Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Vol 2

Hi Korang! 2 hari lepas Kak Bell cuti, so tak berjalan ke mana pun. Cuma uruskan hal anak-anak bulus sahajalah bawa pergi ke vet. Maklumlah baru gaji, dah gaji barulah bawak si anak kecik, Dexter ke klinik sebab ada luka kat atas leher dan batuk manja. Memula, lukanya kecil sebab bergaduh dengan bapaknya. Dah letak iodin, sapu minyak gamat tak juga baik-baik sebab si kecik ni asyik garu luka tu. Bila dah kering, terus berdarah semula. Nanti Kak Bell tulis entri lainlah pasal anak kucing ni. Dah lama dah tak buat posting pasal pet. Huhu. Kebetulan cuti pula pada hari Khamis, ada pasar malam di kawasan rumah penthouse Kak Bell ni. Kita pun cantik-cantiklah turun walaupun hanya nak pergi membeli bawang dan ayam segar. Hehe. Berkobar-kobar nak masak Ayam Masak Sambal Hijau sebab dah lama tak makan masakan favourite Kak Bell ni. Suasana pasar malam, haruslah meriah kan. Komposisi warga asing dengan orang tempatan pun dah sama banyak. Warga asing yang berniaga pun banyak jugak. Kat kedai jual ayam dan ikan ni pun warga Bangladesh. Mungkin pekerja je kot dorang ni. Jalan-jalan pun keliling dengan warga asing je. Kisah hari ni pulak, ada pulak Bangla kedai ayam ni cakap kawannya mintak nombor telepon. Adoyaiii, kenapa lah dorang ni ingat Kak Bell ni Kajol ke! Kat pasar malam ni pun jadik ye korang nak cari jodoh. Maaflah kita tak taste, kita datang nak beli ayam ajelah. Cubalah yang taste, memang kita bagi nombor tepon kita. Eh! Malas kita nak melayan sangat dorang ni then terus pergi beli bawang. Bawang pun mahal la ni ye, bawang putih lagilah mahal. Kata abang tu, lepas ni sebulan dorang tutup tak jual bawang. Pergi bercuti ke bang?


Okayy. Sebelum ni Kak Bell dah pernah post pasal resepi Ayam Masak Sambal Hijau ni. Kalau korang nak tahu resepi ni merupakan penyumbang pageviews blog Kak Bell yang paling banyak. Kira-kira dah 54K views sampai ke hari ni. Tak sangka pulak paling tinggi di carian Google. Kak Bell happy. Kalau korang pun mesti rasa happy kan kalau post korang meletop! Kiranya, harini Kak Bell repeat lah balik. Skill dan cara masak sama sahaja, cuma Kak Bell tak guna halia. Then, kualiti gambar pun cantiklah sikit dari post sebelum ni. Mestilah upgrade sikit kan. Kisahnya malam tadi tengah sedang elok memasak, sesambil blogwalking, gas memasak petronas ni habis lah pulak! Tak sah kalau gas tak habis kan masa Kak Bell memasak, memang jenis tak cek gas dah nak habis ke tak! Haha. Actually 2 minggu lepas dah terlintas dalam fikiran yang gas ni dah lama  ni tak habis-habis, nak pergi ceklah kalu dah ringan boleh angkat sebelah tangan tu maksudnya paham-pahamlah. Akhirnya, habis jugak malam tadi. Nasib la 1st round ayam dah siap gorang masak. Tetibe je 2nd round kuali jadi krik krik. Nak cari gas dah malam, kedai tutup. Cash pula ngam-ngam nak buat bayar laundry malam ni, jadi terpaksalah habiskan memasak pakai rice cooker! Nak beli harini, Maulidur Rasul dan hari Jumaat kedai bukak lepas solat Jumaat. Kak Bell pula kerja petang, sebab itulah teruskan juga memasak pakai rice cooker. Lepas ni nak cari Induction Cooker lah, lama-lama rosak pulak periuk nasi aku kan! Resepi ni Kak Bell copy paste je balik resepi lama, edit sikit-sikit bahannya. Nak tengok resepi lama boleh klik sini.


Bahan A
6-10 ketul ayam *bahagian kecil
2 batang serai *diketuk
1 labu bawang besar *hiris kasar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Gula

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih


Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak supaya tak sakit perut!
3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air.
4) Masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5) Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
6) Masukkan bawang besar, hirisan lada dan kacau rata.
7) Bila dah layu bolehlah padamkan api.

TIPS!
  • Kunyit tu cukup sekadar nak kunyitkan ayam sebelum goreng
  • Boleh juga nak letak halia, perahkan asam limau
  • Kurangkan cili padi jika tak suka pedas

Walaupun pakai rice cooker tetap menjadi kan? 7 biji cili api ni pedas jugak. Bolehlah korang kurangkan sikit, but bagi Kak Bell ok sahaja. Walaupun pedas, tetap makan bertambah. Sedih tau makan sorang-sorang. Anak-anak je teman sibuk nak makan jugak ayam kan! Kay Bye.

CONVERSATION

27 comments:

  1. Ayam sambal hijau ni auni suka kukus dulu bahan-bahan dia, lepas tu lenyek kasar-kasar, goreng dengan minyak sikit lepas tu letak ayam goreng kunyit tu. Aummmm sangat... Ehhh lapar dah jam 12:43am ni. Hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak pernah pula dengar kukus dahulu. Bolehlah Bella cuba

      Delete
  2. dah breakfast pun tapi lapar balik bila tgk ayam sambal hijau ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Lebih kurang mcm ayam masak kunyit cuma menu ni kena kisar bahan2 B tu. Tp tetap senang dan mudah. Confirm sedap tu.

    Wah kajol malaysia kak bell kita. Siap ada peminat dekat pasar malam lagi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Itu ajelah mampu, pasar malam je. Sedih!! Hehehe

      Delete
  4. Nampak senang jr ni... nak cuba la masak resepi ni...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, akak punya masakan memang buat onie tergoda ! Favourite kot ayam masak kunyit ni <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tau! Eh puji masakan sendiri pulak.kikiki

      Delete
  6. Pedas-pedas tu yang sedap kak Bell. Kalau Qiya tak cukup 1 pinggan nasi ni...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. samalah . Pedas tu yang buka selera makan. Bertambah jugak jadi 2 pinggan!

      Delete
  7. Cili tu bukan main ha. Gedabak besar. memang terangkat habis la kalau makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terangkat ni! Cili api pedas. Walaupun dah bnyk guna lada hijau kuahnya kering macam tu jugak.

      Delete
  8. Simple menu je. Tapi naikkan selera. Tgk cili padi dah tahu sedap..

    ReplyDelete
  9. I love Salad, and this Chicken salad looks so yummy and easy recipe. Would love to try this for my family!

    ReplyDelete
  10. YaAllah mengundangnya wak. kita tunggu2 ada orang jemput makan2 kan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tunggu pindah rumah baru boleh ajak. kikiki.

      Delete
  11. Antara menu fav juga nie.... Tapi Bro panggil ianya Ayam Masak Berlada. ke bro salah namanya? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je Bro. Tapi berlada macam masak guna lada merah. Hehe.

      Delete
  12. Dah boh cili hijau lagi cili api hijau. Pergghhh.. Terangkat ni pedas nya, to the moon and back 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedas sangat Kak Su, bolehla tahan kepedasannya.

      Delete
  13. Replies
    1. Hehe. Kekadang juga datang rajinnya.

      Delete
  14. Uittt senang je resipi dia..okey,nak cuba la nanti

    ReplyDelete
  15. I suka baca Resipi resipi yang Bella share. Giving me more idea what to cook for dinner. haha

    ReplyDelete

Back
to top