Trending


Pucuk Paku Masak Lemak Kuning - Bella Jamal

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning - Bella Jamal | Hi Korang! Dah baca resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal tak? Okay, dah namanya memasak jadi kenalah masak sayur sekali kan. Sepanjang hidup ni, memang tak pernah hayat memasak pucuk paku but sebenarnya memang Kak Bell suka sangat dengan masakan-masakan kampung ni. Jika kat kedai tu, kalau kena cara masakannya, memanglah sedap. So, memang jarang sangatlah Kak Bell pilih pucuk paku masak lemak ni kalau di kedai sebab asyik jumpa yang tak sedap. Hehe. Dah kebetulan nampak ada sayur pucuk paku dijual, terus beli ajelah sebab sebelum-sebelum ni memang susah sangat nak jumpa.

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

Sesambil beli ikan cencaru tadi, sekali harung lah masak sayur Pucuk Paku Masak Lemak Kuning. Teringin pula nak masak gulai nangka yang sedap lepas ni. Dalam resepi ni, Kak Bell gunakan ikan bilis sebab udang kering dah habis. Ada juga resepi yang gunakan serai tapi Kak Bell tak pakai serai untuk masakan hari ni. Btw, ikut suka kalian. You're the bos! Lantak korang! Jom check Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Kuning.


Bahan A
1 ikat Pucuk Paku
10 ekor udang
Garam gula secukupnya
1-2 cawan santan
Minyak untuk menumis
Air

Bahan B (bahan kisar)
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji cili padi/cili merah
Segenggam ikan bilis/udang kering


Cara memasak:
1) Bersihkan pucuk paku pakis. Ambil bahagian daun dan batang yang lembut. Tumbuk halus atau kisar semua bahan-bahan B.

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

2) Masukkan 2-3 sudu besar minyak, panaskan minyak dan tumis semua Bahan B hingga wangi.
3) Masukkan air dan biarkan mendidih.

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

4) Kemudian masukan santan, udang dan kacau sekejap hingga mendidih.
5) Masukkan pucuk paku, tambahkan garam gula atau perasa secukupnya.
6) Kacau dan angkat bila sayur dah layu dan lembut. Jangan lama-lama nanti sayur overcook.

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

Bertambah-tambah makan yer. Kalau buat pucuk paku goreng belacan pun mantap juga ni. Malu sangat kalau dok makan dengan boypren kan. Tak henggat dunia melantak. Makan selagi boleh makan uolss. Ke korang ni team makan 3 butir nasik jer?? Macam tu aje Kak Bell tengok. K. Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post