Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018)

Filem kedua dari siri Fantastic Beasts ini merupakan salah satu filem Hollywood paling Kak Bell tunggu tayangannya. Buat peminat siri J.K. Rowling's Wizarding World pasti menantikan filem ini. Filem Fantastic Beasts 2: The Crimes of Grindelwald merupakan kisah lanjut Newt Scamander (Eddie Redmayne), seorang magizoologist yang kembali beraksi untuk menangkap Gellert Grindelwald (Johnny Depp), ahli sihir gelap yang berjaya melarikan diri dari MACUSA (Kongres Sihir Amerika Syarikat) selain Credence (Ezra Miller), Obscurial yang mencari ibu bapanya.


Pengarah : David Yates
Penulis : J.K. Rowling
Pelakon : Eddie Redmayne (Newt Scamander), Katherine Waterston (Tina Goldstein), Dan Fogler (Jacob Kowalski), Alison Sudol (Queenie Goldstein), Ezra Miller (Credence Barebone), Jude Law (Albus Dumbledore), Johnny Depp (Gellert Grindelwald), Zoƫ Kravitz (Leta Lestrange), Carmen Ejogo (Seraphina Picquery), Claudia Kim (Nagini), Callum Turner(Theseus Scamander)
Rating: PG-13
Genre: Action & Adventure, Kids & Family, Science Fiction & Fantasy
Studio: Warner Bros. Pictures
Release date : Nov 15, 2018


Pada babak awal, Grindelwald berjaya melarikan diri dari tahanan dengan bantuan pengikutnya. Babak awal filem memang menarik perhatian dan fokus untuk terus ketahui penceritaan filem ini. Albus Dumbledore (Jude Law) bertemu mantan anak muridnya, Newt Scamander bagi membantu menangkap dan menggagalkan rancangan Grindelwald yang ingin menguasai semua ahli sihir termasuk muggle. Dalam cerita ini juga turut memaparkan magical creature terbaru iaitu Zouwu, kucing gergasi 5 warna yang berjaya ditangkap Newt. Zouwu adalah makhluk magis yang berasal dari China.


Ok, dalam filem ni fans Harry Potter pasti akan perasan kemunculan beberapa karektor yang ada disebut dalam filem Harry Potter sebelum ini seperti Nagini (ular Voldermort), Nicolas Flamel, dan watak-watak baru Theseus Scamander, Yusuf Kama dan Leta Lestrange. Dumbledore juga nampak tidak menggunakan elder wand seperti dalam siri Harry Potter. Dumbledore masih belum memiliki elder wand karena tongkat tersebut masih ada di tangan Grindelwald, yang dicurinya dari kedai tongkat sakti Gregorovitch.


Tidak seperti jangkaan awal ketika menonton trailer. Jalan ceritanya yang agak perlahan dan menjadi sedikit membosankan. Sampai pertengahan cerita barulah dihidangkan dengan sedikit aksi sihir menggunakan tongkat sakti. Cerita menjadi bosan disebabkan terlalu banyak plot cerita yang ingin disampaikan dan seriously sehingga ada yang menguap dan terlelap!



Aksi Grindelwald (Johny Deep) dalam filem ni juga kurang memainkan peranannya sebagai seorang dark wizard yang betul-betul jahat dan berbahaya. Watak Voldermort lagi berkesan. Memang terasa ada kekurangan dari filem ini berikutan tidak banyak aksi dan spells yang digunakan. Walaubagaimana pun ada beberapa babak yang berjaya membuat penonton ketawa hasil lakonan watak Queenie Goldstein (Alison Sudol) dan Jacob Kowalski (Dan Fogler) yang melucukan selain kemunculan Nifflers yang suka mencuri barangan berkilau. Turut ditunjukkan binatang-binatang lain dalam beg Newt dan kehadirian Zouwu mungkin sebagai hints sekuel ke-3 yang akan mengambil lokasi di China nanti.


Handsome gak Ezra Miller kan!

Selain itu, karakter Nicholas Flamel, yang merupakan salah satu kawan baik Dumbledore akan terungkap untuk pertama kalinya dalam filem ini. Kemunculan Leta Lestrange pula, terus membuatkan kita menduga adakah ada kaitan dengan Bellatrix Lestrange dari siri Harry Potter. Ada watak yang berpaling tadah mengikut Grindelwald dan Credence diberikan tongkat sakti oleh Grindelwald. So nak tahu siapa ibu bapa Credence, kena lah tonton. Hints dia hujung-hujung ada Pheonix! Tiada kredit scene pada akhir filem dan disebabkan sedikit bosan, Kak bell bagi 6.5/10 bintang ⭐

CONVERSATION

17 comments:

  1. this movie will not be boring if we are into the story line.. but for action sure not suitable for action movie lover...

    ReplyDelete
  2. wah mesti best citer ni, banyak watak yang best-best tuh

    ReplyDelete
  3. looks like it's a great movie.. time to go cinema and watch it.. great one..

    ReplyDelete
  4. Kena hayati filem ni betul2 kan...kalau jalan citer agak slow nanti boring..end up tertidur..

    ReplyDelete
  5. Oh ini le cerita yang husband saya nak tengok sangat ahad ni. Hari semalam die duk kata nak pergi tengok wayang. Sanggup pergi tengok sorang-sorang sebab biasalah mak mak kene jaga anak. Cis hahaha

    ReplyDelete
  6. Dah plan nak tengok this weekend. I am big fan of this series. Tak sabar tunggu weekend ni. Bella best la dah tengok awal.

    ReplyDelete
  7. Kita suka cerita yang macam ni hehehe lama tak pergi tengok wayang last tengok cerita melayu jer wakakak ok lepas ni kita akan pergi panggung tunggu...

    ReplyDelete
  8. Jarang layan movie yang macam ni tapi tengok review kak bell rasa nak pergi tengok. Pstttttt sebab extra adalah ada Johnny Depp. Aummm..........

    ReplyDelete
  9. huwaaa best ni. Nak tengok jugak tapi kena tunggu keluar tv jawabnya sebab kinah ada anak kecik tak dapat nak pergi panggung tengok wayang ni

    ReplyDelete
  10. Tak sabarnyaaa weekend ni nak pi tengok cerita ni. Emi memang suka cerita macam ni.

    ReplyDelete
  11. Bella dah tengok keee!? Bestnya dah tengok awal. Kita masih planning lagi bila nak tengok. Confirm best lah cerita ni. Memang ditunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  12. rendahnya rating BELLA ! Jadi cerita ni kurang ke ? Ala ala style harry potter kan...
    eh best gila dapat premiere screening seronok kalau tengok ramai ramai...
    nanti I nak pergi tengok juga la.. I tak sabar nak tengok mesti rasa macam dunia magical je kan ?

    ReplyDelete
  13. cerita ni boring sebab memang gaya penceritaan memang plot yang meleret. tapi kalau orang yang memang obses dengan filem JK Rowling ni, pasti enjoy jer.. hehe

    ReplyDelete
  14. Amboi pelakon dia dasyat2 jugak ni...ada kena mngena ngn harry potter gak ka...sebab kalau ada kena mngena mmg kita nganga la sebab x tau n xtengok...tpi mcm nk tngok gak sbb ada depp dlm tu..hahhah

    ReplyDelete
  15. Action & adventurw..wow macam menarik cerita ni. Kalau bawak anak2 diorang suka movie yang macam ni

    ReplyDelete
  16. Nampak best filem ni..macam banyak aksi je..nanti nak tengokla..dah lama tak alyan movie ni..hehee

    ReplyDelete
  17. Kte kurang minat wak cerita-cerita camni tapi sekali sekala layan gak la..hahaha..

    ReplyDelete

Back
to top