Semarakkan Hari Raya Anda Dengan Kismis California - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Semarakkan Hari Raya Anda Dengan Kismis California

Trending

Semarakkan Hari Raya Anda Dengan Kismis California

Kismis merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan kanak-kanak selain selalu digunakan dalam masakan. Bercerita tentang kismis, minggu lepas Kak Bell telah mengikuti cabaran memasak menggunakan Kismis California. Kalau anda nak tahu, kismis yang dikeringkan di bawah sinaran matahari California ini mempunyai rasa manis semula jadi dan mengandungi banyak khasiat kebaikan. Buah anggur yang telah dikeringkan ini kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat. Nak tahu lebih lanjut tentang menu masakan yang boleh disediakan dengan kismis, jom ikuti sampai habis.


Raya Rasa Sayang Dengan Kismis California
Raisin Administrative Committee (RAC) bersama California Raisins mengadakan cabaran memasak ini adalah untuk mencari kumpulan manakah yang berjaya memasak dan mempamerkan keistimewaan Kismis California untuk Hari Raya yang akan datang. Seramai 24 orang blogger Malaysia telah mengambil bahagian pada acara hari tersebut yang terdiri daripada 8 buah kumpulan peserta dan telah diadakan di Berjaya Universiti College of Hospitality, Times Square.




Tema "Raya Rasa Sayang" dipilih bagi membangkitkan suasana mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Ia menunjukkan bahawa Kismis California ini bukan sahaja berkhasiat malah ia juga cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang enak dalam masakan Hari Raya kelak.

Sajian menu yang dicipta dalam cabaran memasak 1 jam tersebut adalah menggunakan Kismis California dan sajian harus mengikut tema yang telah ditetapkan bagi kesemua kumpulan. 8 tema untuk cabaran memasak tersebut adalah Kasih Sayang (Love), Kemaafan (Forgiveness), Penghormatan (Honour), Penghargaan (Gratitude), Keredhaan (Blessing), Kesyukuran (Togetherness), Kebaikan (Kindness) dan Saling Menghormati (Respect).


Kumpulan Kak Bell terdiri dari blogger Amiruddin Nawawi (http://amirnawawi.com) dan Dik Bee (http://www.dikbee.com). Pertama kali memasuki cabaran memasak memang mendebarkan. Pada mulanya memang tidak merancang untuk sertai cabaran ini. Disebabkan keterujaan dan perasaan ingin mencuba, Kak Bell sertai cabaran memasak yang dianjurkan oleh Raisin Administrative Committee (RAC) bersama California Raisins ini.


Dengan tema masakan Honour, kumpulan kami menghasilkan menu Pulut Kuning Kismis dan Ayam Masak Madu Dengan Kismis. Dengan masa 1 jam, semua peserta mesti menyediakan sajian masing-masing berdasarkan tema yang telah diberi. Pertama kali menyertai cabaran memasak, terasa agak kekok. Walaubagaimanapun, pasukan kami berjaya menyiapkan masakan dalam cabaran tersebut.



Saat paling gementar sudah tentunya semasa penjurian. Kesemua sajian telah diadili oleh 4 orang juri termasuk chef dari Berjaya Universiti College dan Chef Ili Sulaiman.


Berikut ini adalah hasil-hasil masakan oleh peserta cabaran memasak Raya Rasa Sayang California Raisin tahun ini.

Lebaran Love Raisin Cookies
Team Love | Sarong Ikat Tepi |


Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan
Team Forgiveness | Abanjers 


Pulut Kuning Kismis dan Ayam Masak Madu Dengan Kismis
Team Honour | Kiss Miss


Bumbu Kacang Nenda Dan Sate Goreng
Team Gratitude | Mahalo Aidilfitri


Ramadhan Blessings
Team Blessing | SpiceGirls


Nasi Briyani Sweet Memory
Team Togetherness | Women Aspire


Black Raisins Kerabu
Team Kindness | Black Raisins


Black Raisins Briyani In Pineapple
Team Respect | Pink Glam Ladies


Setelah selesai semua hidangan dari 8 kumpulan yang diadili oleh chef-chef dan chef popular Ili Sulaiman pula menunjukkan cara menyediakan hidangan dengan menggunakan kismis California iaitu "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California". Chef Ili menjelaskan bahawa masakan ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya lazat dan menyelerakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan juga sanak saudara dan sahabat handai yang datang untuk berhari raya.




Pemenang 1st Runner Up dimenangi oleh kumpulan Abanjers yang menghidangkan menu Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan dan pemenang 2nd Runner Up dimenangi oleh kumpulan Gratitude dengan menu mereka Bumbu Kacang Nenda Dan Sate Goreng. Hadiah Grand Prize Winner pula dimenangi oleh kumpulan Spice Girl dengan menu mereka iaitu Ramadhan Blessing.

Kesemua kumpulan telah menampilkan kreativiti dan kebolehan masing-masing dalam setiap sajian. Walaupun kalah dalam cabaran ini, Kak Bell tetap seronok kerana diberikan peluang untuk menghasilkan menu masakan menggunakan Kismis California.



Kismis California ini bukan sahaja boleh menambah kelazatan pada sajian makanan malah boleh menjadi sumber makanan yang sesuai untuk menambah khasiat bagi kalangan yang mempunyai isu kesihatan seperti diabetes (kencing manis). Untuk orang dewasa disyorkan mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan setiap hari dan buah kismis ini memang sesuai dijadikan snek pada bila-bila masa.

Antara kelebihan Kismis California adalah:
Rasa yang semulajadi | Tidak mengandungi gula tambahan | Tidak mengandungi lemak, kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semulajadi | Sumber kalium yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf | Kaya dengan sumber serat | Sumber nutrien | Mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi |

Untuk maklumat lanjut tentang Kismis California, boleh kunjungi laman berikut:

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post