Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur

Trending

Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur

Shiraz Projects Sdn. Bhd. & TULUS Company dengan bangganya mempersembahkan penyanyi lelaki terkemuka Indonesia TULUS, yang akan mengadakan konsert kedua di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR - KUALA LUMPUR. Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya. Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk Gajah, Pamit, Sewindu, Monokrom dan banyak lagi.


Konsert ini merupakan perayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS. Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia


TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany. Maklumat konsert adalah seperti berikut:

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR
Tarikh: 3 Ogos 2019
Masa: 8.30pm
Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Harga tiket: RM860 (Meet & Greet)
RM460 (Diamond)
RM360 (Platinum)
RM260 (Gold)
RM200 (Silver)
RM160 (Bronze)

Tiket: www.myticket.asia
Contact: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082
Facebook: shirazprojects
Instagram: shirazprojects
Hashtag: #TulusSewinduTourKL
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post