Tuala Pantai SAND-FREE Tesalate

Hampir lebih setahun Kak Bell tak pergi bercuti ke mana-mana samaada di dalam atau luar negara. Paling terakhir travel adalah pada 17 bulan lepas ke Pulau Perhentian. Mungkin kalau ada kelapangan nak merancang percutian ke Pulau Tioman atau Langkawi. Bercerita pasal pantai, bulan lepas Kak Bell ada survey tuala pantai (beach towel). Bukannya apa, kalau ke pantai mesti akan rimas kalau pasir melekat-lekat pada kain dan sangatlah tidak praktikal nak membawa tuala biasa ke pantai. Jadi, Kak Bell nak kongsikan tentang tuala pantai dari Tesalate yang berasal dari Australia. Katanya, tuala pantai Tesalate ni diantara yang terbaik di dunia. Betul ke?


Tuala Pantai Tesalate
Apa yang menarik tentang tuala syarikat Tesalate dari Australia ini ialah pasir tidak akan melekat pada tuala mereka ketika di pantai (sand-free) dan ianya boleh digunakan di banyak tempat dan acara. Tuala yang diperbuat daripada mikrofiber AbsorbLite ini terdiri daripada campuran komposisi bahan 80% poliester dan 20% poliamida. AbsorbLite ini direka untuk tahan lasak dan membolehkan pasir mudah meluncur dan tidak akan tersekat pada serat benang seperti pada tuala biasa. Pasir akan serta merta jatuh dari tuala tanpa melekat selepas diangkat.


6 Sebab Kenapa Tuala Pantai Tesalate Best

Bebas-pasir
Pasir memang mudah meluncur dan korang tak perlu lagi risau ketika bercuti di pantai. Selepas digunakan, anda hanya perlu kibaskan tuala dan semua pasir akan jatuh. Walaupun dalam keadaan basah, pasir turut tak melekat! 


Menyerap Air Dengan Baik & Cepat Kering
Tuala Tesalate ini Super Absorbent. Ianya dapat meyerap lebih daripada 1 liter air. Kadar pengeringannya juga dua kali lebih cepat dari tuala pantai biasa.

Praktikal & Kompak
Ianya sangat ringan dan boleh digulung atau dilipat dengan mudah untuk penyimpanan. Memang sangat sesuai untuk dibawa ketika bercuti. Tuala ini juga disediakan dengan cangkuk supaya mudah untuk digantung dan di bawa. Cangkuk ni berada di tengah-tengah tuala dan korang boleh terus lipat dua dan seterusnya simpan.


Pelbagai Guna
Tuala pantai Tesalate ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Boleh digunakan semasa di pantai, kolam renang, berkelah, percutian, yoga atau di mana sahaja sebagai tuala mahupun alas. Disebabkan Kak Bell belum sempat nak main pasir atau baring-baring tanned kan kulit, Kak Bell gunakan sebagai alas untuk piknik.


Jaminan Sepanjang Hayat
Tuala ini dibuat supaya tahan lama dengan jaminan seumur hidup (lifetime warranty). Paling menarik, anda boleh mengembalikannya tanpa sebarang soalan. Jika anda suka reka bentuk yang lain, anda boleh menukarnya secara percuma walaupun anda telah menggunakannya. Pihak Tesalate akan membayar kos penghantaran balik.

Rekaan Cantik & Menarik
Terdapat 38 rekaan menarik untuk tuala pantai Tesalate dengan 2 jenis saiz. Memang sangat cantik sampaikan Kak Bell rambang mata nak pilih yang mana. Akhirnya, design Cali Sunset menjadi pilihan Kak Bell. Setiap dari rekaan tuala mereka datang dengan design pada kedua-dua belah tuala (aztec pattern on the back side). Tak kisah korang boleh guna mana-mana bahagian sebab kedua-duanya sangat stylish!


Saiz biasa untuk seorang sudah cukup besar dengan ukuran saiz 160cm x 80cm / 63 x 31inci. Bagi yang ingin mendapatkan saiz lebih besar untuk 2 orang, saiznya adalah 160cm x 160cm / 63 x 63inci.

Full sized beach towel (33 jenis rekaan)
Saiz : 160cm x 80cm / 63 x 31 inches.
Harga : $59USD

Double sized beach towel (5 jenis rekaan)
Saiz : 160cm x 160cm / 63 x 63 inches.
Harga : $99USD


Full sized Cali Sunset design

Terdapat pelbagai reka bentuk rekaan yang cantik seperti rekaan geometri, floral, corak dan lain-lain yang boleh dijadikan pilihan untuk semua cita rasa. Dengan ciri tuala yang bebas-pasir, ringan dan praktikal memang sangat sesuai dibawa ke mana-mana. Walaupun harga agak mahal, yang penting Kak Bell puas hati!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut:

Website: www.tesalate.com
Facebook: www.facebook.com/tesalate
Instagram: www.instagram.com/tesalate
Pinterest: www.pinterest.com/tesalate

CONVERSATION

12 comments:

  1. Harganya boleh tahan tu sebab produk luar. Bagus juga tuala pelbagai guna ni boleh buat untuk lap badan, tikar ke dan lain2 kegunaan. Paling best kalis pasir tu.

    ReplyDelete
  2. Harga terbeliak biji mata juga. haha. Kalau mahal mesti ada benda kepuasan diri mereka berikan.. Terima kasih berkongsi satu produk yang bagus untuk travel di pantai amnya. :)

    ReplyDelete
  3. so useful.. time to go to the beach and seaside.. let's get some vitamin sea.. yeah yeah

    ReplyDelete
  4. Canteknya tuala ni. Serius unik pulak tu sbb x melekat kat pasir. Best giler. Corak dia pun cantik sangat

    ReplyDelete
  5. Menarik. Byk baik nyer, k bell. Sgt sesuai la bwk travel terutama nak mandi pantai. Faham jer la bila di pantai. Pasir nyer. Air masin nyer. Then seriously need towel yg bagus. Serap air. Tak perangkap pasit...kan...

    ReplyDelete
  6. Cali sunset design tu lawa gilaaa. Menarik tu memang menarik. Tapi harga dia boleh tahan jugak ye, hehe.

    ReplyDelete
  7. Wah this is so nice, I can use it for my summer beach vacation also. Nanti i go check out their site.

    ReplyDelete
  8. Cantik la corak dia. Tapi harganya pun sangat cantik. Haha
    Hanya mampu menjamu mata je dulu
    Tapi bagus la kan ada tuala jenis tak melekat pasir. Tak suka tuala yang diguna habis melekat pasir. Susah nak bersihkan.

    ReplyDelete
  9. Tuala pasir ni cantik design nya ya. Yang Jessie beli dulu plain. Tapi memang best guna. At least kita tak duduk kat pasir dan pasir melekat kat badan

    ReplyDelete
  10. oh, ni la ye tuala dari Australia yang you cakap kat I haritu ya. Cantik sangat2 design dia. nak jugak satu. Kita banyak buat koleksi tuala tau.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Corak kain ni memang lawa and unik! Memang sesuai bawa pi pantai ni! Kalis pasir.

    ReplyDelete

Back
to top