Men in Black: International (2019) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Men in Black: International (2019)

Trending

Men in Black: International (2019)

Hi Korang! Kak Bell sempat menonton tayangan perdana Men in Black: International 11 Jun lepas di One Utama. Terima kasih pada seorang rakan yang bagi tiket menonton tayangan perdana MIB tempohari. Actually, Kak Bell bukanlah die hard fan untuk siri filem ni. Memang Kak Bell lupa sekuel filem sebelumnya, walaubagaimanapun masih enjoy bila menonton filem ni. Kalau MIB, pasti aje tahu filem ini mengisahkan agen khas yang bertugas untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing/alien.


Film Men in Black: International merupakan film ke-4 dari franchise Men in Black selepas 7 tahun siri Men in Black 3 pada tahun 2012. Selepas 3 filem sebelum ni menampilkan lakonan Will Smith dan Tommy Lee Jones, filem ini akhirnya menampilkan pelakon baru sebagai karakter utama. Seperti yang disebutkan tadi filem terbaru ini menampilkan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson yang membawa watak sebagai ejen H dan ejen M.


Jalan cerita MIB International agak mudah, ia menceritakan bagaimana Ejen H diarahkan untuk bekerjasama dengan Ejen M yang juga merupakan ahli baru cawangan tersebut. Mereka digandingkan bersama untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing. Pada masa sama, mereka perlu menyelesaikan masalah besar antara keduanya apabila mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB. Siapakah dalangnya? Kena tonton lah sebab pastinya ada plot twist!


Pengarah: F. Gary Gray
Penulis: Art Marcum, Matt Holloway
Pelakon: Tessa Thompson (Agent M), Chris Hemsworth (Agent H), Liam Neeson (High T), Emma Thompson (Agent O), Rebecca Ferguson (Riza)
Rating: PG-13 (Fantasy/Sci-fi)
Running Time: 1h 55m
Production: Sony Pictures, Columbia Pictures, Amblin Entertainment, Image Nation
Release date: 14 Jun 2019

Filem MIB memang sudah terlalu serasi dengan pelakon Will Smith dan Tommy Lee Jones. Mungkin juga ada yang benci dengan penampilan pelakon baru Tessa Thompson (Agent M) dan Chris Hemsworth. Selepas gandingan mereka dalam Thor: Ragnarok &  Avengers:Endgame, sekali lagi mereka digandingkan buat kali ke-3 dalam MIB International. Bagi Kak Bell lakonan mereka ok sahaja, tampak serasi. Then, buat kali pertama agen wanita diangkat sebagai pelakon utama dalam filem MIB. Tapi itulah, nama filem pun dah 'Men' tetiba wanita pula jadi watak utama. Sama juga dengan filem Dark Pheonix baru ni, bak kata Raven baik tukar jadi X-Women dari X-Men. Dah kenapa pulak semua movie tetiba dok promote women power pulak. Tapi kita ok je, ikut sukalah pengarah nak buat apa. Haha. Klik sini untuk review filem Dark Pheonix.

Story line memang dah dapat jangka dan untuk filem ni tugas mereka halang senjata canggih alien ke tangan penjahat. Supervillain dalam MIB International adalah alien yang mampu mengubahbentuk. Untuk kesan efek makhluk asing, kesan khas CGI memang cantiklah dalam filem ni, Kak Bell pun puas hati tengok. Senjata-senjata yang dipakai pun canggih. Korang kena tengoklah sampai eksoz dan side mirror kereta pun boleh jadi senjata. Kalau dalam MIB, tidak sahlah kalau tak ada Neuralyzer. 



Agen M ada sebab tersendiri kenapa dia berusaha untuk mengesan dan masuk ke dalam organisasi MIB. Hebat ke tak Agen M, dia yang dapat cari lokasi MIB tanpa dapat dikesan oleh pihak MIB sendiri. Semua test, Tessa dengan mudah dapat skor tak kiralah bahasa alien ke apa, akhirnya Tessa berjaya direkrut sebagai agen percubaan dan diberi tugas ke London. Btw, Neuralyzer dia belum dapat sebab masih dalam probation gittew.

Sedia maklum, filem MIB ialah filem aksi komedi dan tentulah kena ada aksi komedi yang mendukung filem MIB ni. Watak kecil yang paling mencuit hati dan berkesan sepanjang movie adalah watak alien bernama Pawny (Kumail Najiani). Sepanjang kemunculan dia, memang penonton ketawa dengan watak/karektor serta dialong yang diucap oleh Pawny. Ada juga scene komedi lain oleh Chris dengan tukul bersaiz kecil Thor, but watak ini paling berjaya menyuntik elemen komedi dan betul-betul memberi impak pada MIB 4.


Bagi mereka yang memang follow filem MIB sebelum ini, mungkin filem ni kelihatan sama dan dengan filem sebelumnya. Bagi Kak Bell, MIB International memang ada kejutan tersendiri dengan babak aksinya yang pelbagai dan elemen komedi yang menghiburkan. Buat peminat setia filem ini, mungkin ada pendapat berbeza dengan kehadiran Tessa Thompson dalam filem ini dan juga Chris Hemsworth yang mungkin hanya sebagai pelaris filem! Bagi korang yang menantikan filem aksi komedi, filem MIB 4 ini memang tak ada masalah. Memang enjoy sis tengok dari X-Men. After scene credit? The answer is: No. tak ada extra kredit scene dalam  Men in Black: International. Kak Bell bagi 6/10 bintang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post