Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018)

Trending

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018)

Filem kedua dari siri Fantastic Beasts ini merupakan salah satu filem Hollywood paling Kak Bell tunggu tayangannya. Buat peminat siri J.K. Rowling's Wizarding World pasti menantikan filem ini. Filem Fantastic Beasts 2: The Crimes of Grindelwald merupakan kisah lanjut Newt Scamander (Eddie Redmayne), seorang magizoologist yang kembali beraksi untuk menangkap Gellert Grindelwald (Johnny Depp), ahli sihir gelap yang berjaya melarikan diri dari MACUSA (Kongres Sihir Amerika Syarikat) selain Credence (Ezra Miller), Obscurial yang mencari ibu bapanya.


Pengarah : David Yates
Penulis : J.K. Rowling
Pelakon : Eddie Redmayne (Newt Scamander), Katherine Waterston (Tina Goldstein), Dan Fogler (Jacob Kowalski), Alison Sudol (Queenie Goldstein), Ezra Miller (Credence Barebone), Jude Law (Albus Dumbledore), Johnny Depp (Gellert Grindelwald), Zoë Kravitz (Leta Lestrange), Carmen Ejogo (Seraphina Picquery), Claudia Kim (Nagini), Callum Turner(Theseus Scamander)
Rating: PG-13
Genre: Action & Adventure, Kids & Family, Science Fiction & Fantasy
Studio: Warner Bros. Pictures
Release date : Nov 15, 2018


Pada babak awal, Grindelwald berjaya melarikan diri dari tahanan dengan bantuan pengikutnya. Babak awal filem memang menarik perhatian dan fokus untuk terus ketahui penceritaan filem ini. Albus Dumbledore (Jude Law) bertemu mantan anak muridnya, Newt Scamander bagi membantu menangkap dan menggagalkan rancangan Grindelwald yang ingin menguasai semua ahli sihir termasuk muggle. Dalam cerita ini juga turut memaparkan magical creature terbaru iaitu Zouwu, kucing gergasi 5 warna yang berjaya ditangkap Newt. Zouwu adalah makhluk magis yang berasal dari China.


Ok, dalam filem ni fans Harry Potter pasti akan perasan kemunculan beberapa karektor yang ada disebut dalam filem Harry Potter sebelum ini seperti Nagini (ular Voldermort), Nicolas Flamel, dan watak-watak baru Theseus Scamander, Yusuf Kama dan Leta Lestrange. Dumbledore juga nampak tidak menggunakan elder wand seperti dalam siri Harry Potter. Dumbledore masih belum memiliki elder wand karena tongkat tersebut masih ada di tangan Grindelwald, yang dicurinya dari kedai tongkat sakti Gregorovitch.


Tidak seperti jangkaan awal ketika menonton trailer. Jalan ceritanya yang agak perlahan dan menjadi sedikit membosankan. Sampai pertengahan cerita barulah dihidangkan dengan sedikit aksi sihir menggunakan tongkat sakti. Cerita menjadi bosan disebabkan terlalu banyak plot cerita yang ingin disampaikan dan seriously sehingga ada yang menguap dan terlelap!



Aksi Grindelwald (Johny Deep) dalam filem ni juga kurang memainkan peranannya sebagai seorang dark wizard yang betul-betul jahat dan berbahaya. Watak Voldermort lagi berkesan. Memang terasa ada kekurangan dari filem ini berikutan tidak banyak aksi dan spells yang digunakan. Walaubagaimana pun ada beberapa babak yang berjaya membuat penonton ketawa hasil lakonan watak Queenie Goldstein (Alison Sudol) dan Jacob Kowalski (Dan Fogler) yang melucukan selain kemunculan Nifflers yang suka mencuri barangan berkilau. Turut ditunjukkan binatang-binatang lain dalam beg Newt dan kehadirian Zouwu mungkin sebagai hints sekuel ke-3 yang akan mengambil lokasi di China nanti.


Handsome gak Ezra Miller kan!

Selain itu, karakter Nicholas Flamel, yang merupakan salah satu kawan baik Dumbledore akan terungkap untuk pertama kalinya dalam filem ini. Kemunculan Leta Lestrange pula, terus membuatkan kita menduga adakah ada kaitan dengan Bellatrix Lestrange dari siri Harry Potter. Ada watak yang berpaling tadah mengikut Grindelwald dan Credence diberikan tongkat sakti oleh Grindelwald. So nak tahu siapa ibu bapa Credence, kena lah tonton. Hints dia hujung-hujung ada Pheonix! Tiada kredit scene pada akhir filem dan disebabkan sedikit bosan, Kak bell bagi 6.5/10 bintang ⭐

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post