Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis

Trending

Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis

Hi Korang! Mesti korang semua sedang enak beristirehat sekarang kan? Bagauslah berehat-rehat sekejap lepas penat balik kerja. Kejap lagi nak sambung buat kerja rumah pulak kan. Hari ni baru Kak Bell ada peluang nak tulis entri resepi yang dah tertangguh hampir 2 minggu lamanya. Cadangnya nak siapkan 2 hari lepas tetapi kesihatan tak mengizinkan. Beberapa hari lepas tiba-tiba kedua-dua kaki ni kebas dan lenguh semacam saja macam sakit demam tu. Memula tu rasa biasa ajelah sebab biasanya akan elok balik. Tetapi kali ni bukan main pulak lemah rasanya, sampaikan rasa kebas tu sampai pula ke bahagian tangan kiri. Masalahnya tak de pula salah tidur ke apa, sebab masa baring-baring nak tidur tu pula sakitnya datang. Kak Bell dah mula rasa tak sedap hati sebab pernah terbaca simptom sakit dan lenguh di bahagian tangan kiri ada kaitan dengan masalah jantung. 

Hati mula rasa tak sedap dan nekad nak buat pemeriksaan esoknya. Tak boleh tidur dibuatnya sampai kene picit-picit tangan dan kaki ni. Sehari jugaklah lenguh kat tangan tu baru hilang. Tua dah Kak Bell ni rupanya. Hehe. Lepas jumpa doktor, katanya mungkin disebabkan kesan sensation dari ubatan yang Kak Bell makan. Tapi Kak Bell tak berapa yakin. So, nanti kena follow uplah di hospital.Lepas dah telan ubat, badan yang rasa nak demam, running nose, barulah harini sihat sikit. Alhamdulillah.


Begitulah ceritanya. Walaupun tak sihat 2 hari lepas, entri yang patut post dah siap juga. Hehe. Temanya gigih! Sambung cerita bagi yang mana tengah santai beristirehat tu, ada yang rajin buat hidangan minum petang? Harini, Kak Bell nak kongsikan resepi cucur nasi ikan bilis. Pernah makan tak? Idea nak buat cucur nasi ni budak opis yang beri cadangan. Kebetulan mak dia selalu buat cucur nasi ni. Katanya, macam cucur biasa tu juga tapi cucur nasi ni lebih lembut dan lembutnya tahan walaupun cucur dah sejuk. Nasi pula ada berbaki dalam periuk, memang jadi ajelah Kak Bell nak mencuba resepi cucur nasi ni. Masa nak buat tepung gandum pula habis. puas mencari di 3 kedai runcit ni, nasib baiklah ada. Sempat tokey kedai tanya nak buat kuih ke? Kak Bell cakap nak buat cucur nasi. Pelik dia tak pernah dengar. Sempat Kak Bell bagi resepi kat dia. Haha.



Sebelum mencucur, Kak Bell dah terlebih dahulu usha-usha juga resepi-resepi yang ada, siap tengok video di YouTube. Ada satu video tu cuma tunjuk proses nak membancuh je, tapi hasilnya tak ditunjuk. Motip sangat tak tunjuk hasil. Mestilah nak tengok hasilnya, samada resepi dan bancuhan dia tu memang menjadi kan. So, Kak Bell terpaksa derhaka kepada resepi tu! Lepas Kak Bell try sendiri barulah Kak Bell tahu apa masalahnya. Kalau korang bancuh tepung dan nasi yang dah dikisar tu terlalu lembik, hasil cucur korang nanti akan sangkak! Maksudnya hina-dina lah rupa bentuknya sebab bila terlalu lembik, cucur korang nanti akan serap banyak minyak dan cucur tu tak cantik, lembik dan dalamnya nanti tak masak. Jadi Kak Bell sarankan buat bancuhan yang keras sikit untuk hasil menawan. Masa mencucur nanti pun senang. Untuk kali ni, cucur nasi ni Kak Bell tambahkan ikan bilis. Nanti kalau ada udang geragau, bolehlah Kak Bell buat lagi pakai udang kecil ni pula.

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar*bahagian potong dadu
2 ulas bawang merah
1 biji lada merah
1 sudu cili kisar*jika suka
1 pokok daun kucai
1/2 batang lobak
Garam secukupnya


Cara membuatnya:
1) Blend/Kisar nasi bersama ikan bilis yang dah direndam dan bawang merah dengan 1 cawan air atau sekadar cukup untuk mengisar.
2) Masukkan bahan kisar dalam bekas kemudiam masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
3) Perasakan dengan sedikit garam.
4) Campurkan bahan-bahan hiris tadi seperti lobak, bawang besar dan daun kucai.
5) Tambahkan 1 sudu cili kisar dan gaul rata.
6) Panaskan minyak dan goreng adunan sampai habis.

TIPS!
  • Jika adunan cair, boleh tambahkan lagi tepung gandum supaya adunan lebih kenyal
  • Boleh gantikan ikan bilis dengan udang geragau
  • Nak tumbuk ikan bilis separuh hancur pun boleh
  • Boleh gunakan cili merah dan tambah cili kisar nak lebihkan rasa sedikit pedas
  • Bahan-bahan sayur boleh tambah ikut suka seperti daun bawang, daun sup dan sebagainya
  • Boleh tambah yis (mauripan) untuk naikkan cucur supaya bulat cantik.
  • Goreng dengan api sederhana


Kak Bell mencucur pakai sudu aje, nak pakai jari pun boleh. Jangan terkena minyak sudah. Jangan ingat jari korang boleh celup dalam minyak macam makcik pisang goreng yang viral tu yer. Kalau korang super women, takpe, celup sahaja jari tu dalam minyak. Seriously, memang cucur nasi ni sedap dan lembut. Eloklah nasi sejuk yang ada tu dibuat cucur supaya tak membazir. Okayy, selamat mencuba!













Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post