Pelancaran Album Yuka Kharisma #1 Di SkyBar Traders Hotel KL

Trending

Pelancaran Album Yuka Kharisma #1 Di SkyBar Traders Hotel KL

Dimanakah rasa itu
Lelah hampa di jiwa
Kemanakah rasa itu
Pergi tanpa sadarku
Dan kini ku mati rasa..
Ku mati rasa..


Hi Korang! Dalam sidang media ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’, Yuka turut mengambil peluang melancarkan album terbarunya yang bertajuk #1. Terdapat 8 buah lagu di dalam album ini dan beliau mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertamanya. Lagu ni ditulis dan digubah secara keseluruhan oleh Yuka sendiri.



Kalau korang nak tahu, Yuka merupakan semi-finalist Indonesian Idol musim ke-5 dan telah memenangi anugerah Best New Female Artist Award di Anugerah Planet Muzik yang ke-15. 


Semasa majlis pelancaran album #1, Yuka telah menyanyikan single pertamanya, Mati Rasa. Semasa diajukan soalan tentang suaranya yang mirip Titi DJ, Yuka memberitahu yang beliau pernah bekerja dengan Titi DJ. Jadi, mungkin ada sedikit pengaruh suara dari penyanyi tersebut. Walaubagaimnapun, suara Yuka tetap ada identiti sendiri dan Kak Bell dah mula suka lagu Mati Rasa ni. Penyanyi kelahiran Acheh, Indonesia ini mengambil peluang menggembangkan kerjaya nyanyiannya di Malaysia.

Yuka bersama suaminya, pemuzik Ahmad Jeffny

Album #1

Buat korang semua, bolehlah dengar nyanyian Yuka semasa sidang media tempohari. Abaikan suara latar budak-budak yang tengah mandi kolam tu. Maklumlah buat kat sebelah kolam di Sky Bar Traders Hotel, KL.


Yuka juga sempat buat shoutout untuk promosi konsert yang akan datang dan untuk pembaca blog Kak Bell. Btw, cuma dengar dotcom aje sebab tak sempat nak queue! Sempat juga si Yuka bilang Kak Bell 'gorgeous'. Berangan ke bulan sekejap Kak Bell. Sememangnya beliau peramah dan cantik orangnya. 

https://www.instagram.com/p/BenS3cOhcAr/?taken-by=bella_natasya
Klik SINI


So, jangan lupa juga saved the date 28 April 2018 nanti untuk BCL, Anuar Zain, Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my dan juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yuka.com.my
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

32 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Replies
    1. Actually dah lama juga dia since Indonesia Idol. Baru nak popular di Malaysia

      Delete
  2. 2 kali baca takut silap. Yuka nama baru. Mulanya ingat Yuna.Inshaallah pasti Yuka berjaya dalam bidangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Yuka Kak. Boleh pergi jauh ni. Suara penyanyi Indonesia ada kelainan.

      Delete
  3. bcl. anuar zain. tak asing lagi.
    yuka baru. terbaik yuka sepentas dgn bcl & anuar zain.
    promosi yg bagus.
    nice voice.
    aida ni kalau ada anuar zain, yg lain tak pandang dah hi hi hi hi...
    nyaman aje telinga aida dgr lagu anuar zain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan senang dapat sepentas dengan Anuar Zain. So kebolehan Yuka setanding jua

      Delete
  4. Kita pun ada di pc ni... Yuka berani tanpilkan Anuar Zain dan BCL dlm konsert anjuran syarikatnya tapi dgn adanya dua nama beaar th bole la Yuka juga dikenali ramai nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ala kenapa tak tegur Bella. Bella tak pernah kenal akak di luar lagi. Maafla sb tak tegur akak juga. Hehe

      Delete
  5. Tahniah Yuka Kharisma untuk Album #1 suara dia jazzy betul sedap je dengar ! =D

    ReplyDelete
  6. Mmg mantap konsert ni nanti.. gabungan mantap penyanyi hebat malaysia dan indonesia.

    ReplyDelete
  7. wahh.. first time dengar nama Yuka tapi berada di barisan penyanyi yg terkenal seperti Anuar zain dn BCL semestinya Yuka mempunyai bakat yang istimewa. Apapun All the best untuk konsert nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sepentas dengan BCL dengan Anuar Zain. Pasti menarik kan konsert ni

      Delete
  8. First time ana dgr nama yuka ni. Mesti mantap konsert gabungan 3 penyanyi ni.

    Wah kak bell kena puji tu. 😍

    ReplyDelete
  9. ohhhhh yuka ke yang nyanyi lagu mati rasa tu...sedap suara dia :D

    ReplyDelete
  10. Sedap kot suara dia..bestnya pelancaran album buat kat Sky Bar..akak biasa lepak situ malam minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. sedap sore dia. Bolehlah ajak i pergi melepak. Kikiki

      Delete
  11. Sedap tak suara Yuka tak pernah dengar dia nyanyi, tak sangka dia akan buat konsert dengan Anuar Zain

    ReplyDelete
  12. Tak pernah kenal penyanyi ni tp dengar suaranya power betul

    ReplyDelete
  13. YUKA, mesti cepat femes ni tak lama lagi . suara pun not bad

    ReplyDelete
  14. Kita suka lagu Yuka yang dalam filem apa entah tu memang best dan berkesan bila dengar rasa sesuai dengan jiwa..

    ReplyDelete
  15. wah sudah lama tak sua yuka , akhirnya release album baru

    ReplyDelete
  16. Wow! such an impactful team and I like Yuka's top.

    ReplyDelete
  17. Wah she looks so gorgeous, nanti I pergi google listen to her song jap...

    ReplyDelete
  18. Awh she is so pretty- need to go and give a listen on her tracks, I am sure they sound great :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post