Teater Swan Lake Ke Istana Budaya

Penari balet utama wanita antarabangsa Irina Kolesnikova membawakan bersama bintang St Petersburg Ballet Theatre dalam sebuah produksi memukau Swan Lake di Istana Budaya pada Julai depan. Swan Lake menceritakan kisah putera Prince Siegfried ketika muda yang jatuh cinta dengan Puteri Angsa Odette, seorang wanita yang bertukar menjadi angsa putih setelah terkena sumpahan ahli sihir Rothbart. Ini adalah sebuah kisah bagaimana cinta sejati menguasai segalanya.


Pertama kali dipentaskan di St Petersburg pada 1895, Swan Lake mengatur skor Pyotr Ilyich Tchaikovsky yang tidak lapuk dek zaman dan merupakan salah satu produksi tarian balet paling popular di dunia. Dengan aksi “white acts” yang sukar ditandingi, suasana dewan tarian yang menakjubkan dan memukau hadirin, muzik mengagumkan dan penceritaan yang begitu menyentuh hati, ianya adalah sebuah persembahan balet yang mengatasi semua karya yang seumpamanya.


Ditubuhkan pada 1994, St Petersburg Ballet Theatre bukan sahaja terkenal dengan penari terlatih Vaganova, tetapi juga produksi jangka panjang yang menakjubkan. Diterajui oleh penari balet utama wanita Irina Kolesnikova, syarikat tersebut mengembara ke seluruh dunia untuk mempersembahkan karya klasik daripada himpunan karya agungnya termasuk Giselle, Don Quixote, La Bayadere, Romeo dan Juliette serta The Nutcracker dan Sleeping Beauty. Syarikat yang sangat popular itu menerima sambutan tinggi dengan mengadakan lebih 200 persembahan setiap tahun.


Selepas tiket habis terjual di London, Paris, Sydney dan Singapore, St Petersburg Ballet Theatre yang cukup terkenal di dunia kini membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur dengan persembahan balet sensasi Swan Lake yang sudah tentu menjanjikan sebuah persembahan memukau yang akan memberikan pengalaman tidak boleh dilupakan kepada para penonton. Sebuah persembahan yang tidak boleh dilepaskan! Tiket untuk Swan Lake boleh didapati sekarang di www.myticket.asia.

“St Petersburg Ballet Theatre is a company to be treasured.” Sunday Telegraph, London
"Irina Kolesnikova is diva of dance with whom few stars can compare." Journal du Dimanche, Paris
"Kolesnikova’s Odette is truly a thing of remarkable beauty and technically flawless." The Telegraph, London

Maklumat Swan Lake
Tarikh: 26 Julai-28 Julai 2019
Waktu persembahan: 8.30PM
Venue: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Laman web: www.shirazprojects.com

Harga Tiket: RM455 (Diamond)
RM345 (Platinum)
RM245 (Gold)
RM155 (Silver)
RM95 (Bronze)
Tickets: www.myticket.asia
MyTicket: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082

Swan Lake dibawakan oleh St Petersburg Ballet Theatre dengan kerjasama Shiraz Projects Sdn. Bhd.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top