Hi Korang! Masak menu apa untuk hari ini? Hari ini buat pertama kalinya Kak Bell bercuti dari bekerja semasa Hari Buruh. Kebiasaannya memang kerja sewaktu Public Holiday sebab nak kejar bayaran double. Haha. Maklumlah, kena lah cari duit lebih sikit kan. Disebabkan semalam Kak Bell dah siap siang udang dan sotong, jadi harini Kak Bell buat menu udang lah. Memula puas juga memikir nak buat apa dengan udang ni, siap tanya kawan-kawan di Facebook untuk cadangan masakan. Kalau dah menu udang memang banyak dan kesemua resepinya sedap-sedap. Kalau boleh nak buat yang mudah dan rare. Asyik menu yang sama bosan juga.

Paling banyak suggest buat udang goreng kunyit, gulai udang + kacang panjang, rendang udang kacang buncis, udang goreng nestum dan lain-lain. Tertarik nak cuba menu udang goreng nestum tu nampak macam best. Paling best, resepi paling simple udang rebus dengan sedikit bawang, serai, lengkuas, bawang putih, gula, pastu cicah budu. Yang ni memang Kak Bell tak pernah cuba lagi. Next time Kak Bell akan buat. Btw, thank you untuk semua cadangan tu.
Dalam banyak-banyak cadangan tu, akhirnya ada yang cadangkan masak tempoyak. Memang Kak Bell pada awalnya bercadang nak buat resepi yang sama. So, menu Kak Bell untuk hari ini Udang Goreng Tempoyak. Jom tengok resepinya.
Bahan A
20 ekor udang
2 sudu makan tempoyak
1 biji bawang besar
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak
Air
Bahan B (bahan tumbuk)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1/2cm kunyit hidup

Cara Memasak:
1) Bersihkan udang dan gaul dengan serbuk kunyit+garam.
2) Panaskan minyak, goreng udang sampai masak/merah dan angkat.
3) Guna sedikit baki minyak goreng tadi tumis Bahan B, sampai naik minyak.
4) Masukkan bancuhan tempoyak, perasakan dengan garam dan gula.
5) Bila tempoyak dah pekat, kering, masukkan daun kunyit dan udang.
TIPS!
- Boleh gunakan serbuk kunyit untuk ganti kunyit hidup.
- Bancuh tempoyak dengan air secukupnya.
- Cili padi ikut tahap kepedasan kesukaan.


Siap! Seriously memang sedap. Tempoyak ni Kak Bell beli dari kawan office. Sedap tempoyaknya. Sambal hitam pun Kak Bell beli kat dia. Yang mana kawan-kawan yang nak resepi ni bolehlah cuba. Nanti update sedap ke tidak. Konpem bertambah makan nasi tu. Okaylah. Selamat malam dan selamat memasak udang. Hehe.
Tags:
Masakan Udang
Prawn
Recipes
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas
Spageti Goreng Udang
Udang Goreng
Udang Goreng Tempoyak
Resepi lebih kurang akak buat ikan bilis tempoyak la....dapnyaaaa...
ReplyDeleteooh bolehla bella cuba nanti.
DeleteKak belle why! why! my fav food. bila nak buat rumah terbuka!! saya available! hahaha. nak makan udang tempoyak. tempoyak saya bawa. hahaha
ReplyDeletewoww.. udang goreng tempoyak.. 1st time dengar ni.. tapi nampak sedap je ni.. boleh la try nanti.. ada kelainan sikit menu berbuka nanti.. hehehe..
ReplyDeletewow selalu orang masak udang tempoyak ni berkuah..ni siap bergoreng plak..tentu sedap mkn dgn nasi panas2..bolehlah try untuk masak menu berbuka nanti..yes dah ada satu resepi baru untuk menu berbuka hihi
ReplyDeleteWalaupun kita tak makan tempoyak, tapi gambar udang goeng tempoyak tu cukup menggugat betul. Huhu. Nampak macam sedap je...
ReplyDeleteRawlins sejenis tak makan tempoyak tapi dari gaya resipi nie, nampak memang mudah ye nak masak. Nanti nak share ngan my sisters la, biar depa masak untuk my parents. TQ sis share resipi.
ReplyDeleteAla.... Saya suka udang but tak makan tempoyak. Pandai awak masak. Boleh la share kat my sis Yang makan tempoyak ni. Resepi pun nampak mudah he.
ReplyDeletekenapa kita nampak kak bell masak nampak mudah je tp bila kita nak buat jadi macam tongkah pecah dapur dibuatnya. okay tempoyak mmg feveret sy, tak sangka boleh dimasak bersama udang. nanti nak cuba
ReplyDeleteAwas dah mula mencabar kemampuan kita untuk memasak wakakakak tapi betul lah uoll udang ni sangat menggoda kita lah nak cuba resepi mudah dan cepat untuk bersahur nanti thanks tau share...
ReplyDeleteNi fav Bonde, kalau makan dengan nasi panas dah cukup dah tak payah lauk lain lagi... sedapnyelah hai.. nak kena cari stok tempoyak nih nak puasa nnt senang nak masak untuk berbuka dan sahur
ReplyDeleteSedapnya tengok walaupun x makan tempoyak tpi nmpk menyelerakan sgt. hehehe
ReplyDeleteBella, pm location rumah nak datang makan udang goreng tempoyak ni. BBL dah siap bawa nasi putih. boleh consider lauk berbuka puasa time bulan ramadan ni. nak masak pun senang & mudah. mohon salin resepi ya
ReplyDeleteYou're such a good cook, I'm always looking forward to read your recipes and try them out because it's easy and the outcome is amazing.
ReplyDeleteselalu buat masak tempoyak, kalau yang versi goreng ni tak pernah lagi try, nampak menyelerakan. bolehlah try nanti resepi ni tapi tempoyaknyeee takde hahahhaa, bukan musim durian kan susah sikit nak jumpa duriaan kat area rumah ni.
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
ya Allah kak sy ni dh la giler tempoyak!! dia bg resipi gini pulak seb laa belom pose huhu menarek kak idea ni boleh msk utk buka nnt tqtq sharing!!
ReplyDeleteYummy! Nampak sedap sangat. Thank you for the recipe. I will try when i get time.
ReplyDeleteU olss tau tak..udang ni i olss selalu buat masak tempoyak letak petai n daun kunyit! Perghhh terangkat. Tp i olss nak try resipi u olss ni pulak hehe nampak sedap sgt
ReplyDeleteNampak nyumnyum.. Tapi kita tak makan tempoyak la pulak.
ReplyDeleteHehehe..
Kalau mil kita suka buat lemak kuning campur asam belimbing..
Sedap massk masak tu.
PerghhhhhhH! Kita nak curi resepi bella! Ya Ampun, masakan tempoyak gini lah paling onie suka. Rajinnya bella kita ni masak. Salute! Nanti nak rasa air tangan bella tau :D
ReplyDeleteWahhh.. udang goreng tempoyak. Pertama kali Qiss dengar tau. Memang mengancam tengok hasilnya. Boleh buat menu makan malam kat rumah ni. Mana tau dapat pujian mak mentua nanti.hahah
ReplyDelete