatory, info berkenaan sejarah coklat dan KITKAT telah dikongsikan oleh pihak Nestle Malaysia. Anda boleh ikuti sejarah KITKAT seperti berikut:

1911 - Penghasilan jenama coklat "KITKAT"
1935 - Coklat wafer 4 jejari pertama kali dilancarkan di UK
1937 - Penjenamaan semula KITKAT sebagai choclate crisp
1942 - KITKAT pembungkusan warna biru diperkenalkan pada World War II
1958 - "Have A Break, Have A KITKAT" diperkenalkan
1988 - KITKAT baru berwarna merah di bawah Nestle
1993 - Kilang KITKAT ditubuhkan di Malaysia
2014 - Pek hadiah KITKAT diperkenalkan
2015 - KITKAT Green Tea Halal pertama di dunia dihasilkan
2016 - Penubuhan KITKAT Chocolatory Malaysia




Pihak Nestle juga turut menyedikan contoh jenis-jenih coklat dan rangkaian produk konfeksi Nestle. KITKAT Nestle merupakan jenama konfeksi global pertama yang menggunakan 100% koko lestari yang diperoleh menerusi Pelan Koko Nestlle. KITKAT Malaysia merupakan produk buatan tempatan 100%, halal dan dikilangkan di Chembong, Negeri Sembilan.



“Kami teruja untuk membawa KITKAT Ruby ke Pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat  baharu yang hebat ini. KITKAT juga sentiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna. Dengan perisa buah-buahan yang terdapat secara semulajadi dalam coklat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya pasti menambat selera seterusnya membuatkan pengguna kami pasti seronok menikmati KITKAT Ruby," kata Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia.

Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia

Produk coklat daripada jenama Nestle termasuklah KitKat sememangnya dijamin HALAL dan penggemar coklat, kini boleh menikmati wafer bersalut coklat serba baharu dengan kemunculan KITKAT Ruby di Malaysia.


Selain itu juga, ada pelbagai lagi flavor terbaru KIKKAT yang dibuat khas buat citarasa rakyat Malaysia dan juga bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba. Diantaranya seperti:

KitKat Ruby


KitKat Traditional Onde-Onde


KitKat Milk Tea with Rose


KitKat Traditional Nasi Lemak


KitKat Ais Kacang


KitKat Durian Delight


KitKat Rose Bandung


KitKat Milk Tea


KitKat Green Tea


CNY Special

KitKat Pineapple Tart


KitKat Abundance Of Mandarin


KitKat Cherry Blossom


KitKat Peanut Butter


KITKAT Chocolatory Store di Mid Valley sebenarnya telah dibuka kepada pelanggan pada 2016. Dengan pelancaran KITKAT Ruby ini, store baru mereka telah berpindah lokasi di Tingkat 1, Mid Valley. KITKAT Chocolatory menawarkan peluang kepada pelanggan untuk membuat gubahan KITKAT mengikut citarasa mereka sendiri daripada 10,000 kombinasi coklat dan hiasan atas (topping) coklat yang berlainan mengikut pilihan kita sendiri!


Dapur terbuka KITKAT Chocolatory

Semua sedap!

Majlis pelancaran turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Chef Andy Van den Broeck, Penasihat Teknikal Kanan, Pembangunan Produk Barr Callebaut di Asia Pasifik. Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang cukup meluas dalam proses membuat coklat sehingga dapat memukau orang ramai dengan pertunjukan membuat coklat Ruby daripada inti ganace coklate putih berseduh saffron. Malah, beliau turut memperlihatkan proses pengolahan coklat termasuk tempering, pengacuan kulit, inti, penutupan dan pengacuan semula, satu per satu.


Berminat untuk mencuba produk inovatif daripada KITKAT? Bolehlah datang ke KITKAT Chocolatory di Malaysia yang pertama di Asia Tenggara iaitu di F048, Floor 1 Mid Valley Megamall. Nak lagi senang, boleh sahaja order menerusi pesanan atas talian (Lazada, Shopee & 11Street) untuk penghantaran terus ke depan pintu anda. Dan jangan lupa juga untuk bergambar di ruangan khas jika berkunjung ke KITKAT Chocolatory ini nanti.


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai KITKAT & Chocolatory, boleh terus layari website https://www.facebook.co/KITKATMalaysia/



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top