Men in Black: International (2019)

Trending

Men in Black: International (2019)

Hi Korang! Kak Bell sempat menonton tayangan perdana Men in Black: International 11 Jun lepas di One Utama. Terima kasih pada seorang rakan yang bagi tiket menonton tayangan perdana MIB tempohari. Actually, Kak Bell bukanlah die hard fan untuk siri filem ni. Memang Kak Bell lupa sekuel filem sebelumnya, walaubagaimanapun masih enjoy bila menonton filem ni. Kalau MIB, pasti aje tahu filem ini mengisahkan agen khas yang bertugas untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing/alien.


Film Men in Black: International merupakan film ke-4 dari franchise Men in Black selepas 7 tahun siri Men in Black 3 pada tahun 2012. Selepas 3 filem sebelum ni menampilkan lakonan Will Smith dan Tommy Lee Jones, filem ini akhirnya menampilkan pelakon baru sebagai karakter utama. Seperti yang disebutkan tadi filem terbaru ini menampilkan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson yang membawa watak sebagai ejen H dan ejen M.


Jalan cerita MIB International agak mudah, ia menceritakan bagaimana Ejen H diarahkan untuk bekerjasama dengan Ejen M yang juga merupakan ahli baru cawangan tersebut. Mereka digandingkan bersama untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing. Pada masa sama, mereka perlu menyelesaikan masalah besar antara keduanya apabila mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB. Siapakah dalangnya? Kena tonton lah sebab pastinya ada plot twist!


Pengarah: F. Gary Gray
Penulis: Art Marcum, Matt Holloway
Pelakon: Tessa Thompson (Agent M), Chris Hemsworth (Agent H), Liam Neeson (High T), Emma Thompson (Agent O), Rebecca Ferguson (Riza)
Rating: PG-13 (Fantasy/Sci-fi)
Running Time: 1h 55m
Production: Sony Pictures, Columbia Pictures, Amblin Entertainment, Image Nation
Release date: 14 Jun 2019

Filem MIB memang sudah terlalu serasi dengan pelakon Will Smith dan Tommy Lee Jones. Mungkin juga ada yang benci dengan penampilan pelakon baru Tessa Thompson (Agent M) dan Chris Hemsworth. Selepas gandingan mereka dalam Thor: Ragnarok &  Avengers:Endgame, sekali lagi mereka digandingkan buat kali ke-3 dalam MIB International. Bagi Kak Bell lakonan mereka ok sahaja, tampak serasi. Then, buat kali pertama agen wanita diangkat sebagai pelakon utama dalam filem MIB. Tapi itulah, nama filem pun dah 'Men' tetiba wanita pula jadi watak utama. Sama juga dengan filem Dark Pheonix baru ni, bak kata Raven baik tukar jadi X-Women dari X-Men. Dah kenapa pulak semua movie tetiba dok promote women power pulak. Tapi kita ok je, ikut sukalah pengarah nak buat apa. Haha. Klik sini untuk review filem Dark Pheonix.

Story line memang dah dapat jangka dan untuk filem ni tugas mereka halang senjata canggih alien ke tangan penjahat. Supervillain dalam MIB International adalah alien yang mampu mengubahbentuk. Untuk kesan efek makhluk asing, kesan khas CGI memang cantiklah dalam filem ni, Kak Bell pun puas hati tengok. Senjata-senjata yang dipakai pun canggih. Korang kena tengoklah sampai eksoz dan side mirror kereta pun boleh jadi senjata. Kalau dalam MIB, tidak sahlah kalau tak ada Neuralyzer. 



Agen M ada sebab tersendiri kenapa dia berusaha untuk mengesan dan masuk ke dalam organisasi MIB. Hebat ke tak Agen M, dia yang dapat cari lokasi MIB tanpa dapat dikesan oleh pihak MIB sendiri. Semua test, Tessa dengan mudah dapat skor tak kiralah bahasa alien ke apa, akhirnya Tessa berjaya direkrut sebagai agen percubaan dan diberi tugas ke London. Btw, Neuralyzer dia belum dapat sebab masih dalam probation gittew.

Sedia maklum, filem MIB ialah filem aksi komedi dan tentulah kena ada aksi komedi yang mendukung filem MIB ni. Watak kecil yang paling mencuit hati dan berkesan sepanjang movie adalah watak alien bernama Pawny (Kumail Najiani). Sepanjang kemunculan dia, memang penonton ketawa dengan watak/karektor serta dialong yang diucap oleh Pawny. Ada juga scene komedi lain oleh Chris dengan tukul bersaiz kecil Thor, but watak ini paling berjaya menyuntik elemen komedi dan betul-betul memberi impak pada MIB 4.


Bagi mereka yang memang follow filem MIB sebelum ini, mungkin filem ni kelihatan sama dan dengan filem sebelumnya. Bagi Kak Bell, MIB International memang ada kejutan tersendiri dengan babak aksinya yang pelbagai dan elemen komedi yang menghiburkan. Buat peminat setia filem ini, mungkin ada pendapat berbeza dengan kehadiran Tessa Thompson dalam filem ini dan juga Chris Hemsworth yang mungkin hanya sebagai pelaris filem! Bagi korang yang menantikan filem aksi komedi, filem MIB 4 ini memang tak ada masalah. Memang enjoy sis tengok dari X-Men. After scene credit? The answer is: No. tak ada extra kredit scene dalam  Men in Black: International. Kak Bell bagi 6/10 bintang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. OMG soooo gonna watch this for Hemsworth! Hahaha. Nice review btw! Tp 6/10 je..hmmm kena pikir pikir ni worth watching ke tak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok aje movie ni Julia. Sb takdelah sampai kita nak tgk kali ke-3 kot. hehe. Kali ke-2 masih ok. hiks

      Delete
  2. Kita jarang tengok cite camni..almaklumlah anak2 kecik lagi..agak jarang ke pawagam..tggu kat netflix jela hihi

    ReplyDelete
  3. wah. mib baru dgn pelakon utama yg baru.
    aida memang tgk semua yg sebelum ni.
    now, wajib la tgk Thor plak berlakon mib ha ha ha ha :)
    byk unsur lawak ke mcm dedolu?
    will smith kan lawak nyer bersahaja and sgt mencuit hati.
    anak-anak gelak besar kalau tgk.
    akan mencari citer ni. lepaskan exam dulu Isnin depan :) hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehla compare. Bella lupa dah yg lama sb takde la fans sgt

      Delete
  4. As a MIB fans, qeela mmg dh masukkan movie ni dlm to be watch list, lagi2 bila ada Chris Hemsworth tu hehe sbb mmg peminat dia juga. looking forward to watch this yet dari awal rasa mcm tak complete laa takde Will Smith huhuu tp xpelah nnt nk try tgk jugak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. nanti bella tgk review Qeela pulak. Hehehe

      Delete
  5. MIB pelakon yang baru ni tak pernah tengok yang lama tu kita suka kerana da aksi komedi dan juga serius dalamnya hehehe ni tak pergi tengok lagi nak kena pergi ni....

    ReplyDelete
  6. Dah gi tengok dah, rasanya yg lama gak best kot, lakonan Chris Hemsworth memang ok, tapi tenggelam dengan jalan cite dia. Best n lawak bila part pawny tu je le

    ReplyDelete
  7. yasssssss— filem yang saya akan curi masa untuk tengok walaupun busy.. memang suka plot MIB nih.. cuma harap masih best macam yang sebelum ni lah..

    ReplyDelete
  8. Kita nak tengok tapi lom berkesempatan lagi wak. Teringin gak nak tengok sebab dulu2 memang kte follow movie ni

    ReplyDelete
  9. alaaa sayang la franchise movie best tapi director guna chris sebagai pelaris je. Tapi comel la pawny tu. Nak tengok la nanti

    ReplyDelete
  10. Kalau cerita ni dah muncul siri nya, dari siri prtama lagi kita tak pernah tengok. Hehehe
    Sebab bukan kaki movie. Tak dan nak masuk wayang.. 🤪

    ReplyDelete
  11. kena pergi tengok ni. panggung wayang 300 meter jer dari rumah. pegi jalan kaki

    ReplyDelete
  12. kereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post