Kekal Sihat & Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kekal Sihat & Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol!

Trending

Kekal Sihat & Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol!

Semua orang tahu mencuci tangan itu penting khususnya dalam menghalang penularan jangkitan. Namun, sejauh mana kita mempraktikkan amalan membasuh tangan. Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu! Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.


Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:
1) Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar.
2) Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air.
3) Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

Team Dettol di Bazar Tasik Permaisuri

Team Dettol di Bazar Jalan Kuching

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Bersempena dengan kempen kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol, anda berpeluang untuk memenangi DETTOL Set Giveaway!! Jawab soalan : Why hand wash is important? di ruang komen di instagram Bella Jamal sebelum 16 Jun 2019. 3 pemenang dengan jawapan menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post