Ayam Goreng Crispy - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ayam Goreng Crispy

Trending

Ayam Goreng Crispy

Hi Korang! Untuk Ramadhan ke-6 ni, sekali lagi Kak Bell buat hidangan agak mewah. Hari ni Kak Bell masak Nasi Daging dengan Air Asam Kerisik, Dalca dan Ayam Goreng Crispy. Kak Bell mulakan dengan resepi yang mudah dahululah iaitu Ayam Goreng Crispy. Semua pun pandai menggoreng ayam kan. Kebiasaannya, selain goreng biasa, daging ayam ni memang selalu digoreng dengan saduran adunan tepung. Untuk rasa berbeza dan sedap, mestilah bergantung pada bahan tepung perapan korang.


Paling mudah, beli sahaja tepung siap macam tepung KFC tu kemudian goreng. Kalau nak lebih jimat, sediakan sendiri sahaja pun mudah. Puas makan. Untuk resepi ni, confirm ayam korang rangup dan ‘crispy’. Kalau nak rasa lebih pedas, bolehlah tambah lebih sedikit serbuk cili.


Bahan-bahan
8 ketul bahagian ayam
2 pelepah daun kari
Paprika
Serbuk cili
Kunyit
Tepung Beras
Telur
Garam
Perasa


Cara memasak:
1) Bersihkan ayam dan toskan.
2) Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan hingga rata, kemudian asingkan dalam bekas lain.
3) Pecahkan dan pukul telur, celup ayam tadi dan gaul sekali lagi dengan bahan perapan.
4) Perapkan seketika dalam 15-20 minit.
5) Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga keemasan.



TIPS!
  • Pastikan ayam tidak berair semasa gaul dengan bahan perapan untuk elak tepung berketul.
  • Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata.
  • Boleh letak dalam bekas yang berpenutup serta digoncangkan hingga sebati (salutan kedua tepung).

Mudah sahaja kan. Kalau korang dah cuba nanti, boleh bagi feedback sedap ke tidak. Yakin 100% korang akan suka resepi ni. Selamat mencuba!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post