Restoren Dapor Terbakor Kota Damansara - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Restoren Dapor Terbakor Kota Damansara

Trending

Restoren Dapor Terbakor Kota Damansara

Semalam Kak Bell berjalan-jalan di sekitar Kota Damansara. Sesambil meluangkan waktu di hujung minggu, sempatlah Kak Bell lepak bersantai dengan kengkawan menjamu selera di Restoren Dapor Terbakor. Tak sangka juga, rupanya banyak restoren-restoren yang menarik di sekitar Kota Damansara ni. Disebabkan namanya pelik, kitaorang singgah makan tengahari di sini. Nak juga tahu macam mana nak memasak kalau dapoq dorang dah terbakaq? Haha.


Restoren Dapor Terbakor ini terletak berhampiran sahaja dengan The Strand, Kota Damansara berdepan dengan NAV Family Karaoke dan berdekatan ada restoren Ravi's Banana Leaf. Kalau memandu memang korang tak perasan restoren ni. Tahu-tahu, Waze je cakap dah sampai. 2 kali juga Kak Bell pusing sebab tak perasan. So, kalau nampak Ravi's Banana Leaf tu maksudnya dah dekat-dekat dah restoren ni berada.


Terdapat pelbagai menu hidangan yang ada di sini. Dari hidangan nasi, mi, mi sizzling semua pun ada. Walaubagaimanapun restoren ni hanya menyediakan masakan panas dan tidak menyediakan hidangan nasi campur. Ada pilihan Set Asam Pedas, Set Goreng, Set Ayam Madu, Mee Kuah Utara, Set Hidangan Sup, Set Masakan 3 Rasa, Set Santai, Maggi, Set Bakor Utara, Set Tom Yam, Set Seafood Bakor, Set Buttermilk & Salted Egg dan lain-lain. Korang boleh order secara ala-carte dan juga secara set jika datang dalam kumpulan yang ramai.


Untuk kunjungan kali ini, Kak Bell cuba Nasi Ayam Bakor, Ayam, Daging & Kambing Bakar, Mi Kuah Udang, Mi Kuah Gearbox, Siakap 3 Rasa, Pak Choy Tiram, Tom Yam Ayam dan lain-lain. Kalau korang nak makan Sizzling Mi, Wantan Mi dan menu sampingan seperti Tauhu Bakor pun ada! Jom lihat apa menu yang menarik yang Kak Bell dah cuba.

Set Bakor Utara
Set Bakor Utara ni korang boleh pilih samada ayam bakar, daging bakar, kambing bakar, sotong bakar atau rusuk bakar. Hidangan set ni datang sekali dengan nasi dan dihidang bersama kuah percik yang memang tip top! Harga bermula dari RM9-RM20 bergantung pada jenis lauk yang dipilih.

RM9-RM20

Jika datang ke sini, memang wajib cubalah menu Set Bakor Utara ni. Namapun Dapor Terbakor kan! Daging dan kambing dorang memang lembut dan tak ada rasa arang. Tambah lagi dengan gravy yang sedap memang Kak Bell recommend untuk dicuba.

Nasi Ayam Bakor - RM9
Nasi Daging Bakor - RM10
Nasi Kambing Bakor - RM14
Nasi Sotong Bakor - RM19
Nasi Rusuk Bakor - RM20

Ayam & Udang Buttermilk
Selain Ayam & Udang Buttermilk, pengunjung juga boleh memesan Set Ayam/Udang Salted Egg. Buttermilk di Dapor terbakor ni memang boleh tahan sedap. Kebiasaannya, Kak Bell akan mudah muak bila makan hidangan buttermilk tetapi tidak di sini. Rasa buttermilk disini tidak muak dan sangat menepati cita rasa.

RM9

Masih teringat-ingat rasa Buttermilk di sini dan pasti Kak Bell akan repeat lagi selepas ni. Menu ni juga patut korang cuba di sini.

Set Ayam Buttermilk - RM9
Set Udang Buttermilk - RM11
Set Ayam Salted Egg - RM10
Set Udang Salted Egg - RM12

Siakap 3 Rasa
Untuk set Masak 3 Rasa, pengunjung boleh pilih beberapa jenis ikan dan sotong. Ikan Siakap 3 Rasa yang di pesan digoreng garing dan ranggup hinggakan bahagian tulang tepi pun garing. Kalau masakan ikan memang Kak Bell prefer yang digoreng garing supaya lebih mudah untuk diratah.

RM25

Semua makanan laut di sini memang di hantar segar setiap hari. Memang rasa puas bila meratah ikan siakap ni semalam.

Set Siakap - RM25
Set Kembong - RM13
Set Udang Galah - RM22
Set Talapia - RM18
Set Keli - RM10
Set Cencaru - RM14
Set Sotong - RM23
Set Bawal - RM15

Mi Kuah Udang
Bagi peminat mi juga boleh dapatkan hidangan mi, mi wantan, mi sanggul dan juga mi segera megi di sini. Kak Bell cuba menu Mi Kuah Udang dan Mi Kuah Gearbox. Kuah untuk menu ni memang sangat sedap dan pekat. Saiz hidangan pun sangat cukup dan berbaloi dengan harganya. Untuk Mi Kuah Gearbox, korang boleh dapat dengan harga RM20 sahaja dan udang ada 6 ekor yang besar-besar.

RM20

Mi Kuah Gearbox

RM20

Buat peminat seafood memang tak patut lepaskan peluang rasa menu ni. Di antara menu lain yang ada ialah Mi Kuah Ayam (RM10), Mi Kuah Daging (RM12) dan Mi Kuah Tulang (RM14).

Dah nama restoren Melayu, mesti tidak sah kalau tiada masakan Tom Yam. Untuk menu Tom Yam korang boleh order secara set dan termasuk pilihan sayur campur atau Pak Choy Tiram.

Tom Yam Ayam


Pak Choy Sos Tiram


Terdapat 4 set Tom Yam untuk pesanan bagi seorang dan juga hingga 8 orang. Kalau datang dalam kumpulan besar, memang murah jika order secara set kerana semua menu hidangan utama yang Kak Bell nyatakan tadi sudah termasuk dalam set.

Set A (1 orang) - RM10
Set B (2-3 orang)  - RM39
Set C (4-6 orang) - RM69
Set D (7-8 orang) - RM129

Secara keseluruhan, semua hidangan di sini terbaik dan menepati citarasa Kak Bell. Terus terang Kak Bell memang akan berkunjung lagi ke sini untuk mencuba menu-menu yang lain. Bagi harga makanan pada Kak Bell sangat berbaloi dengan porsi hidangan dan kualiti masakan di sini. Masih dalam kategori sederhana dan standard.


Bagi pengunjung yang mana nak cuba masakan di Dapor Terbakor, boleh waze alamat bawah ni. Berdekatan the Strand Mall sahaja dan masakan mereka pasti memuaskan hati korang!

Restoren Dapor Terbak🔥r
No 16-G, PJU 5/20D
Pusat Perdagangan Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post