Synergy Marine Jalinkan Kerjasama Dalam Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Di Malaysia

Malaysia bakal mencatatkan satu detik penting dalam industri maritim apabila 3 syarikat terkemuka di dalam sektor ini mengambil langkah proaktif bagi menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir. Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia. Majlis menandatangani MOU Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Malaysia tersebut telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel pada 15 November 2018 baru-baru ini.

(Dari kiri) Tuan. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail, Deputy Director General 2 (Operations) of Marine Department Malaysia; En. Abdul Razak Ismail, Managing Director/CEO of MTCMS Design Sdn. Bhd.; Yang Berbahagia Dato’ Roslan Ahmad, Managing Director of Synergy Marine (M) Sdn. Bhd.; Captain Ting Hien Liong, CEO of Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd.; dan En. Vincent Ling Lu Yew, Executive Director of Shin Yang Shipping Corporation Berhad bersama MOU Malaysia’s first LNG-Powered Vessel Shipbuilding antara Synergy Marine (M) Sdn. Bhd., MTCMS Design Sdn. Bhd., dan Shin Yang Corporation Berhad yang telah ditandatangani.

Kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru yang lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan. Dengan teknologi ini, pihak yang terlibat boleh melaksanakan pemantauan dan latihan secara maya.


Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, kebanyakan syarikat minyak dan gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda positif kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, pihak Synergy Marine telah mengambil langkah proaktif untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan.

Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat minyak dan gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini yang bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi minyak dan gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi minyak dan gas.


Kapal LNG Pertama Yang Dibina Di Persisir Malaysia
MS PSV 77 DF - Platform Supply Vessel 76m yang akan dibina ini adalah berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi dan dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel. Bahan api LNG akan disimpan di dalam tangki bertebat vakum dengan kapasiti 300m³. Penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG ini dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida (Sox), nitrogen dioksida (NOx), karbon dioksida (CO2) dan zarah terampai secara signifikan dan menjadikan kapal ini OSV yang paling mesra alam di Malaysia. Ciri ini menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

Kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

Yang Berbahagia Dato’ Roslan Ahmad, Managing Director of Synergy Marine (M) Sdn.Bhd. menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir mengenai Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Malaysia.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.” kata Dato’ Roslan.

Maklumat Majlis Tandatangan MoU
  • Majlis menandatangani MoU ini adalah antara 3 syarikat iaitu Synergy Marine (M) Sdn Bhd, MTCMS dan Shin Yang Shipyard Sdn Bhd.
  • MTCMS Design Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Synergy Marine (M) Sdn Bhd untuk mereka bentuk Kapal Pembuatan Platform LNG pertama Malaysia (PSV).
  • Kapal tersebut akan dibina oleh Shin Yang Shipyard Sdn Bhd di Malaysia.
  • Akan menjadi salah sebuah Kapal Sokongan Luar Pesisir yang paling maju (OSV) pernah direka, dibina dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat tempatan Malaysia. Reka bentuk ini termasuk PSV digital twin, lengkap dengan Virtual Reality Technology untuk penyelenggaraan dan latihan.


Berdasarkan rekod prestasi yang cemerlang bagi ketiga-tiga syarikat tersebut di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini dapat membuka peluang yang besar ke arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG.Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di dalam pasaran global.

CONVERSATION

7 comments:

  1. Wow macam canggih je? Rasanya menggunakan teknologi realiti maya untuk penyelenggaraan, jalankan ujian keselamatan dan latihan akan menjimatkan sumber dan masa

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tunggu kapal ni siap di malaysia. Antara yg boleh dibanggakan sebab ianya dibina di pesisir pantai

    ReplyDelete
  3. Macam menarik ja bunyinya. Tertunggu tunggu jugak kapal ni macam mana. Mesti canggih kan.

    ReplyDelete
  4. Suka baca posting yg penuh dgn info macam ni.
    3 syarikat yg bekerjasama mi mmg antara player utama dlm bidang ni.

    ReplyDelete
  5. Moga perkembangan ini membuahkan hasil dan memberikan impak positif kepada ekonomi di rantau ini dan juga peningkatan ekonomi bagi penduduknya sekali. Amin.

    ReplyDelete
  6. Wah seronok bila banyak peningkatan berlaku dalam negara kita. Moga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Back
to top