Resepi Sawi Putih Goreng

Hi korang! Kaedahnya Kak Bell lapar malam kemarin. Buka je peti sejuk tak ada apalah pulak. Cuma ada seketol je sayur sawi. Memang dah lama sangat tak ke pasar membeli barang dapur. Sebelum ni, housemate Kak Bell selalu masak sayur sawi putih tumis ni. Jadi kita pun masaklah sebab dok teringat sayur sawi dia yang sedap tu. Btw, Kak Bell guna sawi putih tau, sebab tak suka sawi hijau tu sebab pahit. Kalau masak bihun Kak Bell pakai sawi hijau ni. Masak sayur ni memang paling senang sebab basic memasak ke menggoreng semua sama sahaja. Cuma olahan bahan je ikut suka tekak korang macam mana.

Yang penting bila dah siap masak, tapi rasanya tak sesedap rasa masakan kawan Kak Bell tu. Pelik tau! Bila check resepi dia, sama je macam yang iols buat. Bukan lah kita punya tahap dewa failed dia, tapi Kak Bell lagi suka masakan dia pulak. Hehe. Ada juga yang tambahkan belacan dan boleh juga pecahkan sebiji telur bila korang masak nanti. Walaupun ianya resepi mudah, tapi Kak Bell kongsikan jugalah. Mana tau ada yang baru nak cuba masak sayur kan. Okay, nak merapu meraban bebanyak pun just nak bagi resepi aja pun. Takkan nak cerita pasal beg Prada pulak kan? Kay Bye.


Bahan-bahan:
Sayur sawi putih
3/4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji lada merah/cili api merah
Sedikit ikan bilis
Garam
Air

Cara memasak:
1)Tumbuk bawang putih+bawang merah, kemudian masukkan ikan bilis & tumbuk kasar
2)Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk.
3)Masukkan batang sayur dulu, kemudian masukkan daun sawi.
4)Tambahkan sedikit air dan biar mendidih.
5)Masukkan garam atau perasa dan sesuaikan rasa.

TIPS!
  • Boleh rendam dahulu ikan bilis jika guna ikan bilis yang terlalu masin.
  • Jika ikan bilis dah masin, tak perlu tambah garam (ikut kesesuaian tekak anda)
  • Boleh letak minyak bijan jika suka
  • Boleh letak belacan, tambah sos tiram, tauhu atau telur


Gambar yang kat bawah ni, sayur sawi putih yang housemate Kak Bell masak. Beza cuma Kak Bell letak cili api dengan tauhu je. Lupa pulak nak bagitahu, untuk masakan ni Kak Bell pakai ikan bilis Sabah yang satu pek harga RM35 tu yer. Memang agak masin sedikit. Tapi dah masuk dalam masakan memang sedap sangat. Kalau nak tengok Resepi Sawi Bok Choy bolehlah klik sini kay. Bolehlah cuba nanti. Muah!


CONVERSATION

16 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Nisa Kay said...

senangnyaa buat! nak cuba lah balik rumah nnt. lapar pulakk

Jane Chua said...

Looks simple but delicious. Will try to fried it for my children.

Amanda Suria said...

Makan sayur macam ni je without nasi pun kenyang kan Bella...nak jemput dtg rumah makan..tp kita duk umah sewa je yang...nanti kita buat makan2 kat rumah SEREMBAN EH...

shamiera osment said...

Sayur goreng yg simple mmg sedap di makan..lg satu ikan bilis sabah tu best kan..

Bella Jamal said...

Boleh je Kak SA. Suka masak-masak, makan-makan ni. Hehe

Bella Jamal said...

Betul tu Shamiera, tapi ikan bilisnya macam lembap sikit dalam pakaging tu

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Nyamm . Sedapp !! Lagi sedap makan bersama sambal belacan .hehe selera bertambah2

penaberkala nuar said...

Suka letak sawi dalam maggi. Nikmatnya, ya ampunnnn. Hahaha

Macam best je resepi ni. Nak try la nanti kat dapur bujang

Hanny Abdullah said...

Laa...baru semalam sis masak sawi ni, tapi sis masak simple je..ala2 masakan cina, banyakkan bawang putih. Sawi ni yg sedap tu bila makan krapp krupp bunyi rangup dia..tu yg sodapp tu..:D

Lia Hasty said...

Goreng sayur guna bawang putih memang sedap dan bau dia naik. Menu simple sedap makan dengan nasi putih.

Rawlins GLAM said...

Sama sebijik cara I masak sawi nie... sedapnya kalau letak banyak ikan bilik kan. Makan gitu je ngan nasi putih panas pun puas.

Rabiatul Adawiyah said...

Fuhhh masak camni memang fav ruby. Tu pasal la bawang takleh kosong. Kalau kosong I ngamuk. I nak masak semua guna bahan tu. Simple je. Tapi ada ahli keluarga tak makan sayur yg payah. Katanya pahit la. Suh buh bawang lebih kasi manis skit. Aiyaaaa suka hati Aku la kan. Aku yg masak. Hahaha

Maha Mahu said...

terus terang kita kata yang kita ni bukan penggemar sawi putih tak tahu nak makan macam mana tapi bila tengok resipi ini memang rasa macam sedap lak nak cuba mudah dan senang. ok nanti kita cuba yer..

Betty Liew said...

Wow, you really talented chef. Mouthwatering saw it.

Rafzan Tomomi said...

Looks good. makan sayur bagus untuk kesihatan :)

Instagram

Follow Us