Peminat Puas Dengan Konsert Tulus Sewindu Tour KL

Masih terngiang-ngiang lagi kehebatan vokal penyanyi popular Indonesia, Tulus walaupun sudah 5 hari konsert berlalu. Konsert Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2019 lepas mendapat sambutan hangat dari peminat muzik Malaysia, termasuk Indonesia dan juga Brunei. Tahun lalu, Tulus telah mengadakan konsert sulungnya di KL dan ternyata sambutan peminat di sini tidak mengecewakan.


Memilih nama judul konsertnya "Sewindu" yang bermaksud lapan, adalah bersempena dengan tempoh 8 tahun pembabitannya sebagai anak seni. Tulus mengatakan bahawa sambutan peminat di Malaysia amat luar biasa dan berseloroh adalah menjadi satu kesalahan yang diibaratkan dosa besar sekiranya siri jelajah itu tidak dimulakan di negara ini.


Konsert tersebut yang turut dihadiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selain artis lain seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Datuk Fazley Yaakob, Sherry Al Hadad, Nabila Huda dan Atilia. Tulus menyatakan dia berdebar membuat persembahan di hadapan Siti dan menganggap Datuk CTDK seperti juri yang sedang menilai nyanyiannya dalam persembahan konsertnya.


Tulus membawakan 24 buah lagu sepanjang 2 jam konsert dari pilihan lagu-lagu dari 3 albumnya. Lagu popular yang dinyanyikan Tulus antaranya Gajah, Ruang Sendiri, Adu Rayu, Monokrom, Langit Abu-Abu, Tuan Nona Kesepian, Teman Hidup, Labirin, Pamit, Manusia Kuat dan 2 buah lagu terbarunya iaitu Sewindu dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya.

Lebih menarik, Tulus juga turut menyampaikan rangkaian lagu tradisional Minang secara medley yang biasa kita dengar di Negeri Sembilan. Memang memukau habis dan peminat juga turut berdiri menyanyikan lagu-lagu seterusnya. Selain itu juga, Tulus menyanyikan lagu cover akustik Cinta Jangan Kau Pergi nyanyian penyanyi lagenda Shiela Majid dan Bila Larut Malam dendangan Saloma. Versi lagu Cinta Jangan Kau Pergi nyanyian Tulus memang bikin merinding dan diakui sangat menusuk.

Gambar sekitar Konsert Tulus Sewindu Tour KL






Tulus menceritakan saat awal pembabitannya, banyak syarikat rakaman tidak mempercayai dan menolak lagu-lagu beliau. Walaubagaimanapun, Ari Renaldi selaku penerbit album Tulus merupakan orang pertama yang mempercayai bakat dan muzik beliau dan terus bersama sehingga kini dalam penerbitan karya-karya muzik Tulus.


Jujur dikatakan bahawa hanya peminat yang betul-betul menghayati lagu Tulus memang terhibur dan terpesona dengan persembahan Tulus di konsert tempohari. Persembahan nyanyian 'live' beliau memang asyik dengan lirik-lirik lagu yang memberikan inspirasi. Tidak terasa 2 jam persembahan beliau. Bila menonton semula rakaman nyanyiannya, masih meremang seperti masa konsert. Tahniah buat Tulus dan juga Shiraz Project yang membawakan konsert Tulus ke Malaysia!

Tak sempat ke konsert Tulus? Jom tonton video semasa konsert kat sini > http://www.youtube.com/c/BellaJamal . Jangan lupa subscribe ye guys!

Senarai Lagu
1) Baru
2) Jatuh Cinta
3) Gajah
4) Ruang Sendiri
5) Tukar Jiwa
6) Cahaya
8) Teman Pesta-Kisah Sebentar
9) Labirin
10) Adu Rayu
11) Monokrom
12) Medley Lagu Minang
13) Langit Abu-Abu
14) Tergila-Gila
15) Tuan Nona Kesepian
16) Sepatu
17) Larut Malam - Cinta Jangan Kau Pergi
18) Tanggal Merah
19) Teman Hidup
20) Jangan Cintai Aku Apa Adanya
21) Lagu Untuk Matahari
22) Sewindu
23) Pamit
24) Manusia Kuat

Kredit photo: Shiraz Project Sdn. Bhd.

CONVERSATION

30 comments:

  1. Ada member pergi konsert ni memang kata best sangat dan menghiburkan. Tapi i tak dapat pergi.l. uhuhuk. harap next time dapat peluang pergi tengok konsert Tulus

    ReplyDelete
  2. Actually julia tak penah dgr nama Tulus ni tau. Tapi hari tu cousin2 post pegi konsert dia. Baru tau and carik psl dia. Hehe

    ReplyDelete
  3. seronoknya pergi konsert. kita yang ada anak kecik ni dok rumah dengar orang cerita pun tumpang seronok. dengar lagu tulus kat rumah time kemas rumah bagi semangat sikit hidup ni

    ReplyDelete
  4. Wah ada Dato Siti!! Dah lama saya x pergi konsert sebenarnya. Last rasanya masa konsert siti nurhaliza. Teringin nak pergi konsert lagi.

    ReplyDelete
  5. Sewindu tu lapan rupanya. Baru tahu 😊

    Artis jemputan yang lain pun best best belaka.

    Ada pula sherry al hadad, mesti happening lagi😊

    ReplyDelete
  6. tak kenal tulus ni. nak kena search utube jap lagi.
    but, surely hot sebab tgk la tu, siti & family ada. nabila huda. sherry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. DTCK setiap kali konsert dia, CT pergi.

      Delete
  7. Amboi Abil bukan main kusyuk tengok Tulus perform. Tokti pun ada juga.

    Sure peminat yang datang pada hari tu berpuas hati dan terhibur dapat dengar live Tulus nyanyi kan.

    ReplyDelete
  8. Kita pernah dengar nama Tulus ni dan kita tahu sikit lah lagu beliau tapi tak adalah peminat setia sampai nak gi konsert hehehehe... Tapi beliau antara artis Indonesia yang suka buat konsert kat Malaysiakan...

    ReplyDelete
  9. Walaupun BC xmengenali artis ini...tp BC percaya pasti suaranya sedap didengar...yaa ini kerna penynyi indonesia punya suara yg enak didengar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. most Indonesian singer ada suara yang lunak

      Delete
  10. Amboi.. Siap ada shery alhadad ngn abil lagi.. Mesti best ni.. Jap nak search kt utube sapa tulus ni.. Noob gila I niπŸ˜…

    ReplyDelete
  11. Uiks kenapa I tak pernah dengar nama tulus ni. Haha adakah kerana faktor penuaan yg menyebabkan I dah tak peduli duni hiburan.eh! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Kita pun baru juga tahu Tulus ni. Memula tak boleh masuk dgn lagu dia. Now dah suka.

      Delete
  12. full house konsert Tulus ni sampai ramai jugak selebriti tempatan datang tengok show dia. Mesti hapening amat kan. kejap BBL kena tengok video lagu dia kat YouTube

    ReplyDelete
  13. wah bukan calang-calang artis Malaysia yang datang konsert Tulus ni. Mesti bukan koncert biasa-biasa ni. Tapi kenapa macam tak familar ye nama Tulus ni. Lepas ni boleh la try dengar lagu2nya, mana tahu boleh layan pulak.

    ReplyDelete
  14. Dia ni penyanyi lama, tapi masih ada strong base of fan kat Malaysia. Banyak juga lagu dia perform ya.

    ReplyDelete
  15. His song memang menyentuh perasaan one, I saw some post up video concert tu macam ohsem la.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tahu pulak konsert tulus ni, dato siti pun datang. wahh. Grand sungguh event cemni. Penyanyi indonesia semua suara sedap sedap. Judika, cakrakhan, pehhh, lain pada yang lain .

    ReplyDelete
  17. looks like great concert. sometimes is good to enjoy concerts as we can see live performance and relax also

    ReplyDelete
  18. penyanyi asal indonesia..
    salam dari Indonesia..
    love u malaysia.. ;)

    ReplyDelete

Back
to top