Expand To Show Full Article
Li Fa Dian Hair Salon Nu Sentral Launch Party - Ini Adalah Bellarina Natasya Li Fa Dian Hair Salon Nu Sentral Launch Party

Trending

Li Fa Dian Hair Salon Nu Sentral Launch Party

Memasuki usia 40 tahun ke atas, sedar atau tidak beberapa perubahan fizikal mula menghampiri dan mula memberikan beberapa tanda penuaan. Selain kedutan di wajah, masalah rambut seperti keguguran melampau, uban dan juga rambut kering akan membuatkan segelintir individu menjadi tertekan. Tak susah sebenarnya untuk menjaga rambut, cuma perlu rajin dan lakukan penjagaan rutin supaya rambut yang dianggap mahkota tidak hilang serinya. Terus terang Kak Bell sendiri pun tidak berbakat untuk menggayakan sendiri rambut di rumah. Setakat langkah asas tu pandailah. Kadangkala tertekan juga bila rambut tak terurus, masalah kelemumur dan sebagainya. Maklumlah, kita ni tak berapa cantik kena lah buat lebih sikit nak melawa ye tak?


Kebiasaannya Kak Bell akan dapatkan perkhidmatan salun bagi menata rias rambut supaya kekal cantik. Sebagai salah seorang pengunjung tegar di Heka Salon, Kak Bell secara istimewa telah dijemput untuk hadir ke acara pembukaan cawangan terbaru salun rambut Li Fa Dian di Nu Sentral pada 11 November lalu. Kedua-dua salun rambut ini sebenarnya adalah dari pemilik syarikat yang sama. Terima kasih atas jemputan Lisa Nadia, Branch Manager dari Heka Salon untuk bersama-sama meraikan pembukaan Li Fa Dian Salon. Staf dan stylist di sini memang selalu memberikan perkhidmatan terbaik jika Kak Bell berkunjung ke sana. XoXo!

Dari kiri: Zen, Lifadian Salon Manager; 
Lisa Nadia, Heka Salon Manager dan Pengarah Urusan, Stilly Goh


Salun Rambut Li Fa Dian 
Cawangan pertama mereka terletak di Empire Shopping Gallery dan cawangan di Nu Sentral adalah merupakan cawangan yang kedua. Mereka mengenengahkan konsep semulajadi dan menggunakan produk organik dalam proses rawatan dan penjagaan rambut di sini. 



Selain menampilkan konsep hiasan dalaman klasik Cina, Li Fa Dian turut membawa konsep kedai kopi untuk pengunjung rilek dan santai semasa berkunjung ke sini.



*sumber gambar dari laman Facebook Lifadian Hair Salon


Pada hari perasmian tersebut, telah diadakan pemeriksaan percuma kulit kepala dan rambut oleh perunding rambut profesional salun Li Fa Dian. Kak Bell juga tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kulit kepala dan seterusnya mendapatkan rawatan kuku dan merias rambut!



Semasa pemeriksaan tersebut, Kak Bell didedahkan bahawa terdapat mikroorganisma yang menyebabkan masalah keguguran dan kebotakkan rambut iaitu hama folikel rambut (mites). Walaupun kita sentiasa membasuh rambut dan rambut nampak sihat, hair follicle mites ni mungkian ada di dalam folikel rambut kita. Mereka hidup dalam kelenjar minyak folikel rambut manusia dan memakan nutrisi pada akar rambut dan menyebabkan keguguran rambut!

Nampak tak hair mites tu bergerak-gerak?

Nasib baiklah benda alah ni tak ada atas kepala Kak Bell. Seriously memang tak sangka hama folikel rambut ni menjadi salah satu punca pemasalahan rambut selain kesalahan memilih syampu yang juga turut menjadi penyebab rambut gugur. Jadi penggunaan produk semulajadi amatlah digalakkan supaya rambut lebih sihat secara alami. 


Seronok aih jadi diva!

Jika anda mendapatkan rawatan di sini, terlebih dahulu mereka akan memeriksa keadaan kulit kepala dan rambut sebelum proses rawatan atau dandanan rambut. Berikut diantara rawatan yang boleh anda dapatkan di Li Fa Dian selain perkhidmatan mewarna rambut dan sebagainya. 


Scalp Detox Benefits
  • Promote healthy hair growth
  • Purifies the scalp of odor-causing bacteria
  • Antioxidants prevent oxidative stress and enhance csalp function
  • Removes buildup that causes dull hair and scalp imbalances
  • Calms scalp irritation and redness

-17°C Freezing Hair Treatment


Organic Oil Colour
  • Nourishing colouring treatment with Organic aloe extract, Organic argan oil, Organic olive oil and Organic jojoba oil.

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat rawatan dan penjagaan rambut secara semulajadi, bolehlah kunjungi Li Fa Dian Hair Salon. Sesambil rambut cantik, boleh santai-santai pekena kopi!


Lifadian Hair Salon (Nu Sentral Shopping Mall)
Lot 4.14, Level 4, Nu Sentral Mall, Jalan Tun Sambathan, KL (1.04 mi)
Kuala Lumpur, Malaysia 50470
Business hour :10am-10pm



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

Previous Post Next Post