Estranged Berkolaborasi Dengan Katy Perry Indonesia Dalam Single Terbaru - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Estranged Berkolaborasi Dengan Katy Perry Indonesia Dalam Single Terbaru

Trending

Estranged Berkolaborasi Dengan Katy Perry Indonesia Dalam Single Terbaru

Kejayaan lagu duet Estranged bersama Fazura dalam lagu "Hancur Aku" telah membuahkan kolaborasi terbaru dengan artis dangdut Indonesia, Jenita Janet. Rabu lalu, pada 24 April 2019, Estranged telah mengeluarkan single terbaru mereka berjudul ‘Mau’ melalui duet bersama Jenita Janet di di Drum Asia Studio, Kota Damansara.


Idea untuk berkolaborasi bersama Janet tercetus apabila Estranged dan Janet terjumpa di sebuah kafe di Bandung dan tidak menyangka bahawa kedua-duanya adalah penghibur. Mengambil masa lebih kurang setahun untuk mengeluarkan single ini, kolaborasi ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Indonesia melalui karya musik. 


Dalam sidang media tempohari, Estranged memilih judul single ‘Mau’ daripada perkataan ‘Mahu’ kerana ianya lebih santai dan perkataan "Mau" juga turut digunakan dan difahami di Indonesia selain elemen-elemen percintaan dalam lagu tersebut.


Jenita Janet yang merupakan penyanyi dangdut, pelakon dan pengacara di Indonesia ini mengambil risiko untuk single ini kerana takut ianya tidak membuahkan hasil berikutan genre mereka yang berbeza. Walaubagaimanapun, setelah mendengar lagu tersebut yang diterapkan unsur dangdut, Janet terus bersetuju untuk kerjasama ini.

Janet yang dikenali di Indonesia sebagai Katy Perry Indonesia ini kerana imejnya yang memakai rambut palsu dalam persembahan. Janet memberitahu dalam sidang media, beliau mempunyai hampir 1000 koleksi rambut palsu pelbagai warna dan ada yang ditempah khas.


Kumpulan Estranged yang dianggotai oleh Rich, Din dan Hanafi juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR), Jelajah Misi Elektrik Borneo bagi membekalkan elektrik kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman Sabah. Mereka telah menjalankan kempen di 2 buah kampung di Ranau sejak hujung tahun 2017 sudah mendapat kemudahan hidroelektrik.

Menurut vokalisnya, Rich, dana dikumpul menerusi penjualan merchandise rasmi Estranged seperti t-shirt, topi, jaket, aksesori yang dijual menerusi atas talian serta melalui tapak jualan booth semasa persembahan. Semua hasil jualan tersebut disalurkan kepada kempen kebajikan tersebut bagi membantu golongan yang memerlukan.

Buat peminat Estranged dan Jenita Janet, mereka akan membuat persembahan pertama di Indonesia pada Sabtu ini di Elthikong Kalimantan, Indonesia. Bagi yang belum mendengar single ini, berikut adalah versi live lagu "Mau" semasa sidang media tersebut.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post