Resepi Dalca Utara

Ramadhan dah pun habis, raya pun dah sampai hujung. Tertinggal pula resepi ni nak up sebab terbusy dengan kerja lain. Tambah pula hati masih tak tenteram sebab kucing masih hilang. Hmmm. Tadi pun baru lepas tampal notis mencari kucing hilang. Bila dah free sikit barulah Kak Bell mengadap siapkan entri ni. Sedang menaip tetiba dapat pula SMS pagi-pagi buta. Ada pula kucing jantan whatsapp nak berkenalan. Puncanya kucing jantan ni nampak Kak Bell tampal notis tu tadi. Annoying pulak dibuatnya bila call bertalu-talu. Orang letak nombor supaya senang nak contact kalau ada yang jumpa kucing Kak Bell yang hilang, tapi kucing jantan pula yang call. Huh. Teros block!


Ok, berbalik pada resepi, Kak Bell dah ada share resepi dalca ayam sebelum ni. Masa tu baru tau parpu tu apa dan resepi tempohari tak pakai kerisik. Untuk resepi dalca utara ni ada tambah kerisik dan gunakan kaki ayam. Kalau orang utara memang biasalah kan dengan resepi ni.


Konsep gunakan barang yang ada. Kacang panjang tak ada, so Kak Bell pakai kacing pea/pis. Dah alang-alang ada berapa kerat aje, jadi eloklah dicampak kan aje. Tips nak sedap, mesti nak guna kerisik yang sedap jugalah. Kuantiti kerisik tu tak perlu terlalu banyak, nanti baunya kurang menyenangkan, bau tengik dan pelik. Jom tengok resepinya.


Bahan A
2 genggam kacang dal
1/2 mangkuk daging rebus
4 kaki ayam
Leher ayam
Hati ayam

1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping
2 pelpah daun kari
2 helai daun pandan (diikat)
Serbuk kari daging
Sedikit kerisik
Santan
Garam & perasa secukupnya

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C
2 biji terung bulat
1 biji kentang
1 batang karot
2 biji lada hijau
2 biji tomato
Kacang pea



Cara memasak:
1) Rebus kacang dal sampai lembut. Tos & asingkan air rebusan. Blend kasar kacang dal tadi.
2) Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Masukkan bahan B dan tumis hingga wangi.


3) Masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
4) Masukkan daging rebus, kaki ayam, leher ayam dan hati ayam, biarkan sekejap sampai bahan kecut.


5) Tambahkan kerisik, kacau.


6) Kemudian masukkan kentang dan lobak diikuti sedikit air, asam gelugor/asam keping dan daun pandan.



7) Masukkan kacang dal, terung, lada hijau, tomato, kacang pis diikuti santan.



8) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan masak hingga sayur masak.

TIPS!
  • Boleh juga gunakan air rebusan kacang dal tadi untuk kuah.
  • Kacang dal rebus 3/4 masak.
  • Kak Bell guna kacang pea sebab tak beli kacang panjang.

Bolehlah korang cuba nanti. Dalca biasa atau dalca kerisik yang korang suka? Selamat memasak.

CONVERSATION

28 comments:

  1. sorry to hear about your cat yg hilang tu yea..mudah-mudahan cepatlaa jumpa balik nnt..anyway, thanks for sharing this recipe! tak sure sebenarnya yg masa ke Penang tu mkn dalca yg berkerisik or biasa hehe tp recipe yg ni mmg nnpk menarik betul sbb ada kaki ayam! qeela mmg suka kaki ayam hehee 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella sebelum ni tak suka yang ada kerisik. hehe

      Delete
  2. Photography level terbaik. Nnt I nak suruh bini I try resepi ni. Thanks sbb share :)

    ReplyDelete
  3. amboi kak bell nampak sedap bila dah siap masak. ni kalu makan dengan nasi mau bertambah 2 kali. first time dengar dalca utara. biasa makan dalca buah-buah je kat kenduri kahwin tu. resepi pun senang dan mudah sangat nak sediakan.

    ReplyDelete
  4. saya tiap kali baca pasal resepi2 dalam blog kak bell ni mesti terliur. nak cuba masak pulak malas. haha nak tanyalah jugak , kak bell pakai camera apa ya utk ambik gambar tu? cantik sgt gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Pakai kamera henpon aje Aeril. Samsung Note.

      Delete
  5. Bagus la share resepi ni. Memang terbaik.
    Bertambah terbaik sebab gambar pun sangat menarik. tengok gambar pun dah tahu sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Tq. Org kata gambar kena lawo br nampak sedap dan terasa nak mencuba. Hehe.

      Delete
  6. Banyak nuga bahan yang diperlukan untuk buat dalca ni ya. Tapi serius nampak sedap dan menyelerakan. Kalau makan dengan nasi panas memang sedap.nanti saya nak try lah masak dalca ayam ni.

    ReplyDelete
  7. Wow dah boleh lawan kita ni hehehehe sedapnya best lah boleh cuba nak rasa bila nak buat open house ni asyik menu makanan jer wakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh lawan awak lagi lah. Kita setakat main masak-masak je wakkk.

      Delete
  8. macam senang je resipi kak bell ni. Dah lama nak try masak dalca sendiri sebab dekat luar kuah dalca dia cair sangat, bahan pun sikit. Bila buat sendiri ni puas hati boleh adjust bahan sebanyak yang kita nak. Thanks kak Bell!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau kena gaya memang sedap. Kalau tak tak lalu makan.

      Delete
  9. Nape nampak menarik je dalca tu? Dah lah ainy puasa ni tau. Confirm nak kena buat ni, kalau tak teringat2. TQ tau share resepi ni. Gambar pun letop, pandai amik gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Selamat berbuka. Nanti masak tau. Kegigihan snap gambo. Hehe.

      Delete
  10. sedap ni bella.. makan dengan roti pun laju je kalau dalca ni.. akak minat sangat.. suka letak terung banyak-banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..kuah kalo tak cair sangat ok mencicah.

      Delete
  11. Your food always look so delicious, thanks for sharing this wonderful recipe with us. Will try it out someday.

    ReplyDelete
  12. Kat rumah ni tak pernah lagi masak dalca walaupun anak2 suka.. sbbnya xtahu sgt masak dalca.. so nnt bolehla cuba bella punya resepi.. makan dengan lempeng atau roti canai homemade pun best ni..

    ReplyDelete
  13. I legit just salivate on my pillow because of this recipe. Bookmarking it for sure. Need to learn to cook more dishes from now onwards.

    ReplyDelete
  14. Hopefully you will be able to find your cat asap. Thanks for sharing this recipe. OMG this looks so delicious. Will ask my wife to learn this dish. :p

    ReplyDelete
  15. Dulu zaman kecik emi tak makan tau dalca. Almaklum, tak nak makan sayur haha. Ni dah besar, suka pulak makan dalca.

    ReplyDelete
  16. This look appetizing and yummy =) thanks for sharing on your blog, now I can prepare some yummy dalca at home!

    ReplyDelete
  17. cantik sangat gambar ni. masak pun pandai. terliur jadinya. perkongsian yg bagus dan menarik

    ReplyDelete

Back
to top