Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat! - Bella Jamal | Hi Korang. Dah
masuk sepurnama dah tak berkongsi resepi. Kononnya sibuk sangat mengejar
dateline untuk kerja yang lain. So far, alhamdulillah semua dah siap sebab
memang Kak Bell jenis nak bagi siap semua kerja. Sakit kepala memikirkan
kalau ada kerja tertangguh. Berikutan kes kucing Kak Bell yang kena FLUTD
tempohari, masih lagi dalam tempoh pengawasan untuk seminggu. Dia pun dah
mula makan dan minum dah melegakan hati Kak Bell. Tetapi kerisauan tu
masih ada, takut perkara sama berulang. Berharap sangat dia sembuh.
Perkara yang dah berlalu tu Kak Bell jadikan pengajaran dan iktibar
sahajalah. Yang mana nak berkongsi rasa atau baca pengalaman bolehlah
tengok di label menu My Pet ya.
So, cerita semalam Kak Bell cuti dari kerja dan rajinkan diri memasak.
Nak keluar pun malas sebab nak jaga anak dirumah. Resepi masakan ni dah
pernah cuba sebelum ni dan dah kongsikan di FB dan IG. Cuma kongsikan
gambar sahaja. Tak sempat nak tulis resepinya. Kiranya, repeat order lah
ni. Jadi Kak Bell kongsikan Resepi Ayam Masak Bali yang mudah dengan
gambar lebih 'fresh'lah kononnya. Nak tarik minat orang lain mencuba,
mestilah tunjukkan hasil yang cantik dan menarik. Selain tu, haruslah kena
sedap. Nanti kena cerca pula jikalau tak sedap atau tak menjadi.
InsyaAllah resepi Kak Bell ni mudah dan pasti jadi punya. Testimoni
bebudak opis pun semua cakap sedap. Tak pernah lagilah cakap tak sedap.
Sekali-sekala kita angkat bakul! Boleh juga kalau korang nak nak refer resepi ayam bali Che Nom. Kalau dah boring dengan resepi ayam yang hitu-hitu je,
bolehlah cuba menu ayam Bali ni.
Yang ni gambar ayam sambal bali lama dengan resepi yang sama
Cara memasak
ayam masak bali viral
ni sama sahaja seperti cara memasak ayam masak merah. Kelainannya adalah
pada penggunaan jumlah serai yang lebih banyak dan juga daun kari yang
dimasukkan semasa menumis. Pertama kali rasa masakan ni, ingatkan kena
campurkan serbuk kari tetapi tidak. Rasa daun kari dan bau serai memang
memberikan rasa yang berbeza pada masakan ni. Nanti kalau sedap bolehlah
cuba masak untuk 1 ekor ayam ala-ala kenduri macam tu. Let's tengok
resepinya.
Bahan A
10 ketul bahagian ayam
5 batang serai(dititik)
5 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap manis
Cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Bahan B (bahan kisar)
3 biji bawang besar
4 biji bawang merah
7-10 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan
1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan gorengkan hingga separuh masak dan ketepikan.
2) Tumis serai sehingga berwarna sedikit coklat.
3) Kemudian masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau dan garing (pastikan tak hangit).
4) Masukkan cili kisar dan kisar halus (Bahan B), masak sehingga pecah minyak.
5) Masukkan ayam, kicap manis dan masukkan gula melaka
secukupnya.
6) Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa untuk kurangkan rasa pedas.
7) Tambahkkan sedikit air untuk lebihkan kuah dan kacau hingga kuah pekat.
TIPS!
Yeay! siap dah masakan Ayam Masak Bali. Memang rasanya mengancam. Masa makan malam tu sempat juga masak baby sawi. Kak Bell kalau makan mesti nak kena ada sayur, then ada yang berkuah sikit. Baru selera nak makan. Tetiba pula Kak Bell rasa lapar pagi-pagi buta ni. Huhuhu. Nak makan ke tak?? Selamat mencuba dan menahan nafsu makan ya. Kay Bye!
6) Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa untuk kurangkan rasa pedas.
7) Tambahkkan sedikit air untuk lebihkan kuah dan kacau hingga kuah pekat.
- Boleh gunakan lebih serai dan daun kari ikut suka hati.
- Lebihkan minyak (anggaran yang sesuai dengan cili kisar) masa menumis supaya sambal betul-betul masak.
- Gula pasir, gula melaka sesuaikan dengan rasa kegemaran sendiri.
- Tambahkan kicap sekadar untuk jadikan warna sambal lebih menarik.
Yeay! siap dah masakan Ayam Masak Bali. Memang rasanya mengancam. Masa makan malam tu sempat juga masak baby sawi. Kak Bell kalau makan mesti nak kena ada sayur, then ada yang berkuah sikit. Baru selera nak makan. Tetiba pula Kak Bell rasa lapar pagi-pagi buta ni. Huhuhu. Nak makan ke tak?? Selamat mencuba dan menahan nafsu makan ya. Kay Bye!
lama nya xbuat ayam amsak bali..fav
ReplyDeleteBolehlah masuk dapur nanti . Senang je kan
Deletewow! best nyer bella.
ReplyDeleteaida pernah tonton dlm ketuk2 sheila rusli masakan ni.
tak pernah aida buat.
terlupa!!! ha ha ha...
tq la for sharing. boleh aida buat nanti :)
Hehe. Bolehlah Aida cuba nanti. WC Aida :)
DeletePertama kali tahu bahawa ini adalah ayam masak bali. banyak kali juga dah makan masakan ini haha
ReplyDeleteKe ingat makan ayam masak kari? Hehe
DeleteThanks for sharing this recipe. Haven't heard of Ayam Masak Bali before. It has always been Ayam Masak Merah, kan? Wanna try this weekend!
ReplyDeleteYup. It is similar with Ayam Masak Merah recipe. Just added more lemongrass and curry leaves :)
DeleteNampak menyelerakan ! tapi tak rajin pula nak masak aduhaii
ReplyDeleteMeh i masak kat rumah you. Hiks
DeleteRajinnya Kak Bell nie. Rawlins pandai makan je - memasak nan hado. Hehe
ReplyDeleteTak apalah. Bila ad amasa masaklah. Hehe. Meh kita dtg masak kat rumah awak. Buat jamuan gitu
Deletebest nya recipe ni.. nak masak dan try.. yummy!
ReplyDeleteSenang sahaja kan resepinya..
Deletebaru tahu yang ni jenis masak bali
ReplyDeletesedap2
so yummy recipe, now follow your blog gfc too.
ReplyDeletenamesherry.com welcome to follow :D
I like to eat ayam :D
TQ Sherry..done follow you too xoxo
DeleteYour recipe looks delicious. If I have time, I will try it out. Thanks.
ReplyDeleteYou're welcome Linda. You should try cook this
Deletesimple resepi ni. boleh cubalah nanti
ReplyDeleteTerima kasih resepi. Kena letak belacan ubtuk naikkan baunya.
ReplyDeleteRajin masak and post dlm blog...tp kak rajin masak tp malas nk post dlm blog sbb nak tls resepi tu yg malas kak jenis masak main campak-campak xikut sukatan...haaa..datang makan bolehlah!
ReplyDeleteCampak2 juga kak. Tapi nk post kenalah bagi sukatan. Hehe.
DeleteYa Allah kak bell..dah lama alia xbuat ayam masak bali ni...
ReplyDeleteEsok boleh buat untuk anak2 makan..
Thnks kak bell bgi idea nak masak apa esk
Dah masak nanti post ye Alia. Hehe
DeleteIsh! Asyik masak sesedap je dia. terliur pulak kita tengok. Bilalah agaknya nak ajak makan..hehehe
ReplyDeleteBoleh saja. Nanti la ye. InsyaAllah
DeleteNampak mudah nak cuba la resepi Bali ni...
ReplyDeleteLaaa...resepinya lebih kurang je dengan ayam masak pedas yang mak emi selalu buat. Rupanya pun lebih kurang. Tapi kitorang tak panggil ayam bali pun. Panggil ayam pedas je, haha.
ReplyDeleteMemang kbnykan resepi lebih kurang je. Nama pula lain-lain.
Deleterajinnya kak bella masak.. sedapnya bila tengok.. cara masakan pun mudah...
ReplyDeleteTq Neeza. Mudah je caranya. Macam masak merah
DeleteMmg best.. terbuka selera tengok ni. Bagus ada resepi ni sbb bermanfaat utk sesiapa yg nak masak Ayam Masak Bali ni.
ReplyDeletePsstt... klu ada buat masak2 mcm ni utk jamuan kengkawan, jngn lupa jemput saya hehee. :D :)
Hehe..insyaAllah abg Khir. Kalau ada rezeki pasti akan jemput
DeleteAyam masak bali? First time dengar. Macam ayam masak merah pun ada kan. Boleh cuba masak ni, semua kasi feedback sedap.
ReplyDeleteYup sama mcm masak merah Zayani. Tambah extra serai n daun kari..siap!
DeleteFav akak ni bella...lama x buat..nanti nak buat la utk bekal pi keja..
ReplyDelete😘😘😘
Deleteeh untunglah bakal laki dia, hari hari dapat makan masakan yang sedap dari retis ni.. lapar pula tengok ayam masak bali ni.. merah tak terkata thanks sharing resipe, love you
ReplyDeleteLaki kita dah tinggalkan kita. Masakan i tak sedap ke? Hiks. Tak besyukur tau bila dah gems macam badak, makan cukup then tinggalkan kita. Biadap tau. Hehe. Xoxo
DeleteBonde tak pernah try Masak sendiri Ayam Masak Bali, tapi pernah rasa masakan kawan... sedap juga terima kasih kongsi resepi bolehlah try nanti :)
ReplyDeleteSama2 Bonde ✌
Deleteayam bali ni kekuatannya pada rasa serai tu kan...ayu banyak kali masak hiadangan ni sbb feveret anak2..kira kalau masak hidangan ni mmg confirm bertambah nasi
ReplyDeleteni first time dengar nama ayam masak bali.
ReplyDeletesedapnya , boleh cuba nanti ni , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...
ReplyDeleteLooks delicious, and thank you for sharing your recipe. Am I right, this is spicy?!
ReplyDeleteNot really. The spicy taste balance with the sugar added :)
DeleteBella oh Bella... Cannot stand to see this. I wanna try to cook this as well... Looks delicious wei...
ReplyDeleteRacheal
Masaklah then post kasi Bella tengok. Hehe.
Delete