Resepi Ayam Masak Bali

Hi Korang. Dah masuk sepurnama dah tak berkongsi resepi. Kononnya sibuk sangat mengejar dateline untuk kerja yang lain. So far, alhamdulillah semua dah siap sebab memang Kak Bell jenis nak bagi siap semua kerja. Sakit kepala memikirkan kalau ada kerja tertangguh. Berikutan kes kucing Kak Bell yang kena FLUTD tempohari, masih lagi dalam tempoh pengawasan untuk seminggu. Dia pun dah mula makan dan minum dah melegakan hati Kak Bell. Tetapi kerisauan tu masih ada, takut perkara sama berulang. Berharap sangat dia sembuh. Perkara yang dah berlalu tu Kak Bell jadikan pengajaran dan iktibar sahajalah. Yang mana nak berkongsi rasa atau pengalaman bolehlah komen di entri sebelum ni > Pengalaman Berurusan Dengan Vet Tak Beretika.


So, cerita semalam Kak Bell cuti dari kerja dan rajinkan diri memasak. Nak keluar pun malas sebab nak jaga anak dirumah. Resepi masakan ni dah pernah cuba sebelum ni dan dah kongsikan di FB dan IG. Cuma kongsikan gambar sahaja. Tak sempat nak tulis resepinya. Kiranya, repeat order lah ni. Jadi Kak Bell kongsikan Resepi Ayam Masak Bali yang mudah dengan gambar lebih 'fresh'lah kononnya. Hehe. Nak tarik minat orang lain mencuba, mestilah tunjukkan hasil yang cantik dan menarik. Selain tu, haruslah kena sedap. Nanti kena cerca pula jikalau tak sedap atau tak menjadi. InsyaAllah resepi Kak Bell ni mudah dan pasti jadi punya. Testimoni bebudak opis pun semua cakap sedap. Tak pernah lagilah cakap tak sedap. Sekali-sekala kita angkat bakul!


Yang ni gambar lama resepi yang sama 

Cara memasak sama seperti cara memasak ayam masak merah. Kelainannya adalah pada penggunaan jumlah serai yang lebih banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Pertama kali rasa masakan ni, ingatkan kena campurkan serbuk kari tetapi tidak. Rasa daun kari dan bau serai memang memberikan rasa yang berbeza pada masakan ni. Let's tengok resepinya.

Bahan A
10 ketul bahagian ayam
5 batang serai(dititik)
5 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap manis
Cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Gula melaka
Gula pasir
Garam

Bahan B (bahan kisar)
3 biji bawang besar
4 biji bawang merah
7-10 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan


Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan gorengkan hingga separuh masak dan ketepikan.
2) Tumis serai sehingga berwarna sedikit coklat.
3) Kemudian masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau dan garing (pastikan tak hangit).
4) Masukkan cili kisar dan Bahan B, masak sehingga pecah minyak.
5) Masukkan ayam, kicap manis, gula melaka dan garam secukupnya.
6) Tambahkan sedikit gula pasir untuk kurangkan rasa pedas.
7) Tambahkkan sedikit air untuk lebihkan kuah dan kacau hingga kuah pekat.


TIPS!
  • Boleh gunakan lebih serai dan daun kari ikut suka hati.
  • Lebihkan minyak (anggaran yang sesuai dengan cili kisar) masa menumis supaya sambal betul-betul masak.
  • Gula pasir, gula melaka sesuaikan dengan rasa kegemaran sendiri.
  • Tambahkan kicap sekadar untuk jadikan warna sambal lebih menarik.

Yeay! siap dah masakan Ayam Masak Bali. Memang rasanya mengancam. Masa makan malam tu sempat juga masak baby sawi. Kak Bell kalau makan mesti nak kena ada sayur, then ada yang berkuah sikit. Baru selera nak makan. Tetiba pula Kak Bell rasa lapar pagi-pagi buta ni. Huhuhu. Nak makan ke tak?? Selamat mencuba dan menahan nafsu makan ya. Kay Bye!



CONVERSATION

51 comments:

  1. lama nya xbuat ayam amsak bali..fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah masuk dapur nanti . Senang je kan

      Delete
  2. wow! best nyer bella.
    aida pernah tonton dlm ketuk2 sheila rusli masakan ni.
    tak pernah aida buat.
    terlupa!!! ha ha ha...
    tq la for sharing. boleh aida buat nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bolehlah Aida cuba nanti. WC Aida :)

      Delete
  3. Pertama kali tahu bahawa ini adalah ayam masak bali. banyak kali juga dah makan masakan ini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke ingat makan ayam masak kari? Hehe

      Delete
  4. Thanks for sharing this recipe. Haven't heard of Ayam Masak Bali before. It has always been Ayam Masak Merah, kan? Wanna try this weekend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. It is similar with Ayam Masak Merah recipe. Just added more lemongrass and curry leaves :)

      Delete
  5. Nampak menyelerakan ! tapi tak rajin pula nak masak aduhaii

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Kak Bell nie. Rawlins pandai makan je - memasak nan hado. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah. Bila ad amasa masaklah. Hehe. Meh kita dtg masak kat rumah awak. Buat jamuan gitu

      Delete
  7. best nya recipe ni.. nak masak dan try.. yummy!

    ReplyDelete
  8. baru tahu yang ni jenis masak bali
    sedap2

    ReplyDelete
  9. so yummy recipe, now follow your blog gfc too.
    namesherry.com welcome to follow :D
    I like to eat ayam :D

    ReplyDelete
  10. Your recipe looks delicious. If I have time, I will try it out. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Linda. You should try cook this

      Delete
  11. simple resepi ni. boleh cubalah nanti

    ReplyDelete
  12. Terima kasih resepi. Kena letak belacan ubtuk naikkan baunya.

    ReplyDelete
  13. Rajin masak and post dlm blog...tp kak rajin masak tp malas nk post dlm blog sbb nak tls resepi tu yg malas kak jenis masak main campak-campak xikut sukatan...haaa..datang makan bolehlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campak2 juga kak. Tapi nk post kenalah bagi sukatan. Hehe.

      Delete
  14. Ya Allah kak bell..dah lama alia xbuat ayam masak bali ni...
    Esok boleh buat untuk anak2 makan..
    Thnks kak bell bgi idea nak masak apa esk

    ReplyDelete
  15. Ish! Asyik masak sesedap je dia. terliur pulak kita tengok. Bilalah agaknya nak ajak makan..hehehe

    ReplyDelete
  16. Nampak mudah nak cuba la resepi Bali ni...

    ReplyDelete
  17. Laaa...resepinya lebih kurang je dengan ayam masak pedas yang mak emi selalu buat. Rupanya pun lebih kurang. Tapi kitorang tak panggil ayam bali pun. Panggil ayam pedas je, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kbnykan resepi lebih kurang je. Nama pula lain-lain.

      Delete
  18. rajinnya kak bella masak.. sedapnya bila tengok.. cara masakan pun mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Neeza. Mudah je caranya. Macam masak merah

      Delete
  19. Mmg best.. terbuka selera tengok ni. Bagus ada resepi ni sbb bermanfaat utk sesiapa yg nak masak Ayam Masak Bali ni.

    Psstt... klu ada buat masak2 mcm ni utk jamuan kengkawan, jngn lupa jemput saya hehee. :D :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..insyaAllah abg Khir. Kalau ada rezeki pasti akan jemput

      Delete
  20. Ayam masak bali? First time dengar. Macam ayam masak merah pun ada kan. Boleh cuba masak ni, semua kasi feedback sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sama mcm masak merah Zayani. Tambah extra serai n daun kari..siap!

      Delete
  21. Fav akak ni bella...lama x buat..nanti nak buat la utk bekal pi keja..

    ReplyDelete
  22. sedapnyaaaa... nanti nak try laa.. terime kasih share resepi >_<

    jemput singgah tempat saya.. saya follow sekali ye :)

    ReplyDelete
  23. eh untunglah bakal laki dia, hari hari dapat makan masakan yang sedap dari retis ni.. lapar pula tengok ayam masak bali ni.. merah tak terkata thanks sharing resipe, love you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki kita dah tinggalkan kita. Masakan i tak sedap ke? Hiks. Tak besyukur tau bila dah gems macam badak, makan cukup then tinggalkan kita. Biadap tau. Hehe. Xoxo

      Delete
  24. Bonde tak pernah try Masak sendiri Ayam Masak Bali, tapi pernah rasa masakan kawan... sedap juga terima kasih kongsi resepi bolehlah try nanti :)

    ReplyDelete
  25. ayam bali ni kekuatannya pada rasa serai tu kan...ayu banyak kali masak hiadangan ni sbb feveret anak2..kira kalau masak hidangan ni mmg confirm bertambah nasi

    ReplyDelete
  26. ni first time dengar nama ayam masak bali.

    ReplyDelete
  27. sedapnya , boleh cuba nanti ni , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...

    ReplyDelete
  28. Looks delicious, and thank you for sharing your recipe. Am I right, this is spicy?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not really. The spicy taste balance with the sugar added :)

      Delete
  29. Bella oh Bella... Cannot stand to see this. I wanna try to cook this as well... Looks delicious wei...

    Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masaklah then post kasi Bella tengok. Hehe.

      Delete

Back
to top