Trending


Ikan Selar Kuning Kukus Dengan Air Asam

Hi Korang! Masuk harini dah 4 hari Kak Bell demam sejak balik dari Bangkok. Demamnya pun sekejap on-off. Risau pulak kita dibuatnya. Di tulisnya pulak kat ubat radang paru-paru. Bunyinya macam serius. Walhal demam dan batuk-batuk manja aje. Apa-apa pun makan antibiotik sampai habis dulu. Kalau tak ok jugak, check darah lah gamaknya kan! Kawan-kawan pulak cakap Kak Bell dah nampak kurus, kurus macam tak sihat katanya. Rasanya makan dah banyak, makan tengah-tengah malam pulak tu! Mungkin berat turun sebab kurang sihat agaknya.

Kiranya dah dekat seminggu juga tak kongsi resepi. Last week pun gigih siapkan dateline sebab bercuti ke Bangkok (nantikan episod Next tOp Model Bangkok bertukar tajuk ke Amazing Race Bangkok kay), terbengkalai 3,4 resepi. Jadi, dah agak-agak sihat sikit ni, Kak Bell bukak lappy. Bagi yang dah jemu makan ayam setiap hari, bolehlah cuba resepi ikan pula ya. Mostly ramai juga yang tak makan ikan kan? Btw, Kak Bell ni semua boleh makan dan cuba. Kalau dah tak boleh sangat tekak nak terima, barulah kita tak makan. So, resepi kali ni ialah resep Ikan Selar Kuning Kukus Dengan Air Asam. Nak pakai ikan kembung pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Jom, tengok bahan-bahannya.

Ikan Selar Kuning Kukus Dengan Air Asam


Bahan A
4 ekor ikan selar kuning
1 biji bawang merah
2 inci halia
Daun pudina
Sedikit garam

Bahan B (kuah asam)
Air asam jawa
2 biji bawang besar
2 biji tomato
5 biji cili api
1 sudu besar serbuk belacan
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
1) Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam. Taburkan halia, bawang merah dan daun pudina. Kukus ikan dalam masa 20 minit.

Ikan Selar Kuning Kukus Dengan Air Asam

2) Potong kecil cili padi dan potong dadu bawang besar dan tomato. 
3) Tambahkan serbuk belacan, garam, gula dan air asam jawa dengan bahan-bahan B yang dipotong tadi. Satukan semuanya dalam satu bekas.
3. Setelah ikan masak, masukkan ke dalam bekas dan tuangkan kuah air asam tadi.


Baca juga resep udang sambal

TIPS!
  • Kelarkan badan ikan supaya bahan senang meresap dalam ikan.
  • Boleh juga gantikan daun pudina dengan asam keping untuk hilangkan bau hanyir.
  • Boleh tambahkan jus limau nipis dalam kuah asam.
  • Air asam jawa ikut kesesuaian kepekatan kuah yang dikehendaki.

Ikan Selar Kuning Kukus Dengan Air Asam

Yeay! Sedap sangat yer ikan kukus dengan air asam ni. Tambahan pula, masakan dengan cara kukus memang baik untuk kesihatan! Tak payah tumis bahan, campak-campak aje. Kecik dah Kak Bell tengok korang makan ikan kukus. 

Next time nak buat resep ikan selar tumis asam pulak. Goreng ikan, tumis bahan 2 ulas bawang putih, merah, halia, serai semua sampai naik bau. Letak air asam,santan, sos tiram, perasa jadilah resepinya.  Ni ada balance ikan, boleh buat ikan selar goreng, pun sedap makan. Tak habis ikan goreng buat pulak resep nasi goreng ikan. Kay Bye!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. tqsm !! mmg dah lama sgt nk buat ikan kukus mcm nih akhirnya jmp resepi..hehe wajib cuba b4 stat pose nih hehe..again u did very well..hehe tq for the tips hehe x de daun pudina ganti dgn asam keping hehe bru nk ty tp da ada tips tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Welcome dear! yup lepas cuba post gambar yer :)

    ReplyDelete
  3. Sy simpan n try ye resepi nie.. Tq tuan rumah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post