Trending


Hati & Pedal Ayam Goreng Berempah Dengan Tempe

Hi Korang! Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan resepi Hati & Pedal Ayam Masak Berempah. Untuk resepi kali ni tak banyak beza, cuma Kak Bell tak gunakan serbuk cili. Kak Bell gunakan cili kisar. Macam biasalah dalam masakan Kak Bell mesti nak letak sayur. So, Kak Bell masukkan sayur kacang panjang dan juga tempe. Senang kan, sekali masak semua benda ada. Bolehlah kalau korang nak mencuba ya!


Bahan-bahan:
Hati & pedal ayam
Kacang panjang
Tempe
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili kisar
2 sudu serbuk kari
1 sudu teh jintan manis
Garam secukupnya

Cara memasak:
1) Rebus hati dan hati ayam yang dah dicuci bersih. Kemudian tos dan sejukkan.
2) Tempe dipotong dadu dan digoreng garing.
3) Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia & intan manis. Kak bell tumbuk semua bahan.
4) Kemudian masukkan bahan tumbuk, serbuk kari dengan hati dan pedal ayam tadi. Perapkan dalam peti ais.
5) Panaskan minyak dan tumis cili kisar.
6) Bila dah naik minyak, baru masukkan bahan yang dah diperap tadi. 
7) Goreng sampai bahan sedikit garing.
8) Masukkan tempe dan kacang panjang. Perasakan dengan garam atau perasa dan kacau rata.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post