Resepi Kari Daging Kerisik

Hi Korang! Ni sambungan satu lagi resepi masa Kak Bell memasak pada cuti yang lepas. Untuk resepi nasi minyak, lamb chop bakar dan sayur kacang pis campur bolehlah rerajin tengok entri yang lepas.


Cerita berpuasa semalam, masih lagi menyinggah ke Bazar TTDI tapi beli mana yang patut sahaja. Bazar TTDI sahaja yang terdekat dengan kantor Kak Bell. Kali ni terus pergi lokasi sasaran nak membeli Tepung Pelita Paya Jaras. Mana yang sempat tonton IG story haritu, nampaklah memang beratur panjang orang nak membeli kuih Tepung Pelita Paya Jaras ni. Setiap tahun pun memang macam ni lah situasinya. Bayangkanlah dengan panas membahang, orang beratur sampai ke atas jalan ibarat I'm going to die to get this. Lol. Sekali dah beratur tu, terus beli 4,5 set. Tahun ni memang sekali ni ajelah gigih Kak Bell nak beratur. Tak kuasa dah yer.


Oklah, untuk resepi Kari Daging ni Kak Bell gunakan kerisik. Sebelum ni masak kari memang tak gunakan kerisik sebab tak suka bau kerisik tu. Walaubagaimanapun, untuk hilangkan bau kerisik, kita gunakan daun pandan. Letak je daun pandan masa memasak, hilanglah bau kerisik tu. Kemudian, selalu Kak Bell akan bancuh dahulu serbuk kari, kemudian tumis. Untuk resepi ni tak payah bancuh dengan air dahulu. Terus sahaja masukkan serbuk kari dan serbuk cili then tumis. Oklah jom tengok resepinya.


Bahan A
500g daging *hiris nipis
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan kerisik
2 biji kentang *belah 4
1/2 kotak santan kecil
1/2 biji bawang besar *dihiris
2 ulas bawang putih *dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
2 pelepah daun kari
3 biji cili padi hijau
2 helai daun pandan *diikat
1 keping asam keping
Serbuk perasa
Garam
Air

Bahan B (bahan kisar)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang dan bahan penumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
2) Masukkan bahan kisar, cili padi hijau, tumis hingga naik bau.
3) Masukkan rempah kari, serbuk cili dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.


4) Masukkan daging, kacau hingga air daging keluar dan daging agak kering.


5) Tambahkan kerisik dan masukkan ubi kentang dan daun pandan.
6) Tambahkan air dan masak hingga daging hampir empuk.



7) Masukkan santan, asam keping, garam, serbuk perasa secukupnya.
8) Sesuaikan rasa dan masak hingga kuah agak likat. Kemudian bolehlah tutup api.


TIPS!
  • Basuh daging dahulu, baru potong supaya masakan lebih sedap.
  • kacau rata serbuk kari dan serbuk cili dengan cepat supaya tidak hangit.
  • Tak perlu bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.

Sebelum ni memang tak berapa gemar makan kari yang ada kerisik dan yang seumpamanya. But this one memang tak de bau kerisik tu. Bolehlah korang cuba nanti.

CONVERSATION

2 comments:

  1. kami orang kedah memang suka masak kari boh kerisik. jadi rasa manis lemak lagi sedap ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah. Resepi ni pun kawan Penang yang ajarkan. Baru tau org Utara suka boh kerisik.

      Delete

Back
to top