Doa Mencari Kucing Hilang

Mencari kucing yang hilang dari rumah memang tidak mudah. Masuk hari ini dah 6 hari Cik Lilly hilang tak dijumpai. Kebiasaannya memang Kak Bell akan kira dan pastikan cukup bilangan anak-anak di rumah sebelum keluar rumah, manalah tahu ada yang terkurung di dalam bilik. Kak Bell ada 13 ekor kucing dan pada 11hb Jun lepas, kira-kira tak cukup 2 ekor. Ya, 2 ekor anak bulus di rumah hilang! Cik Mimi dan Cik Lilly. Memang Kak Bell terus gelabah but berharap mungkin ada terkurung di dalam bilik housemate atau menyorok kat mana-mana.


Whatsapp dihantar pada housemate dan masing-masing cakap tiada dalam bilik dorang. So, sah-sahlah budak-budak ni dah terlepas keluar. The things is, masa malam Kak Bell balik kerja jam 1AM memang semua anak-anak ada. Cukup korum 13 ekor. Timeline hilang kira waktu Kak Bell tidur hingga jam 10AM baru perasan 2 ekor tak ada. Dalam hati memang ralat sangat sebab budak rumah masing-masing tak mengaku jika ada cuai. Wallahuallam la. Malam 11hb tu, gigihlah Kak Bell mencari di blok tempat tinggal Kak Bell 22 tingkat. Cari dari atas sampai ke bawah. Perasaan memang bercampur baur sedih, marah dan sakit hati sebab kucing hilang. Selama bertahun-tahun ni tak pernah pula nak hilang.



My concern is kucing indoor ni memang tak boleh dan tak pandai nak survive kat luar. Kedua-dua ekor tu pun memang takut dengan orang yang tak kenal. Nak tak nak malam tu, Kak Bell tekad nak cari dorang tingkat by tingkat sambil bawa cage. Bukannya apa, nanti orang ingat kita nak merompak apa pulak malam-malam buta kan. Dahla mencari seorang diri, housemate yang tak mengaku cuai pun sekor pun tak nak menolong. Seriously sedih dan sakit hati sangat.


Sampai tingkat 10, ada penduduk di tkt atas jerit "Cari kucing ke? tu dia kucing". Cik Mimi berada di tingkat 11, duduk ketakutan atas awning! Menggeletar Kak Bell dibuatnya sebab sikit je lagi ke bawah tu nyawa dia nak jatuh. Dekat setengah jam pujuk dan panggil dia tak nak datang. Panggil housemate bawakkan makanan meow dirumah dan Kak Bell campak kan sikit pada Mimi. Akhirnya Mimi datang dekat, sikit-sikit dan akhirnya Kak Bell angkat dia. Masa angkat tu tangan memang menggeletar sebab takut dia menggelupur dan terjatuh. Alhamdulillah selamat.


Lebih 12 jam Cik Mimi hilang. Dahlah siang tu hujan lebat. Bersyukur sangat dia tak apa-apa. Terus dia nak berkepit je dengan Kak Bell dengan keadaan bulu dia dah basah semua. Sekarang masalahnya cuma seekor aje yang jumpa. Cik Lilly masih lagi hilang. 2 hari lepas ada nampak kelibat sekor kucing hitam, Kak Bell jerit nama Lilly dan dia macam tercari-cari. Memang yakin tu adalah Mimi dan Kak Bell cepat-cepat turun lift but Kak Bell tak dapat nak pastikan kucing tu di tingkat berapa. Sebab dari atas, mata pun kabur nak mengira tingkat berapa. Lepas cari dari tingkat 8 ke bawah, Cik Lilly tetap belum dijumpai. Hari ini, dah masuk hari ke-6 dia hilang dan Kak Bell masih tak tenang dan belum nak mengalah yang dia akan terus hilang. Mesti ada kat mana-mana. Kak Bell cari doa dan baca supaya ditemukan semula dengan Cik Lilly.

اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ
ALLOOHUMMA YA RABBADL DLOOLLATI WA YAA HAADIYAN MINADL DLOLAALATI RUDDA DLOOLLATI

Ertinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang

Ada juga versi doa yang panjang sikit, korang bolehlah google je nanti. Semasa menulis posting ni, Kak Bell keluar sekejap di beranda tengok-tengok manalah tahu nampak kelibat Lilly. Kebetulan nampak ada sekor kucing hitam di tingkat 5 dan terus Kak Bell ke sana. Btw, hasilnya hampa setelah panggil-panggil tak ada pula kucing tu. Tapi hati Kak Bell yakin kucing tu adalah Lilly. Subuh nanti Kak Bell cadang nak tengok sekali lagi. Hmmmm. Asalnya Kak Bell nak buat TIPS cari kucing hilang, tapi selagi Cik Lilly tak jumpa rasa macam no point juga.

Cik Mimi selepas jumpa

Lepas Mimi dijumpai, Kak Bell dah start tampal notis di setiap tingkat. Berharap kalau ada yang jumpa bolehlah hubungi Kak Bell dan pulangkan semula Cik Lilly. Dalam hati sekarang 50-50 nak redha kalau dia hilang harap dia ok. Dan jika ada orang yang culik pun, Kak Bell harap orang tu jagalah dia baik-baik. Aduh sedihnya fikir apa yang dia makan, entah duduk ketakutan kat mana. Benda dah terjadi terpaksa la Kak Bell hadapinya. 


Kak Bell sekarang memang dah tak ada hati dah dengan housemate. Hujung-hujung macam kita pulak yang cuai, yang salah menyebabkan kucing tu hilang. Kalau diperhati attitude masing-masing, boleh list down kalau bab-bab cuai atau tak berkenan tu. Kadang-kadang terpikir juga kalau Kak Bell tak bagikan kasih sayang sama rata kat dorang sebab dah banyak sangat anak kan. But I knew, yang dorang bukan je stress nak lari, yakin sebab dorang terlepas. Hope urusan Kak Bell dipermudahkan disamping doa pembaca artikel ni. Sob sob.

CONVERSATION

35 comments:

  1. uishkkk nama kucing dah sama dengan nama akak ni, terus seriau di buatnya masa kene tag kat FAcebook ari tuh. Bila masa plak kak lily hilang dari radar ni ek, padahal lepak kat umah je ni. Rupa-rupanya kucing awak yg hilang, ermm tak perlah ada rezeki tuh nanti baliklah dia ke rumah, dah jangan sedih-sedih la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. Nanie tag akak aritu. Hehe. Ye la Kak Lily. Kita dah redha aje ni. Huhu.

      Delete
  2. Banyaknya kucing awak. Sedih pula dengar seekor lagi tak jumpa. Saya doakan semoga cik lilly di temui dalam keadaan selamat dan sihat. Dan semoga awak terus sabar dan kuat ye.

    ReplyDelete
  3. Kesiannn... kita juga tolong doakan. Semoga kucing tu dapat cari tempat asal nyer and balik cepat.

    ReplyDelete
  4. kucing comel sgt..mmg sedih kalau hilang..harap dipermudahkan urusan mencari cik lily dan cik lily kalau ada di mana2 harap dia ok sahaja..kita pun risau gak ni

    ReplyDelete
  5. Memang tak senang duduk kalau kucing kesayangan hilang. Selagi tak jumpa balik selagi tu asyik teringat. Kucing saya pun pernah hilang dulu, risaunya masa tu. Nasib dapat jumpa. Semoga urusan awak dipermudahkan ya. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah hilang. Nasib baik dtg balik. Lepas 4 hari baru tahu kejadian sb org kat rumah takut Bella mengamuk. Hehe.

      Delete
  6. Sedihnya. Family saya pernah hilang kucing jugak sebelum ni. Ada yang tak jumpa langsung. And ada yang pandai balik rumah lepas 8 bulan hilang. Ada jugak yang hilang lepas tu jumpa dah mati. Mmg satu keluarga sedih sebab kucing ni dh jadi sebahagian daripada keluarga. Semoga Kak bell dapat jumpa kucing yg hilang. :)

    ReplyDelete
  7. Kucing ini kekadang ia agar nakal. Semoga di permudahkan urusan . Selawat jangan lupa baca. :). Insha Allah akan jumpa kembali

    ReplyDelete
  8. Hbaya yang jaga kucing saja ya g faham oerasaan bila kucing hilang kan. Saya suka kucing tapi tak boleh bela kucing. Tapi bila dengar kes kycing hilang or mati kena racun or bunuh memang sedih. Hope kucing yang hilang dapat dijumpai semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah seminggu ni..rasa tawakkal ajelah dia selamat now.

      Delete
  9. kesiannya kak bell, cik lilly tu dah lah comel gebu pulak tu. Bahaya sebenarnya untuk bela kucing dekat rumah bertingkat ni. sebab kucing ni suka explore, kalau diorang terjun terus mati. Harap kak bell bertabah dan teruskan usaha mencari cik lilly ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sb tu nak pastikan umah betul-betul selamat.

      Delete
  10. Comel yer nama kucing kak bell. kagum dengan kegigihan kka bell jaga anak-anak kucing ni dengan penuh kasih sayang. semoga sentiasa murah rezeki kak bell dan takde lagi kes kucing lari rumah..

    ReplyDelete
  11. comel sangat semua kucing kak bell! Ramai pulak tu kak bell jaga, power lah kak bell mampu jaga semua dekat rumah flat. Tapi sakit hati betul baca pasal housemate tak membantu tu. Semoga kak bell dapat jumpa balik cik lily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..Hope dia selamat ajelah. Kalu sakit pun minta ditemukan jugak.

      Delete
  12. Alhamdulillah dah jumpa. Cuai atau tak. biar mereka berkata-kata. Allah tahu kebenarannya. So, kak bell sabar k.

    ReplyDelete
  13. allahu kesiannya..boleh rasa apa yg bell rasa pasal kucing nih....apapaun saya doakan semoga kucing bell kembali dijumpai..kalau ada orang jumpa ambik bela baik2 takperlah jugak tapi risau benda buruk jer berlaku pada kucing bell , kucing jalanan mendatang pun kita sayang apatah lagi memang kucing yang dibela dengan kasih sayang...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kucing jalan berkurap, lika sana sini sgt kesian. Bagi makan ajelah yang termampu. Aminnn.

      Delete
  14. Allahuakbar! Faham sgt perasaan kAk bell. Cx pon pon ada kucing indoor. Setuju sgt. Plg takut is mereka tak reti survive dekat luar. I feel u kakbell. Cx pernah rasa kucing cx hilang almost a month . Byk kali cari sampai taman belakang. Rupa²nya ada org amek. Syukur sgt dpt blk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalo org amek jaga takpe. Takut benda lain yg terjadi je. Entah makan ke tak budak tu. Huhu.

      Delete
  15. Hilang kucing memang sedih. Dulu masa kecik mmg ada satu jer kucing. Memang jns kucing indoor. Satj hr dia terlepas keluar and tak jumpa dah dia lps tu. Adik yg plg sedih, berminggu and x jumpA

    ReplyDelete
  16. memang sedih aklau kucing hilang...lagi kalau kucing gebu mulus ni..sayang oii..nasib dapat jumpa seeeokr ye sis..alahai harap yang lain selamatla

    ReplyDelete
  17. cute nya kucing.. semoga cepat cepat dapat cari kucing yang hilang tu.. si comel, cepat balik rumah nya..

    ReplyDelete
  18. Banyaknya sampai 13 ekor kucing!! Mesti meriah balik kerja diorang duk berkumpul mintak makanan. Kita dulu banyak jugak kucing, tapi ada sekali tu 2 ekor beranak serentak, bila dah besar sikit habis kena buang. Sebab ibu tak tahan banyak sangat anak kucing yang kencing merata. Rindunyaaa! <3 Baru tau jugak ada doa untuk anak kucing hilang.

    ReplyDelete

Back
to top