Dark Phoenix (2019)

Every Hero Has A Dark Side
Korang dah tonton Dark Phoenix, filem ke-7 dan terakhir dalam seri X-Men? Filem X-Men Dark Phoenix ni menjadi penutup bagi siri franchise X-Men dan yang terakhir diterbitkan oleh studio Fox sebelum diambil alih oleh Disney Pictures. Sebelum ni dalam X-Men: The Last Stand, turut menampilkan karektor Jean Grey dengan kekuatan Dark Phoenix. Penulis Simon Kinberg tidak menggunakan nama "X-Men" dalam judul filem ni sebab filem ni lebih fokus pada karekter Jean Grey. Kalau menonton siri X-Men, Kak Bell suka watak Storm dan Jean Grey. Memang berangan lah sebab nak watak yang kuat. Dalam siri X-Men Dark Phoenix ni merupakan mutan terkuat di dunia X-Men, kelas berbeza dari mutan lain.


Mostly rating dan review cerita ni hampeh, filem penutup X-Men yang paling hampeh. Rating rotten tomatoes pun bawah 25%, lebih rendah dari X-Men: Apocalypse (47%) dan X-Men Origins: Wolverine (37%). Disebabkan suka tengok cite kuasa-kuasa special ni, sempatlah Kak Bell menonton. Btw, sejak tukar pelakon, rasa siri ni mcm tak best sangat. Setiap kali lepas tonton, tak terasa filem tu beri impak. Sebelum ni, cerita Dark Pheonix ada ditampilkan dalam  X-Men: The Last Stand. Kiranya dah ada 2 filem X-Men yang mengadapatasi kekuatan karektor Dark Phoenix.

Filem ok je, ada action, penceritaan awal agak slow. Padanlah ada kawan Kak Bell yang dah menonton katanya tertidur dalam panggung. Dark Phoenix menggunakan latar pada tahun 1992, di mana mutant dan manusia dah hidup harmoni dan diterima oleh penduduk bumi gitu sebagai “superheroes” mereka.


Untuk pembuka tirai,  Charles/Prof. X (James McAvoy) memberi misi terbaru untuk menyelamatkan para astronot yang terancam serangan solar flare di luar angkasa tapi telah mendapatkan peringatan dari Raven/Mystique (Jennifer Lawrence) dan Hank/Beast (Nicholas Hoult) akan risiko yang bakal ada. Part ni macam menarik, semua astronot berjaya diselamatkan tetapi tertinggal pula kapten kapal. Cuma mempunyai masa 30 saat untuk bawa semula kapten untuk diselamatkan, akhirnya Jean Grey/Dark Pheonix (Sophie Turner) terkena radiasi solar flare dan menyerap solar flare tu.


Ok, watak utama Jean Grey aka Dark Phoenix mempunyai kemampuan telepati dan telekinetik yang mengalami pergolakan dalaman sebagai Jean atau Pheonix. Dalam filem ni tak ada ditunjukkan macam mana kuasa Pheonix tu berkembang, just bila dia stress nak mengamuk, kuasa Pheonix tu tak dapat dikawal. Kira masa pergolakan emosi dia lah. Sepanjang movie Kak Bell tonton sahaja tanpa perasaan. Cuma perasaan marah sebab ada cinone sibuk bercakap dekat phone semasa wayang berlangsung plus ada suara bising kanak-kanak. Ermmm. Rasa macam tengok macam filem biasa je. Karakter Jean terasa macam tidak mengancam baik bagi manusia atau mutan dan kuasa dia nampak biasa-biasa aje. Watak Jean di X-Men: The Last Stand rasa lebih kuat sebab Cyclops dan Prof X mati.



Untuk watak Vuk (Jessica Chastain), alien yang mempunyai misi mengambil alih Bumi ni memburu Jean Grey sebab nak dapatkan kuasa solar flare tu. Ekspresi muka Jessica Chastain nampak tidak berperasaan dan nampak tak bahaya langsung. Part Vuk nak serap kuasa dari Jean tu nampak oklah. Vuk berperanan memainkan emosi Jean dengan pilihan, samaada nak menggunakan kekuatannya untuk kebaikan atau kejahatan.

Pemberontakan Hanks akibat kematian Raven menyebabkan Hanks mengikut Magneto untuk memburu dan membalas dendam. Saat kemation Raven tu tak berjaya menyuntik elemen sedih sebab kalau sedih for sure air mata ni mengalir. Semasa Magneto berlawan dengan Pheonix, Kak Bell tak paham scene kenapa Magneto nak mengangkat kereta api dari bawah tanah. Mungkin cuma nak tunjuk kuasa Magneto but akhirnya adalah untuk block pintu bangunan aje.


Semenjak beberapa siri X-Men ni, Kak Bell macam tak berapa nak feeling bila pelakon asal karektor seperti Charles Xavier, Magneto, Mystique, Storm, Cyclops ditukar. Bayangkan watak Cylops 3 kali dah bertukar. Adalah satu dialog dari Storm yang memerli Charles buat Kak Bell tersenyum: sepatutnya X-Men ni ditukar kepada X-Women sebab perempuan yang selalu menyelamatkan lelaki. OKlah, at least ada kedengaran penonton ketawa. Scene aksi part ni pun semua macam biasa-biasa je dan Kak Bell lebih beri perhatian pada watak-watak mutan terbaru yang bersama dengan Magneto.


So, untuk gambaran kuasa kehebatan Dark Pheonix tu nampak gagal dalam filem ni. Tak nampak kuasa Dark Pheonix sebagai mutan omega terkuat dalam kalangan X-Men. Pengakhiran yang sangat tidak best dan tidak akan diingati buat siri franchise X-Men! Sepanjang movie memang tak de pun membangkitkan perasaan Kak Bell gila-gila masa menonton.  Part sedih pun tak rasa tak sedih, biasa2 aje. Padanlah filem ni dikritik filem terburuk. Nak bagitau takde after credits scene dalam filem Dark Phoenix. Korang rasa nak pi tgk tak?? Kak Bell bg 5/10 bintang je.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top