Resepi Ikan Sardin Simple - Bella Jamal | Hi korang! Ada peminat sardin tak kat sini? Ikan sardin segar kalau
digoreng pun memang sangat sedap. Kalau nak lebih senang, pakai sardin dalam
tin. Zaman la ni sardin bukan makanan orang tak berduit, dah boleh kira
makanan mewah sebab mahal ya ampun. Kebetulan menyinggah kedai runcit, Kak
Bell belilah setin jenama biasa. Kalau korang beli jenama apa saje or
mesti beli Ayam Brands?

Tahun lepas, kecoh sekejap satu Malaya sebab isu produk tin ikan ni ada cacing Filum Nematoda daripada Genus Anisaki. Ye
memang geli hokkay. Pada tahun 2018, KKM telah mengarahkan syarikat
pengeluar sardin jenama Cinta, TL Tan Lung, TLC,
Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran
kerana produk tin itu mengandungi cacing. Ceritanya, kali ni Kak Bell tak
beli jenama Ayam Brands yang biasa, Kak Bell beli jenama SJE. Bila terbaca
artikel pasal cacing ni, terus lah Kak Bell gelabah ayam takut jenama yang
di beli adalah termasuk dari jenama yang telah di tarik balik. Kebiasaannya
kalau memasak sardin, memang Kak Bell akan asingkan ikan dan kuahnya.
Nasib baiklah bebas cacing. Walaupun dah masuk tekak, terus rasa kembang
pula tekak ni. So, untuk langkah berhati-hati, belilah jenama yang disahkan
bersih dan diluluskan oleh KKM.
Harini disebabkan sis agak stress, so sis memasak. Sardin tin simple. Kalau resipi ikan sardin homemade paling mudah dan tak guna banyak bahan. Cuma guna kisaran tomato segar, tomato puree dan sos tomato. Sebelum ni dah ada beberapa resepi ikan sardin dalam tin Kak Bell share seperti sambal tumis sardin, sardin goreng dan termasuklah resepi sardin segar. Godek-godekla entri sebelum ni ye.
Bahan-bahan:
1 tin sardin
2 biji cili merah/cili padi
1 biji bawang merah/bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar/pes cili
1 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit garam + gula
Perasa (jika suka)
Cara memasak:
1) Hiris bawang besar, lada merah dan cincang halus bawang putih.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan sedikit hirisan bawang besar.
3) Masukkan cili kisar dan tumis bahan hingga masak dan naik bau/naik minyak, kemudian masukkan kuah sardin.
4) Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
5) Masukkan ikan sardin dan biarkan seketika.
6) Perasakan dengan garam, sedikit gula dan perasa.
7) Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan lada merah.
TIPS!
- Asingkan ikan dan kuahnya dan pastikan tiada bendasing
- Jika tak nak gunakan kuah dalam tin, boleh tumis gunakan cili kisar sahaja
- Boleh tambah sos tiram, serbuk perasa secukup rasa jika suka
- Tambahkan air secukupnya untuk kuah
Simple dah sedap. Tapi sis sekarang dah trauma la nak masak sardin tin.
Walaupun dah masak sis tetap pergi check sardin dalam periuk untuk
mengelak keraguan. Huhu. Lepas ni beli jenama mahal nak mampus supaya
selamat!