Jack ‘N Jill Calbee Bakal Menawan Hati Kaki Wayang Jun Ini!

Nak menangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie dan tiket eksklusif tayangan perdana? Jom baca. Mana tau boleh join sis Bella di premiere Spiderman: Far From Home nanti kan!


Januari lalu, URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill" telah bekerjasama dengan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun, Calbee dengan melancarkan Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia.


URC Snack Foods Malaysia ini merupakan sebuah syarikat mengilang dan mengedar kerepek kentang Jack ‘n Jill yang popular di Malaysia. Selain megeluarkan produk berasaskan kerepek kentang, terdapat pelbagai lagi snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan Jack ‘n Jill. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Roller Coaster, Potato Chips, Jigs, Corn Curls dan Chiz King. Selain itu, URC juga turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat Cloud 9, NIPS, biskut Cream-O, Magic, serta gula-gula Cloud 9 dan Dynamite. Untuk pengetahuan, URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah.


Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem blockbuster yang eksklusif. Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.

Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”


Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut sangat mudah.

Macammana nak sertai peraduan Jack ‘n Jill Calbee?
1) Peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8. 
2) Tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.

Buat peminat wayang dan filem adiwira pasti tak nak melepaskan peluang menyertai peraduan ini.


Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang yang tertera di bawah:
Facebook: https://www.facebook.com/JacknJillCalbee.MY/
Instagram: https://www.instagram.com/jacknjillcalbeemy/

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top