Hi Korang! Salam Jumaat. Sekejap je dah masuk hujung minggu. Untuk minggu ni Kak Bell dapat cuti on weekend, so bolehlah buat hidangan yang special sedikit untuk esok hari. Btw, entri ni Kak Bell dah peram 2 hari dah nak tulis sebab dah 2 hari UniFi di rumah ni down. All services down yer! Lampu kat modem tu merah je ha. So tak dapatlah nak streaming cerita Korea dan sebagainya. Apa-pun kita tak ada lah meroyan, sebab memang jarang sekali internet di rumah ni ada isu teknikal. Kalau ada pun masalah wireless sahaja lah. Jika di opis, melayan customer yang asyik nak meroyan disebabkan isu WiFi kadang-kadang buat Kak Bell meluat jugak. Tahu nak marah sahaja, nama pun WiFi. Nak laju, stabil pakai sambungan kabel, sah-sah memang internet tu servis broadband dan berbeza bukan macam data network yang dilanggan kat handphone tu. Lepas tu dah buat rumah besar macam istana, depa ingat router dia tu bolehlah cover semua kawasan istana dia tu. Huh! Nantilah kalau rajin Kak Bell share tentang internet dan WiFi ni ye. Kongsi maklumat apa salahnya kan.
Disebabkan internet tak ada, housemate rumah Kak Bell pun isi masa lapang dengan mengemas dapur. Sesudah Kak Bell balik kerja jam 12.30AM semalam, terus sambung juga mengemas bersihkan dapur. Dah alang-alang mengemas baik terus buat sampai siap. Esok-esok dah malas, makan hari pun tak buat kan. So, bersihlah dapur Kak Bell dengan jayanya malam semalam. Okayy, resepi yang Kak Bell nak kongsi harini adalah Resepi Masak Lemak Putih Fucuk dan Suhun. Korang tahu tak 'Fucuk' tu apa? Fucuk tu sebenarnya kulit tauhu kering. Masakan sayur ni merupakan diantara jenis masakan kategori simple dan menyelerakan. Dengan menggunakan bahan yang sama, boleh je sama ada korang nak buat sup atau masak lemak putih.
Biasanya kalau masak sayur lemak putih fucuk ni, memang sedap kalau digandingkan dengan lauk yang ada sambal. Dapat ikan goreng sambal atau sambal belacan pun meriah kan! Bagi yang tak pernah masak suhun atau fucuk ni, sebelum nak masak perlulah direndam terlebih dahulu. Dah fucuk dan suhun tu lembut barulah boleh masukkan masa memasak nanti. Bukannya apa, terbaca pulak ada sorang gadis ni tak rendam dulu benda alah tu, jawapannya memang tak berkuah la sayur tu nanti. Tak ada maknanya ko nak hujahkan kadar penyerapan air oleh suhun tu bila guna suhun banyak ke sikit, yang penting rendam dulu sebelum masak. Btw, baguslah sebab gadis tu mencuba nak memasak. Btw, jangan marah ye, anggaplah Kak Bell ni macam mak-mak berleter masa kat dapur! Hehe.
Bahan-Bahan
1 paket fucuk (kulit tauhu kering)
1 paket suhun
1/2 kotak kecil santan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar *hiris/tumbuk
2 ulas bawang putih *hiris/tumbuk
1 camca besar udang kering *tumbuk kasar
2 biji cili api
1 biji lada merah/hijau
1 batang serai
Daun kucai
Lobak
Garam serbuk perasa
1) Potong fucuk dan suhun ikut kesukaan dan rendam hingga lembut
2) Masukkan air dalam periuk, masukkan lobak dan rebus hingga sedikit empuk.
3) Kemudian masukkan fucuk, bawang merah, bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering tadi dan biar seketika
4) Masukkan santan, suhun, serai, daun kucai, cili dan lada merah dan biarkan santan mendidih dengan api sederhana
5) Boleh tambah air jika nak berkuah dan sesuaikan kepekatan santan.
6) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
TIPS!
- Boleh gunakan kentang dan masukkan pada step 2
- Boleh juga tak gunakan serai
- Bahan-bahan bawang boleh hiris sahaja atau tumbuk kasar
- Sentiasa kacau santan elak santan berketul
Lama juga Kak Bell tak makan masak lemak putih fucuk dan suhun ni. Kalau tak nak tambah sayuran lain, masak bahan berdua ni sahaja pun dah sedap. Yang penting ada sambal yang pedas masa makan. Pasti layan. Ada resepi apa yang best lagi ye korang? Cer kabor bolehlah kami cuba buat.
This is a Chinese dish that I always eat, especially during Chinese New Year. Interesting to see the Malay version.
ReplyDeleteCan you share the Chinese style recipe to me? Really enjoy to try the Chinese style.
Deletewithout the santan&fish.plain clear soup
DeleteNampak sedap..macam ala2 kuah lodeh
ReplyDeleteSedapnya.. Kak Sue kalau masak macam nie lawan dengan ikan masin. Bertambah-tambah la makan jawabnya.. hihihi..
ReplyDeleteBetul Kak Su, ikan masin ikan sambal memang sesuai padankan dengan sayur lemak ni
Deletedah bookmark.. hee. nanti nak try masak.. tq .. baru tahu fucuk tu sebenarnya kulit tauhu kering..
ReplyDeleteHehe. Sedap kan simple macam ni
DeleteSuka makan masak lemak putih ni. Padankan dengan ayam/ikan goreng & sambal belacan. Terangkat 😘
ReplyDeletethanks for the recipe. nak cuba hari ini
ReplyDeletewah... selalu masuk blog bella mesti nampak resipi sedap ... best!
ReplyDeleteRacheal_Foodilifecious
wah... selalu masuk blog bella mesti nampak resipi sedap ... best!
ReplyDeleteRacheal_Foodilifecious
Alamak! dah la lama teringin nak makan lauk ni. Serious even gambar je dah buat org terliur.
ReplyDeleteSo simple ye stepnya. Tapi Rawlins tetap tak pandai masak. Haha
ReplyDeleteWow, looks nice. Will try this because I'm.Going to have makan makan party this Xmas. Thank you for your sharing
ReplyDeleteSedapnye! Bella is so good at cooking, thanks for always sharing great recipes.
ReplyDeleteBolehlah Jia. Hehe. Tak adalah pandai mana
DeleteNi memang lauk tak lapuk ditelan zaman. Makan ngan sambal belacan memang superb
ReplyDeleteNampak sedap sekali la! Don't mind trying it out too. I love how you share your recipe in your blog too!
ReplyDelete