Dettol Lancar Semula Rangkaian ProFresh Dengan Perlindungan Bau Dan Kulit

Jenama perlindungan kuman No.1 di dunia, Dettol melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Pengenalan semula jenama ini untuk memberikan perlindungan dengan 2 keperluan utama keluarga dalam produk pembersihan diri iaitu perlindungan bau dan perlindungan kulit.

Dettol ProFresh dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ProSkin menyediakan kelembapan selama 8 jam untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambah baik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini. Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.


Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, Kim Minyoung berkata, "Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga."

Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan iaitu perlindungan bau yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan perlindungan kulit yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.


Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan perlindungan daripada 100 kuman bahaya bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. Dettol ProFresh telah diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala Dettol ProSkin memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga.


Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.


Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml. 

CONVERSATION

8 comments:

  1. Ni jenis yang baru kan. Sebab saya biasa beli jugak dettol ni tapi jenis foam yang warna putih semata tu. biasa beli yang refill je sebab nak jimat sikit. tapi yang ni nampak menarik pulak nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti beli yang refill sb nak jimat. Aaah new series ni dan best juga

      Delete
  2. Tunggu sabun yang sedia ada habis, boleh terjah Dettol pula. Terbayang bau dia yang so fresh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dettol mmg semua orang tau kan. Alah membeli lah katakan

      Delete
  3. Peminat dettol taw. Tak penah miss. Gentle tak keringkan kulit. Suka lasting fresh baunya sgt kuat kekal lama. Rugi tak try.

    ReplyDelete
  4. dettol memang pilihan kami sekeluarga. Husband liez memang tak pernah tukar shower gel dia dari dulu.
    kena jugak pakai dettol. ni kalau dia tahu ada produk terkini dettol mesti dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa dan kadang2 kulit sensitif dengan jenama yang lain kan

      Delete

Back
to top