Trending


Resepi Kacang Pis Campur

Hi Korang! Hari ni Kak Bell sambung resepi berbuka puasa semalam. Kalau dah buat acara masak-memasak, mestilah nak kena ada sayur dalam menu hidangan. Apa-apa jenis sayur yang simple pun ok asalkan ada porsi untuk sayuran. Kak Bell jarang memasak menggunakan kacang pis. Untuk kali ni Kak Bell masak kacang pis untuk sayur campur goreng.


Sebelum ni, Kak Bell ada kongsikan resepi sayur campur menggunakan kacang sepat. Bentuknya memang seakan-akan kacang pis tetapi kejadiannya berbulu sikit di luarnya. Rasa kacang sepat tu rangup juga tapi Kak Bell lagi prefer kacang pis lah. Kalau nak tengok resepi kacang sepat boleh klik sini > Kacang Sepat Campur


Untuk kuantiti sayur tu, korang boleh sediakan ikut berapa banyak orang nak makan. Sayur tu lepas cuci, potong je ikut bentuk kesukaan masing-masing. Lobak kita kali ni bentuk bunga yer. Kalau malas buat bentuk bulat saje. Hehe. Oklah nak resepinya.

Bahan-bahan
1 paket kacang pis
1/2 batang carrot
Bunga kobis
5 ekor udang segar
4 ulas bawang putih
2 sb tepung jagung
2 sudu sos tiram
Garam
Sedikit air


Cara memasak:
1) Bersihkan sayuran dan potong mengikut kesukaan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
3) Masukkan udang dan goreng sebentar.


4) Masukkan air sos tiram, kacau
5) Masukkan karrot, air dan biarkan mereneh seketika.
6) Kemudian masukkan kacang pis dan kobis bunga.


7) Tambahkan tepung jagung, perasakan dengan garam dan perasa.
8) Masak hingga kuah dah pekat dan sayur masak.


TIPS!
  • Boleh tambahkan air jika nak berkuah
  • Kurangkan tepung jagung jika tak suka terlalu pekat
  • Tambahkan cili/lada jika nak sedikit rasa pedas

Masa memasak haritu, Kak Bell ada buat IG story sesambil memasak. Kalau datang rajin, adalah story kat IG tu. Agak-agak korang suka tak makan resepi sayur campur ni?
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post