Anuar Zain Kembali Beraksi Di Pentas Konsert LIVE

Trending

Anuar Zain Kembali Beraksi Di Pentas Konsert LIVE

Buat peminat Anuar Zain, pastinya ternanti-nanti kemunculan penyanyi tersohor Malaysia ni di pentas konsert. Kejayaan konsert lalu memang terbukti dengan kehadiran peminat yang membanjiri konsert Anuar Zain - Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari pada 2013 yang lepas. Masih teringat lagi nyanyian lagu Cinta Harus Memiliki pada konsert tersebut. Sangat best! Kebanyakkan lagu-lagu Anuar Zain memang Kak Bell sangat suka.


Disebabkan masalah kehilangan vokal penyanyi lagu Cinta Takkan Berakhir sebelum ni, Anuar Zain terpaksa menolak 3 acara konsert termasuklah konsert Yonder Music Live Series By The Lake : Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari tahun lalu. Persetujuan Anuar Zain untuk bersama dengan 2 lagi artis Indonesia Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma di ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ pasti memberi berita gembira buat semua peminat penyanyi ni kan.


Semasa sidang media ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’, Anuar Zain turut diajukan soalan tentang adakah konsert ini akan berlangsung tanpa ada masalah setelah pembatalan konsert yang lalu. Buat peminat Anuar Zain, korang dah tak perlu bimbang sebab masalah kehilangan suara yang dihadapinya sejak tahun lalu telah pulih sepenuhnya. Dah dapat 'green light' dari doktor beliau, dah boleh tarik-tarik suara tinggi.


Peluang bersemuka dengan Anuar Zain memang macam mimpi jadi kenyataan. Tak pernah Kak Bell terfikir dapat berjumpa dengan Anuar Zain kan! Sememangnya Anuar Zain sangat 'sporting', tak jemu layan permintaan peminat termasuklah Kak Bell ni kan. Ada peminat setia Anuar Zain sampai minta Kak Bell nak gambar Anuar Zain yang lain. Korang bolehlah tengok kat bawah ni ha. 




Abang Anuar Zain juga sempat beri few word untuk konsert yang akan datang untuk Kak Bell. Sweet sangat Anuar Zain siap pesan bawa kereta elok-elok sebab hujan. Korang jangan jeles pula ya. Btw, korang abaikan suara Kak Bell yang sayup-sayup dalam video ni. Buruk pulak bila Kak Bell dengar. Haha. Tak sabar nak datang ke konsert ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ nanti.


Kepada peminat Anuar Zain dan juga peminat BCL dan Yuka, jangan lupa untuk hadiri konsert dorang pada 28 April 2018 nanti di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my dan juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yuka.com.my

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

31 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Anuar pemilik suara mantap Dan kegilaan remaja padanya. Tak khawin lagi ke Anuar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nyer mcm lom kawin la, kakMah :)
      if not, sure besar2an. anuar zain ni nama besar di negara kita kan.

      Delete
  2. sungguh la minat dgn suara anuar zain.
    dia ni hot utk dinner show.
    lagu dia kalau dgr, rasa relax sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, walau tak ada album baru tetap masih laris

      Delete
  3. oh anuar zain, nanti bella pergi ke tak konsert anuar zain akan datang, awat kita tak dapat tiket lagi ye ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak la pergi. Dapat ke tak ni pass? Huaaaaaa. Nak dating dgn you nanti. Hiks

      Delete
  4. lama tak dengar cerita pasal anuar zain ni..masih aktif lagi menyanyi yer..sure ramai peminat2 anuar zain yang rindu nak tengok anuar zain perform..tentu meriah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti peminat Anuar Zain datang memenuhi konsert ni nanti

      Delete
  5. Lama gak dia menyepi. Akhirnye kembali. Seronok nye dapat dgr suara dia live.

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat bertentang mata dengan anuar zain. Tak pernah tak handsome. Tapi yuka kharisma ni siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyanyi baru bertapak kat Malaysia. Dia masuk Indonesia Idol dan pemenang artis baru Planet Muzik. Ada kat entri sebelum ni pasal Yuka

      Delete
  7. Allahu, Anuar Zain wakkkkk..Lama gila tak nampak dia nyanyi kat pentas. Siap jumpa lagi. Onie teringin nak jmp gak... tapi tah bila.

    ReplyDelete
  8. Walaupun jarang keluar tv tapi Anuar Zain tetap ada peminat setia. Kita tak minat sgt la, tapi lagu lagu anuar zain memang tangkap feeling. Berapa umur dia skang ek? Macam menten muda je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Org tak kawin lagi nampak muda je lah. Yup, lagu dia yang buat kita suka.

      Delete
  9. hampir lupa pada anuar zain ni. sbb lama sgt menghilang

    ReplyDelete
  10. Oh yela, konsert yang last time tu cancel. Kalau tak saya pergi konsert tu. Harap kali ni dapatlah media invitation lagi sekali... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..ni pun harap2 dapat invitation jugak :)

      Delete
  11. OMG OMG he is back , kalau la berkesempatan nak juga tengok dia perform secara live.

    ReplyDelete
  12. Ayu mmg minat anuar zain ni sorandiandr dulu sampai lagi mantap. Bcl ni wlpun penyanyi lama tp lagunya byk ayu x tahu

    ReplyDelete
  13. Patut dah lama tak nampak anuar zain kat tv. Dulu Lisa memang minat Anuar Zain sebab lagu dia semuanya ada isi tersirat. Alhamdulillah suara dia dh ok dan kembali menyanyi, boleh mengubat rindu kat peminat dia.

    ReplyDelete
  14. Ala nape xboleh play video tu..minat anuar zain. Tgk dia sangat rapi orang nya. Kalau dapat tiket free kan best. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke tak boleh? Bella try boleh Aju. Hehe. Kesilapan teknikal kot tu

      Delete
  15. memang penyanyi kegilaan ramai ni.. Pernah dengar dia nyanyi live.. Ya ampunnn, memang terbuai-buai perasaan tau bila dengar dia nyanyi.. Patut la lately dia menyepi, ada masalah kesihatan rupanya.

    ReplyDelete
  16. Akhirnya anuar zain buat comeback lepas lama menyepi. Lama juga tak dengar suara anuar zain ni. Mesti best

    ReplyDelete
  17. Lagu lagu Anuar Zain memang awesome dan membuat perasaan tau.memang minat sangat dengan anuar zain dan lagu lagu dia.lagu lagu dia tak pernah jemu di dengar tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. sampai karaoke tak sah tak nyanyi lagu dia kan

      Delete
  18. TB suka gak lagu-lagu Anuar Zain ni.. hehehe.. Lagu Bila Resah yang berentak rancak tu lagilah TB suka.. Bila Resah.. Ingat Saat Indah.. Bila Rindu Ku nyanyikan lagumu.. Ehhh ternyanyi pulak dah.. hahahaha.. lain dah muka Anuar.. tak sabar nak dengar lagu baru dia

    ReplyDelete
Previous Post Next Post