Hadiah Saguhati Contest Let's Bake with Yeos Seri Kaya!

Hi Korang! Pada bulan Ramadhan lepas, Kak Bell sertai contest baked with Yeos Seri Kaya. Pertandingan tersebut bermula pada 1-30 June 2017 sempena memeriahkan sambutan bulan Ramadhan tempohari. Walaupun ceritanya dah basi tapi baru sekarang Kak Bell nak cerita sebab baru pi redeem hadiahnya. Memula haritu tak perasan pulak sebenarnya pertandingan ni nak peserta buat dessert atau meal menggunakan Yeos Seri Kaya. Kak Bell pun bagi sahajalah nama dan join contest ni. Dah tahu kena masak dan beli sendiri barang-barang barulah Kak Bell menggelabah ayam sebab tak tahu nak buat menu apa! Haha. Sebelum-sebelum ni, memang tak pernah sertai mana-mana pertandingan memasak sebab memang Kak Bell sedar diri tak berbakat sangat pun. Kalau masuk pertandingan mahunya tak jadi menu masakan tu nanti. Masa pertandingan tempohari, setiap minggu akan ada peserta yang akan upload hasil masakan atau dessert masing-masing di FB page Yeos Malaysia dan pemenang juga diumum pada setiap minggu hinggalah sampai minggu terakhir pertandingan pada 30 Jun 2017.

Lempeng Yeos's Seri Kaya. Menangis tak tengok kejadiannya?

So, sepanjang 4 minggu tu ramailah peserta yang join contest untuk merebut hadiah utama yang berupa Electric Oven dari Senheng! Kak Bell pun berkobar-kobarlah nak memasak ni sebab kalau dapat oven bolehlah belajar buat kek ke apa ke, post resepi-resepi rare sikit kalau dah ada oven kan! Yang penting, angan-angan tu mestilah ada. Takkan lah korang masuk pertandingan semata-mata nak kalah kan? Tak berbaloi pula korang gigih masuk pertandingan. Terus terang Kak Bell ni memang failed bila bab buat dessert, kek dan yang sewaktu dengannya. Seriously memang tak pandai. Dateline dah dekat waktu tu, tapi tak ada idea langsung nak buat apa dengan Seri Kaya tu! Kak Bell tengok ada peserta macam beli je kueh kat kedai then letak je seri kaya tu dalam mangkuk, tak pun dorang sapu je atas roti. Ada yang beli karipap, lepas tu dicicahkannya dengan Seri Kaya! Nak menangis ye Kak Bell tengok. Kalau macam tu Kak Bell pun pandai buat kan. Hahaha.


Setelah dok perah otak, Kak Bell cuba lah buat hidangan lempeng dengan Yeos Seri Kaya. Asalnya nak buat crepe kek, walhal sepanjang hidup tak pernah buat ni. Mulalah Kak Bell membancuh adunan lempeng dan lempengkan satu persatu. Yang penting, masa dah letak whipping cream tu, kuahnya jadi cair ye walaupun lempeng tu dah sejuk! Tergamam kita. Rupa-rupanya, Kak Bell dah salah guna bahan. Kawan cuma cakap beli whipping cream, so Kak Bell hentam ajelah beli yang instant tu! Patutlah kek aku ni tak menjadi. Memanglah lawak waktu tu! Nak menangis pun ada sebab memang tak alarat dah nak redo balik or buat resepi lain. Kak Bell tanya Chef Pastri Elly, patutnya kena pakai whipping cream yang dalam kotak tu, kena guna non-dairy whipping cream. Dah Kak Bell ni memang tak pandai, so hentam sahajalah. If u dont make mistake, u arent really trying, right?? Tak de segan silulah, memang realitinya pun Kak Bell tak pandai. Hehe. Walaupun hasil akhir nya sedikit hina tapi bolehlah kan! Kak Bell pun dengan yakin submit sahajalah gambar Lempeng Yeos Seri Kaya ni untuk pertandingan tu.

Setelah kesekian lamanya tunggu result lepas dah submit photo tersebut untuk contest, Kak Bell dapat messenger dari pihak Yeos Malaysia. "Congratulations! You have been shortlisted for this week’s Let’s Bake with Seri Kaya contest. You are now one of the finalists in the running to win prizes from Yeo’s Food Malaysia. However, before with proceed with the final winners. We would need you to answer a simple question"

Punyalah happy sebab tak sangka pula boleh masuk senarai akhir pertandingan mingguan walaupun lempeng kita tu tak berapa menjadi. Kalau dibandingkan dengan yang beli kuih karipap lepastu cicah denagn kaya, haruslah usaha Kak Bell lagi gigh kan. Hiks. Walaupun tak menang Electric oven, dapat consolation prize RM200 voucher untuk electrical appliance dari SenHeng pun dah puas hati. Okla kan? Tak sangka masih ada tuah dalam contest. Jadilah walaupun dapat saguhati kan. Tak sia-sia Kak Bell melempeng malam-malam, gigih pergi beli barang kat Giant walaupun lagi 10 minit Giant TMC Bangsar nak tutup! Alhamdulillah.

Hooray!


Kaedahnya, baru minggu lepas Kak Bell pergi redeem voucher tu di Senheng Kelana Jaya buat beli vacuum cleaner. Kebetulan pulak vacuum cleaner di rumah ni dah rosak. Dah berminggu-minggu tak vakum rumah dah penuh dengan bulu meow! Anak-anak memang merdeka sakan lah sebab mama dia dah lama tak pasang vakum. Kalau tidak memasing mencicit lari. Ni lah rupa vakum yang Kak Bell redeem. Tambah RM16. Kita tak tahu, tuhan tu bagi rezeki kat kita macam mana kan. Ni pun dikira rezeki lah. Boleh pakai untuk beli barang untuk gantikan yang dah rosak. Betul tak? Btw, sampai ke hari ni, masih belum start menvakum sebab tak sihat. Yang penting, anak-anak bulus Kak Bell dah rasmikan dah kotak tu walaupun belum dibuka. Habis dibuatnya jadi tempat mengasah kuku. Tak ada nya dorang endahkan walaupun dan keluarkan lontaran vokal dan petir halilintar. Pasrah je lah tengok kotak tu hancur dan lunyai. Siaplah dorang ni nanti bila vakum tu dah mula beroperasi! Hehehe. XoXO

Sibuk je memasing kalau ada barang baru! Sibuk nak rasmikan!



CONVERSATION

36 comments:

  1. Seriously funny what you went through trying to find a recipe with Seri Kaya tu. Congratulations on your win. Well deserved.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak Bell menang juga walaupun bukan 1st prize. Its a effort yang gigih tau.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Bella!!! Hentam ajelah.. hahaha.. i tengah imagine kalu rach yang masak hentam mesti keluar seketul arang..hebatlah Bella... Pandai masak!!

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Rach pun pandai masak apa kan. Hehe. Btw, TQ

      Delete
  4. Tahniah weyyy. Lepas ni bleh bawa ke rumah ruby k. Hahahaha. Nak juga rasa penkek ko tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Penat wei tunggu lempeng ni siap sekeping-sekeping.

      Delete
  5. Alhamdulillah... Rezeki. Tahniah bell. Nampak sedap lempeng tu.

    ReplyDelete
  6. Best jugak menang conso dpt 200 tu..dpt juga grab benda lain lak..congrats neway!

    ReplyDelete
  7. Wah kak bel..caya la menang...
    Tahniah kak

    ReplyDelete
  8. Tahniah atas kemenangan. Best lah dpt join program mcm ni

    ReplyDelete
  9. tahniah! nampak sedap lempeng tu😭😭 bestnya menang dapat beli perkakasan baru

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak bella. kak bell memang layak menang. Lagipun atas usaha kak bell juga

    ReplyDelete
  11. tak kesah menang tempat keberapa..ape2pun congrats.. tgk dessert trus masuk pantry cari ice cream hahah

    ReplyDelete
  12. Tahniah dapat juga hadiah hehehe kita masak langsung untuk diri sendiri jer... nanti boleh cuba best lak tengok hehehehe

    ReplyDelete
  13. Patutla bella menang. Bella memang kreatif bab memasak ni. Suka la tengok resepi bella kat sini.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Kak Bella sebab menang. Itu permulaan yang indah kan.
    Sama la anak bulus kita, menghilang kalau Rawlins vacuum rumah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..vakuum tu memang boleh dijadikan senjata. Bukan main marah kalau kita acah dengan batang penyedut vakum tu.

      Delete
  15. Wahh. Kemain peram dari Raya lagi eh hadiah. Haha. Btw, tahniah kak. Resepi tu memang nampak sedap. Len kali boleh cerita mcm mana nk buat lempeng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, lempeng segan mati tak mahu. Btw, Kak Bel pernah share resepi lempeng. Bolehlah cuba godam na..

      Delete
  16. your recipe looks so yummy I am salivating... must give it a try also... huhuhu

    ReplyDelete
  17. wow congratulation on winning the contest! you bake punya really looks good!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  18. wa so nice! I wanna win juga hehehe.

    ReplyDelete
  19. Ingatkan bella just suka2 masak dan kongsi resepi.. rupanya kaki contest juga... hope akan datang tercalon sebagai juara pula, xpun top 3 pun jadi la...

    Nak sign awal2 hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. InsyaAllah kalau ada rezeki. Retis blogger ke Bro. Hehe.

      Delete
  20. Congratulation. Is your rezeki. Creative idea and you deserve it.

    ReplyDelete
  21. Congrats on your winning dear!!! You totally deserve it, that was such a cute desserts though I also want to try it =)

    ReplyDelete

Back
to top