TOKO KILAT Muncul Dengan PEMACU API TOUR 2019 Bersama Noh Salleh - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal TOKO KILAT Muncul Dengan PEMACU API TOUR 2019 Bersama Noh Salleh

Trending

TOKO KILAT Muncul Dengan PEMACU API TOUR 2019 Bersama Noh Salleh

TOKO KILAT muncul dengan PEMACU API TOUR 2019 yang dipersembahkan oleh DISQOVR. Kumpulan yang sudah berdiri selama dua tahun tersebut disokong oleh The Gasket Alley selaku penganjur untuk ‘turun padang’ bersama-sama merapati para peminat industri muzik seni tanah air dalam satu rangka jelajah. Bukan hanya TOKO KILAT namun kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang pemuda ini juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga buah negeri.


Bermula 17 Ogos 2019, TOKO KILAT dan Noh Salleh akan bertemu peminat mereka di Pulau Pinang, diikuti Johor Bahru pada 24 Ogos 2019 dan venue akhir merupakan The Gasket Alley yang terletak di Petaling Jaya pada 14 September 2019.


Menurut Edwin selaku vokalis TOKO KILAT, setelah dua tahun muncul dengan album studio dan melakukan persembahan mahu pun gig, mereka kini tampil dengan album perdana yang memperkenalkan single RATU MALAM bersama muzik video. Album ini di-adun (mastered) di Abbey Road, UK dan Sterling Sound, Amerika Syarikat.

“Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari TOKO KILAT,” ujar Edwin mewakili kumpulannya.


Menurut Edwin lagi, TOKO KILAT merupakan gabungan para pemuzik dari pelbagai kumpulan. Dedikasi setiap para personal yang membuatkan mereka muncul kembali, malah lebih bersemangat. Ini merupakan kedatangan kali kedua buat mereka!

NOH SALLEH yang turut serta dalam siri jelajah ini akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya di dalam siri jelajah PEMACU API TOUR 2019 dan beliau turut akan mempromosikan hits terbarunya DEBU BERCAHAYA. Rilisan KASET pertama TOKO KILAT mendapat respons hebat dengan habis terjual- SOLD OUT!, dan ini menambahkan keyakinan mereka untuk mengeluarkan lebih lagi produk fizikal dan memperingatinya bersama peminat dalam siri jelajah ini nanti.

“Setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular untuk para peminat sama-sama merasai pengalaman TOKO KILAT menyiapkan album sulung kami,” ujar Irfan.


TOKO KILAT yang dibarisi oleh Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar atau dikenali sebagai Cipan (drum)Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) menjanjikan persembahan yang akan meninggalkan momen tersendiri buat para peminat mereka.

INFOMASI PEMACU API TOUR 2019

Tarikh dan lokasi : 
17 Ogos 2019 - Loft 29 @ George Town, Pulau Pinang
24 Ogos 2019 - Sunway Iskandar @ Nusajaya, Johor Bahru
14 September 2019 - The Gasket Alley @ Kuala Lumpur
Masa : 6.00pm – 11.55pm

Harga tiket:
Early Bird @ RM30 [Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster]
Pre-Sale @ RM40 [Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster]
Door @ RM50 [Tiket masuk]
**Dapatkan tiket Pemacu Api Tour 2019 hanya di www.tokokilatband.com


Lagu-lagu TOKO KILAT boleh didapati di SPOTIFY, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer. PEMACU API TOUR 2019 turut ditaja oleh FRED PERRY, WARDROBE dan MONSTER ENERGY. Untuk segala infomasi dan perkembangan terkini, para peminat boleh melayari laman sesawang berikut:

Laman web: www.tokokilatband.com
Instagram: @tokokilatband
Facebook: www.facebook.com/tokokilatband/


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post