FLUTD Kucing: Pengalaman Berurusan Dengan Vet Tak Beretika - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal FLUTD Kucing: Pengalaman Berurusan Dengan Vet Tak Beretika

Trending

FLUTD Kucing: Pengalaman Berurusan Dengan Vet Tak Beretika

Hi Korang! Dah lama dah tak menulis pasal kucing kesayangan Kak Bell ni. Sekarang ada 7 ekor semuanya. Banyak cerita terbengkalai nak kongsikan kat sini. Kebetulan ada kejadian yang menyayat hati Kak Bell, jadi nak kongsikan dengan korang semua untuk dijadikan teladan dan iktibar. Sekadar berkongsi pengalaman dan nak kurangkan kesedihan kat hati ni.


Kisah pada awal Januari 2018, kucing jantan pertama yang dibela, Sky kena sakit batu karang (FLUTD). Memang dah perasan dia mula sukar nak kencing. Dalam masa monitoring ada lah nampak dia kencing tapi kuantitinya memang sedikit. Hati dah mula risau nak bawa ke veterinar untuk pemeriksaan. Kak Bell tinggal di Bangsar, jadi kos vet di sini memang agak mahal. Jadi selalu bawa semua kucing Kak Bell ke Klinik Veterinar di Gombak. Sekurang-kurangnya kos di sana masih lagi 'affordable' jika buat rawatan. Tanggal 2 Januari, masa first check-up, memang Sky nampak normal. Pundi kencing dia pun tak bengkak dan doktor veterinar diagnos yang Sky ada tanda-tanda nak kena sakit batu karang. Lepas bagi makan ubat, complete course seminggu, dia pun ok sahaja aktif dan boleh kencing. Jadi, tak adalah Kak Bell risau.


Then, masuk minggu kedua, nampak Sky masih tak boleh nak kencing semula. Beberapa kali kerap masuk ke dalam litter box tapi tak kencing. Kemudian, Kak Bell bawa ke vet semula sebab keadaan dia dah makin lemah. Dah muntah-muntah buih warna putih sebab kandungan ammonia dah tinggi dan masuk dalam darah. Meow akan rasa loya dan seterusnya muntahlah. Silap Kak Bell tak bawa lebih awal disebabkan bekerja dan tiada siapa yang nak uruskan dorang. Maklumlah hidup sendiri. Bila check keadaan pundi kencing dia, memang dah membengkak. Balik kerja pun dah tengah malam, so bawalah ke klinik keesokannya. Risau juga pada malam tu takut kalau nyawa dia dah tiada.

Keadaan selepas rawatan 2 Januari

Sedihnya, Sky asyik nak duduk kat bekas minum ni je

Hasil pemeriksaan kali ke-2, sah yang Sky kena Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) dan kena buat flushing untuk keluarkan air kencing dan buang batu karang tersebut. Doktor beri quotation dan perlu tinggal 5 hari di wad untuk rawatan. Disebabkan masalah kos, Kak Bell cuba bawa ke Klinik Haiwan Kerajaan. Tengok jam masih ada sejam sebelum kaunter tutup untuk waktu lunch. Dalam mengejar masa ke sana, boleh pula Google Map macam hanat bawa sesat ke mana, terus pakai Waze! Nasib sempat ke kaunter daftar untuk rawatan. Masuk bilik rawatan, katanya ubat untuk sakit batu karang tak ada. Tak boleh proceed. Kecewa jugaklah. Kemudiannya orang di Klinik Haiwan Kerajaan tu suggest pergi ke sebuah klinik di area Tasik Permaisuri. Kak Bell tak pasti sama ada di Klinik Kerajaan tu ialah memang doktor veterinar atau pelatih sahaja. Legalah hati sebab memang nak kena proceed juga, takut anak akan mati dan bergegas ke klinik vet terbabit.


Dah siap prosedur, Sky dibenar bawa balik rumah dan diberi ubat. Berharap dia pulih. Masa buat rawatan, Kak Bell ada je dalam bilik tu tengok dan tenangkan si Sky. Masuk hari ke-2 di rumah, Sky masih tak makan dan kemudian tak nak makan ubat..hati pun dah risau. Dah force feed pun dia tak nak apatah lagi nak bagi makan ubat. Habislah jari Kak Bell ni kena kunyah berdarah-darah. Memang marah jugalah kat budak ni sebab biasanya mudah sahaja bila nak bagi makan ubat. Makanan khas Royal Canin Urinary S/O tu pun dia tak makan. Disebabkan kerja, terpaksa mununggu hari cuti untuk bawa semula Sky untuk tanggalkan tiub. Jadi hari ni 3 Februari, Kak Bell refer ke klinik vet di Gombak. Kak Bell tak refer semula klinik yang buat prosedur pada Sky tempohari.



Sampai vet, masuk bilik rawatan, doktor terus buka cerita banyak dapat kes begini sejak setahun yang lalu. Buat prosedur di klinik lain (Klinik X) then datang ke sini untuk pemeriksaan lanjut bila keadaan kucing bertambah teruk. Terkesima bila mendengar cerita bahawa banyak kes dari klinik terbabit akhirnya refer ke Vet di sini. Ada yang mati terus dan macam-macam isu. Rupanya prosedur yang dibuat tak betul dan menyebabkan meow Kak Bell still not recovery. Memang nak menangis dan seriously rasa sedih sangat.

Sepatutnya kes FLUTD mesti kena warded sebab nak kena pastikan kencing dorang ni betul-betul dah bersih. Lepas 3 ke 4 hari dah kena bukak tiub dan hari-hari kena flush untuk keluarkan batu karang tu. Btw, semua ni tak diberitahu oleh Klinik Vet XXX! Ubat pun ada 1 je dia bekalkan untuk pundi kencing. Sepatutnya mesti ada antibiotik, anti inflamation dan lain-lain but semua tak bagi. Siap cakap nanti jahitan tiub tu akan tanggal sendiri dan juga cakap Kak Bell boleh je bukak tiub tu sendiri! Memula memang rasa tak sedap hati dengan keadaan klinik yang nampak tak terurus, nampak macam bukan sebuah vet. Tapi dah 3 tahun beroperasi jadi adalah keyakinan tu. tengok pengunjung pun ramai je. Kak Bell fikir kalau ada masalah pastilah klinik ni dah bungkus. Nyata, memang sangkaan Kak Bell meleset!



Dah kena bebel dengan vet Gombak, terus nak mengalir air mata sebab anak i mungkin akan ada masalah nanti. Semua yang vet cakap memang make sense dan Kak Bell dah jadi tak tentu arah. Sepatutnya, Sky dah mula start makan selepas 2 hari operate dan dia sangat dehydrated sebab kurang air. Disebabkan tak ada penjagaan betul dan ubatan lengkap kemungkinan Sky ada masalah ginjal pula sebab kandungan ammonia dah tinggi dalam darah. Doktor buka tiub dan cakap ada jangkitan dah pada bahagian yang dijahit, drip air sebab kurang air. Bila Kak Bell tanya kondisi macam mana, ianya ibarat macam Sky ni di kotak mula semula means macam kes pertama kali buat rawatan hari tu. Kena tengok balik dalam seminggu ni, kalau tak ada perubahan, tak boleh kencing kena buat prosedur sekali lagu untk flushing. Kalau Kak Bell lambat lagi sehari, memang bahayakan nyawa dia. Padanlah si Sky tak nak makan ubat, tak makan. Rasa bersalah sangat dalam diri ni. Bila dengar semua ni memang Kak Bell menangis terus. Duduk dalam kereta menangis dulu sebab tak boleh nak drive. Bila dengar si Sky mengeow lagilah sebak, sebab masa kat rumah sepatah pun dia tak berbunyi. Dalam hati, memang marah betul lah dekat vet klinik X tu!


Sakit hati betul bila memikirkan kenapa ada Vet atau pelatih vet dan especially vet kerajaan yang tak beretika macam ni. Bukan lah semua macam ni kan, ada je yang bagus. Bila kita datang dalam keadaan begini, dah tentunya kita nak solusi yang terbaik. Disebabkan dorang cakap kes yang tak boleh buat ni dorang selalu suggest dan tolak ke klinik Permaisuri tu, so Kak Bell punya harapan lah untuk dapatkan rawatan untuk Sky. Tengok keadaan klinik memang macam tak profesional. Cuma ada seorang vet dan pembantu dia seorang yang jaga kaunter dan tolong pula dia di bilik rawatan. Perasan juga yang klinik tu bersepah, nampak macam unhygine, macam klinik tak ada lesen kata orang. Kak Bell ralat sebab sebagai pengamal veterinar, tak sepatutnya dia tak terangkan dengan baik dan bagi ubat yang betul. Disebabkan nak jimat kos, Kak Bell terpaksa tanggung risiko untuk nyawa si Sky. Salah Kak Bell lah kat sini. Tapi kalau dah ada option untuk rawatan lebih murah, tak salahlah juga kan kita mencuba. Kak Bell diberitahu, ada kucing yang buat rawatan di Klinik XXX ni mati sebab pundi kencing berlubang. Memang kita tak boleh nak salahkan jika dah ajal, tetapi sikap vet tu yang buat Kak Bell hangin. Ada ke katanya, boleh refer klinik sekian-sekian, dorang boleh buat, walhal klinik dia yang buat prosedur entah apa-apa! Dah nazak macam tu, vet mana pun tak boleh nak bantu, tunggu tanam ajelah. 


Nasib baiklah Sky dah mula minum dan makan wet food. Kencing pun ok dan harap tak lah tersumbat lagi. Lega sikit hati ni. So sekarang, Sky tengah tidur. Sekali-sekala, Kak Bell pergilah check tengok dia ok atau tak. Harap-harap dia dapat sembuh. Pesan Kak Bell, kalau nak dapatkan rawatan untuk kucing tu, berhati-hatilah. Kalau rasa tak ok, lain macam silalah consult klinik vet yang lain. Memang klinik ni Kak Bell banned forever! Gila punya orang. Geramm!! Kak Bell juga harapkan korang doakanlah agar beban Kak Bell ni ringan sikit dan Sky dapat sihat balik macam biasa.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post