Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah

Ikan Sardin atau Makerel yang dihidangkan dalam sos tomato memang dah jadi kebiasaan pada kita. Selain tahan lama, makanan dalam tin ni sesuai sangatlah dimasak di waktu kecemasan kalau tiada stok bahan mentah. Ada juga yang lebih suka mengolah kembali masakan sardin dalam tin tanpa menggunakan kuah sos tomato di dalam tin sardin. Kebiasaannya Kak Bell akan gunakan sahaja kuah tomato tersebut tetapi ada tambah sedikit bahan-bahan lain supaya lebih sedap.


Kali ni, Kak Bell nak kongsikan resepi masakan sardin menggunakan ikan sardin segar. Yang mana yang tidak gemar makanan dalam tin, bolehlah gunakan ikan sardin segar yang tentunya lebih sihat. Tak perlu nak was-was dalam sardin ada cacing ke apa.


Resepi ni memang sangatlah mudah yakmat nak buat. Cuma perlu ada cili kering, kicap pekat dan ikan sardin. Kali ni memang takde bahan-bahan tambah apa. Tersangat simple tapi menyelerakan! Kiranya step memasak basic 101 aje. Hehe. Oklah, jom tengok bahan-bahan.

Bahan-Bahan
4 ekor ikan sardin segar
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 senduk cili kisar
Kicap pekat manis
Garam/perasa
Minyak masak

Cara memasak:
1) Rebus cili kering yang telah dipotong/digunting hingga layu/lembut dan angkat.
2) Kisar semua bahan bertanda* dengan cili dah direbus, tambah sesudu minyak masak.
3) Panaskan minyak masak dan goreng ikan sardin, kemudian angkat.
4) Tinggalkan sedikit minyak goreng tadi dan tumis cili kisar sampai naik minyak.
5) Tambahkan kicap pekat manis secukupnya, kacau sebati.
6) Masukkan ikan sardin goreng tadi dan sesuaikan rasa dengan perasa.

TIPS!
  • Boleh tambahkan tomato atau kentang, lada atau cili api
  • Jika nak pedas, lebihkan cili atau guna cili yang jenis pedas
  • Gunakan kicap pekat manis ABC

Dah pun siap. Ikan sardin kicap semata, tak ada sayur atau lada bagai but confirm sedap! Untuk kicap pekat tu, tak kisahlah nak gunakan jenama apa. So far, Kak Bell buat masak kicap+cili gunakan jenama ABC ni memang terangkat. Mesti kena ada pedas-pedas sikit barulah membuka selera. Selamat memasak ye korang. Silalah tinggalkan komen kalau menjadi ya!

CONVERSATION

32 comments:

  1. Alaaaaa...tengok time ni terus lapar perut akak....

    ReplyDelete
  2. Ikan sardin ni kan kalau goreng garing garing, makan dengan nasi panas, fuhhh, dah menyelerakan dah. Mak dulu suka masak ikan sardin ni. Kita duduk mersing ni payah betul nak jumpa. Nak buat laksa guna ikan sardin segar ni pun x terbuat buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau goreng saje pun sedap sangat dah makan dengan nasik

      Delete
  3. alamak kite tak makan ikan camne? eh tapi nampak dia punya bahan tu simple je. boleh ganti dengan ayam kan> makan dengan nasi panas ni confirm sedap weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously? Wahh makan kepci je ke. Ada sumpahan ke tak makan ikan? Hehe

      Delete
  4. Sedapnya nampak. Haah kan, kalau pakai kicap pekat manis ABC tu memang sedap terlebih kan.Tapi saya tak boleh nak buat pedas pedas sebab anak tak makan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah pedas sangat pun. Letak sikit ajelah bagi rasa tangy cili. hehe.

      Delete
  5. terbaik lah. nampak sgt lazat yg amat!!!
    aida pun biasa buat masak kicap, masukkan skit cili kisar, bella.
    pedas skit kan. baru lah kaw bila makan :)
    and ikan sardin ni actually aida x pernah beli.
    dok makan ikan sardin ayam brand tu.
    will try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try sardin segar. Puas hati juga makan.

      Delete
  6. simple dan mudah. kadang2 masaan yg simple ni rasanya lebih sedap daripada yg banyak bahan. haha saya ni jenis reti makan je, masaknya tak reti pun haha.. nak trylah nnti. entah jadi ke tidak haha :)

    ReplyDelete
  7. Wow! U seriously can cook! Very simple to make also, thanks for sharing, I will definitely bookmark this to try one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, simple kan. Bolehla tak ada lah pandai sangat.

      Delete
  8. Mula-mula tengok tu tak cam pun ikan ingat daging hehehe sekali bila tengok resipi baru tahu pandai lah awak masak nanti boleh lah buat open house ajak kita makan kat rumah nak rasa juga awak masak wakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyoo, ada kepala tu uolsss. Kepala ikan. Hahaha. InsyaAllah awak.

      Delete
  9. Sis kalau ikan sardine segar ni selalu goreng garing..makan macam tu je..perghh terangkat, kdg2 masak gan cili merah. Nanti bolehlah try resepi bella ni pulak..terlioq tgok..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Selalu goreng aje. Makan dengan kucing. Hehehe

      Delete
  10. tak pernah akan ikan sardin lagi..boleh cuba ni..memang resepi yang mudah dibuat ni..huhu..kak bell ni pandai nor masaknya ya..kita pun kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ala biasa2 aje NAd. Tu pun kadang2 aje memasak.

      Delete
  11. Wow.... Sedapnya... Ringkas dan agak senang nak masak, tapi sangat menyelerakan.
    Hantar sepiring kat Mat drat bagus ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau basi dalam perjalanan nanti Mat Drat :)

      Delete
  12. Wah
    Menu ni nampak menarik dan sedap. Selalu ikan sardin ayu rebus dan goreng makan dgn nasi panas mmg terbaik rasanya

    ReplyDelete
  13. betul tu kak bell, kalau masak memang kena ada rasa pedas sikit baru selera nak makan. Wahhh kak bell pun guna kicap ABC, sedap kan rasa manis berlemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..Betul. Sedap la guna kicap ni. Kalau guna kicap kipas udang, habis sebotol nanti.

      Delete
  14. Amboi sedapnya nampak! Nad tak pernah pelbagaikan lagi masak sardine ni. Memang selalu masak dari dalam tin tu je hahah. Senang tumit sikit-sikit then tuang je yang dalam tin tu. Tapi kalau rajin sikit boleh la try resepi ni kan.

    ReplyDelete
  15. Emi tak pernah buat guna sardin segar. duk guna yang dalam tin je. Tapi sesetengah orang memang tak makan yang dalam tin. ofismet emi ada sorang macam tu

    ReplyDelete
  16. Fuh! Sedap ni kak. Cx tak pernah lg masak sambal kicap. Selalunya sardin masak sambal biasa, asam pedas dan kari je ehheh boleh cuba ni

    ReplyDelete
  17. tak pernah tak buat kita terliur ya sis. bila agaknya nak jemput kami pergi open house sis.

    ReplyDelete
  18. ikan sardin tu goreng garing2 sedap makan dengna nasi panas , dia saja pun dah cukup buat tambah nasi

    ReplyDelete
  19. Terliur! i memang suka masakan simple and masakan rumah macam ni. Makan dengan nasi panas panas memang terbaik.

    ReplyDelete

Back
to top