Bagaimana Cara Memilih Cili Kering

Cili (Capsicum sp.) atau cili kering memang bahan masakan penting untuk masakan pedas. Kalau Kak Bell memasak sambal dan sebagainya mesti nak kena ada sedikit rasa pedas, baru berselera nak menikmati makanan. Kemudian, kalau nak memasak sambal, mesti nak gunakan cili kering yang dikisar sendiri berbanding cili boh atau yang dah sedia siap sebab rasanya agak kurang sedap. Mungkin ada jenama yang ok, tetapi pada Kak Bell lebih prefer cili yang dikisar sendiri.


Secara kasarnya, kalau kita lihat cili kering ni semua sama sahaja tetapi ada perbezaanya. Kadang-kadang, bila memasak ada ketikanya terlebih pedas dan ada juga tidak pedas langsung. Walhal kuantiti cili kisar yang digunakan adalah sama. Sebelum ni, Kak Bell tak ambik pusing sangat tentang jenis cili ni. Asalkan cili kering, kita bedal sahajalah asalkan boleh diguna untuk masak.

Kalau di Mexico, terdapat lebih daripada 150 jenis cili yang terdapat di sana dan terdapat pelbagai cara digunakan untuk menambah rasa pedas pada masakan mereka. 11 jenis cili yang paling popular adalah Poblano, Ancho, Habanero, Serrano, Pasilla, Jalapeno, Guajillo, Puya, Chipotle, Chiles de Arbol dan Cascabel. Cukuplah kita di Malaysia ni gunakan cili yang ada. Makan pedas-pedas sangat pun tak bagus juga.
Sumber Google

Di Malaysia terdapat beberapa jenis cili kering yang dijual. Kalau ke pasaraya, memang korang boleh jumpa ada beberapa jenis cili kering. Kalau ke NSK tu, ada yang jenis kerinting kereport, ada yang licin cantik rupawan bentuknya. Walaupun dah ramai tahu pasal cili ni, Kak Bell sahaja nak kongsikan semula buat pembaca blog Kak Bell.


Kalau korang nak tahu, sebenarnya tahap kepedasan cili tu bergantung kepada kandungan kapsaisin (bahan kimia Capsaicin) yang terdapat di dalam plasenta cili (bahagian tengah cili yang ada biji cili). Kapsaisin ini sebenarnya yang menyumbangkan rasa pedas atau rasa terbakar di dalam cili yang menentukan darjah kepedasan cili yang digunakan. Skala Scoville adalah kaedah mengukur tahap kepedasan cili dan lada paling pedas di dunia yang dilaporkan dalam unit haba Scoville (SHU), melalui ujian fungsi kepekatan kapsaisin. Teringat masa belajar Kimia di UKM dulu ada kawan yang buat final projek tentang kepedasan cili ni.

Sumber Google

Cara Memilih Cili Kering
Jadi bagaimana nak pilih cili Tak Pedas, Kurang Pedas dan Terlebih Pedas ni? Takkan nak pergi buat ujian kimia check kandungan kapsaisin pulak kan. Cukuplah sekadar melihat kepada bentuk cili kering tersebut bagi membezakan tahap kepedasannya. Secara harfiahnyalah dengan mata kasar. Btw, caption untuk cili ni sis copy pasta disamping sedikit editing ya. Sis tak tahu siapa pemilik asalnya, sebab memang kelakar huraian dia. Hiks.


A. Cilinya nampak cantik, tidak berapa kering kulitnya dan nampak glowing bersinar. Btw, jangan terpedaya dengan kelembutan wajahnya sebab cili yang ni jenis puaka niyang rapik punya rasa. Extra pedas. Kalau makan rasa macam nak tumbuk orang yang ada kat sebelah.

B. Cilinya nampak kering kontang bagai gurun sahara. Yang ni pedas biasa dan selalu digunakan dalam masakan. Kepedasannya oklah dan mungkin kanak-kanak boleh makan dan masih senyum.

C. Yang ni cilinya nampak macam terlebih kolejen, bersinar-sinar. Rasanya langsung tak pedas. Kalau kanak-kanak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra (sesungguhnya sis sedang ketawa baca ni).

Ok, kebiasaanya kalau peniaga dan suri rumah lebih suka pilih cili kering yang kurang pedas. Cili kering jenis B ini lebih sesuai dengan selera kerana tidak terlalu pedas dalam dan lebih menepati citarasa semua. So, lepas ni senanglah korang nak pilih cili mana yang nak dibeli.


CONVERSATION

24 comments:

  1. Bell, jangan terpedaya dengan si kerinting tu juga..baru ni beli..mak oii....bukan puaka niyang rapik dah..hazabedah dibuatnya..sesudu pun dah pedas nak mati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Hazabedah ye. Tu la kdg2 tak betuk jugak. ada yg pedas ada yg idok kan..

      Delete
  2. A dan C tu macam seakan sama. Bell...pernah beli cili B tu pedas giler la cilinya. Jadinya kalau masak tu kena rasa sikit cili tu baru boleh taruh banyak mana nak. Takut2 terlebih suda....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada satu jenis yg glowing gemuk sikit cilinya. Betul tu kdg2 yg B pun pedas.

      Delete
  3. Baru tahu pasal cili kering nie. Ada beza rupanya ingatkan sama je. Lain cili lain rasa dia ya ? Kita selalu fikir cili kering x pedas, tp sbnrnya pedas kot. Thanks Kak Bell sbb kongsi ilmu pasal pemilihan cili nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg pedas uolss. Yg lada segear tu kalo blend kurang pedas.

      Delete
  4. Saya kalau beli Cili kering, cari yang kulit licin dan jenis yang gemuk gemuk sikit. Yang kerinting tu memang tak beli. Satu sebab pedas. Satu lagi sebab susah nak siang keluarkan biji Cili tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalu rebus, potong2 kecik, boleh keluar semua biji tu rasanya

      Delete
  5. Kalau rajin memang ku kerjakan cili kering, tapi selalunya beli cili giling ready made jer... Kita suka jenama Puteri dan AA. So far alhamdulillah, kepedasan tak de sampai nak tumbuk terajang org. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nasib tak menggelupur pedas sampai meleleh air liur kann

      Delete
  6. Wahhhh memang bagus lah ada guide macam ni sebab tak semua cili kering sama ada yang peda dan ada juga yang biasa-biasa jer hehehe lepas ni kita tahu nak pilih yang mana terima kasih kepada cikgu masak kita ni hehehehe...

    ReplyDelete
  7. yup..selalu nampak jenis cili kering ni..yang bersinar tu nad selalu fikir macam jaket..hahaaha..sayng nak gunting..ehhee..nad selalu guna a dan b..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bella selalu pikir yg berkilat tu jenis tak pedas.

      Delete
  8. Info yang menarik kak Belle, selalu Ruby cari yang cantik dimata. Yang tak kedut sangat tu lagi pedas. Fuhhhh. Selalunya dah ada fav kedai cili kering supaya rasa sambal konsisten dan penggunaan jumlah gula adalah sama. Sembang anak chef gitulah. mak saya buat camtu. saya pun ikut la sama. hehehee. kedai fav kami di NSK Selayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay..padanla pandai masak. Mak tukang masak rupanya.

      Delete
  9. baru tahu pasal tips ni. terima kasih sharing tau. sangat2 berguna walau jarang sangat beli cili kering sebab beli yang dah siap kisar jer .hehe..

    ReplyDelete
  10. selalu kalau beli cili kering A dan B. kalau jenis A memang pedas nak mati kalau masak. Memang kalau budak2 masak pakai yang B je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Selalu pakai B jugak. Tu je yg ada kalo kedai kat bawah rumah ni.

      Delete
  11. pastinay pilih cili A , kalau b pun ok tapi c tak akan serupa tak makan cili jer pastu stress sendiri ...hidup akak mesti mau pedas baru rasa nak terbanggg...hehehe

    ReplyDelete
  12. Sewaktu bekerja sebagai QS di kompani B****, kami membuat kajian cili mana yang paling terbaik di dunia untuk digunakan dalam produk rempah kompani...last kami dapati cili dari india yang paling terbaik...tapi dah lama dah keluar dari kompani tu...

    ReplyDelete
  13. Bagus ada informasi sebegini kan. Rawlisn hargai ilmu nie sebab memang tak reti nak mengenal jenis cili - tau beli je hehehe

    Eh bila sis nak masak2 nie?

    ReplyDelete
  14. wah info yg menarik ni..tq info....cikguzim follow #143

    ReplyDelete

Back
to top