Safi Balqis Oxywhite Whitening & Hydrating Lotion 2 Dalam 1

Baru-baru ini, Kak Bell ada buat pembacaan tentang bahaya produk tiruan especially produk pemutih yang ada merkuri. Memang diakui rata-rata daripada kita ingin memiliki kulit putih, gebu, berseri macam Snow White. Disebabkan nak putih, sanggup pakai produk yang berbahaya. Kak Bell sendiri pun terpengaruh dengan persepsi bahawa wanita berkulit putih, gebu lebih cantik dan diminati. Pernah juga terpakai produk yang berbahaya ni, nasib baiklah berhenti dari terus menggunakan dan nasib baiklah kesan buruknya minor sahaja. Macam-macam produk juga telah dicuba dan sememangnya kena sabar kalau nak cantik. Lainlah kalau dah lahir, memang dah terus cantik.


Ok, untuk penjagaan muka memang kena ada rejim skincare untuk korang pakai pada setiap hari, siang dan malam. Buat masa sekarang, Kak Bell memang konsisten pakai produk yang boleh melembap dan juga memutihkan kulit. Tidaklah berharap kulit seputih Snow White, but jadilah kulit tiada cela dan cerah sekata.

Harini, Kak Bell nak kongsi ulasan tentang produk Safi Balqis Oxywhite Whitening & Hydrating Lotion. Bagi yang mempunyai kulit kering dan dehidrasi, produk hydrating and moisturizing memang sangat penting. Keduanya nampak sama iaitu melembapkan tetapi berbeza dari cara fungsi kerjanya. Produk "hydrating" adalah untuk menambah kadar air atau kelembapan pada kulit manakala "moisturizer" digunakan untuk mengunci kelembapan pada kulit. Untuk produk terbaru Safi Balqis Oxywhite ni, ianya merupakan facial lotion yang bertindak sebagai penyegar dan pelembab di dalam 1 botol. Yes, memang memudahkan kerja Kak Bell sebelum nak pakai makeup.


Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah ini merupakan penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Pemakaian Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion secara konsisten mampu memberikan manfaat berikut:

  • Memberikan 2 kali penghidratan dan kesegaran dengan sekali penggunaan.
  • Meningkatkan perlindungan pada kulit wajah.
  • Mencegah kulit menjadi gelap yang disebabkan oleh radiasi infrared (IR).
  • Membantu merawat masalah tona kulit yang tidak sekata.
  • Membantu kulit lebih anjal, lembut dan cerah sempurna.


5 Jenis Hyaluronic Acid
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ini dapat mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari melalui 5 jenis Hyaluronic Acid yang digunakan.
  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Dengan kehadiran pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE di dalam produk Safi ini, ianya mampu mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR). Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.


My Verdict
Untuk pembungkusan, ianya datang dalam isian 100ML.  Facial lotion dari Safi ini dalam bentuk cecair dengan tekstur lotion yang tidak greasy, tidak terlalu cair atau likat dan sangat mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan melekit. Walaupun tidak terlalu likat, Kak Bell perlu tuang atau picit botol lebih kuat sedikit untuk keluarkan lotion sebelum dipakai. Kak Bell amat sukakan tekstur dan bau losyen terbaru Safi ni yang tidak berbau asidic. Penggunaan kali pertama juga tidak menunjukkan sebarang kerengsaan pada kulit dan make-up juga tidak bercapuk. Produk ni mudah didapati dimana-mana supermarket atau hyperstore, harga mampu milik dan semestinya HALAL.


Untuk maklumat lanjut tentang Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion, boleh layari laman berikut.

Website : https://safi.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/

CONVERSATION

4 comments:

  1. Finally... Regime if beauty. Mesti kena beli ni. Nnt cari lah di drug store. Tq bella jamal atas info!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Welcome. Nanti mesti ada jual kat mana-mana store ni.

      Delete
  2. Ramai review safi ni, rasa macam nak tercuba pulak 😂 https://mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahh. Ramai yang dah cuba dan cari produk ni.

      Delete

Back
to top