Menangi Sepasang Lewré Bespoke Sempena Ulangtahun ke-20 Lewré!

Hi Korang! Salam sejahtera buat semua.
Suka bergaya dengan kasut tumit tinggi tak? Rasanya memang wajib bagi setiap dari kita sekurang-kurangnya memiliki sepasang 'high heels'. Ibarat irama dengan lagu, high heels merupakan salah satu must-have fashion item untuk tampil lebih elegan dalam penampilan seharian. Kak Bell pun dahulunya, memang peminat tegar kasut tumit tinggi. Pasti menggayakan kasut tumit tinggi kalau nak kemana-mana. Btw, seiring dengan peningkatan usia ni tak adalah gigih macam dulu lagi nak ber'heels' setiap masa. Seriously, bila pakai heels ni rasa up to date dan dapat memberi kepuasan kepada diri. Maklumlah kita ni rendang je orangnya, nak juga nampak persis bak model! Walaupun kadang-kadang tu sakit kaki, melecet, tetap kugigihkan jua bertumit tinggi. Betul tak?

The "Vase"


Begitulah mukaddimahnya yer. Pada 23 September 2017 yang lepas, Kak Bell telah dijemput hadir untuk sesi minum petang bersama dengan Dato' Lew Fong Voon, pengasas jenama Lewré di Italiannies The Gardens Mall. Ianya adalah bersempena dengan Ulangtahun ke-20 Lewré disamping pembukaan Galleria di North Atrium Garden Mall yang mempamerkan hasil kerja tangan Dato' Lew. Selain beramah mesra dengan Dato' Lew, Kak Bell juga berpeluang untuk mencuba koleksi terbaru beliau iaitu "I Love You" yang didedikasi khas buat mendiang Puteri Diana.

Dato' Lew Fong Voon, founder of Lewré

Kak Bell bersama dengan Dato' Lew

20 Years of Masterpiece
Lewré (disebut sebagai Lu-Ray) mewakili sinar harapan, yang menjadi gagasan bagi pereka terkenal tempatan, Dato' Lew Fong Voon. Dato' Lew berkata, sambutan Ulangtahun ke-20 Lewré ini adalah bagi meraikan kejayaan, kerja keras dan ketekunan ke atas jenama Lewré itu sendiri. Dato 'Lew juga berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada generasi muda dan mengekalkan peranan anak tempatan sebagai pelopor di pasaran antarabangsa dalam seni reka bentuk dan penciptaan kasut.



Semasa sesi bersama Dato' Lew, beliau menceritakan tentang kisah hidup beliau yang pada asalnya tinggal di kawasan pedalaman bersama dengan 15 orang adik-beradiknya. Kehidupan yang susah, pernah menoreh getah seawal umur 8 tahun dan hanya makan bubur bersama kicap soya, menjadikan beliau berazam untuk berjaya. Nama Lewré (Lu-Ray) dipilih sebagai sinar yang memberi harapan semasa kita di dalam kegelapan atau ketakutan. Beliau menekankan pentingnya untuk buat sesuatu perkara sehingga berjaya dan tidak berhenti di separuh jalan sahaja. Katanya, tiada batas umur untuk kita menempa kejayaan dengan memberi contoh Tan Sri Lim Goh Tong yang mula membina Genting Highland pada usia 50 tahun!

"Magic descends on those who are willing to explore"

Dato' Lew juga bercerita juga tentang inspirasi dalam hasil rekaan beliau, selain mengimbau kembali tentang hasil tangan beliau yang telah menyiapkan 6 buah pasang kasut dan 3 buah cluth untuk Kate Middleton semasa kunjungan the Duchess of Cambridge ke Malaysia. Di bawah ni merupakan sedikit rakaman semasa sesi tersebut.  



Lewré Galleria
Bermula dari 23-29 September 2017, satu galleria ditempatkan di Garden Malls yang mempamerkan koleksi ciptaan Lewré. Orang ramai bolehlah berkunjung ke galleria ni untuk melihat sendiri dan menghargai 20 tahun kejayaan yang dicapai oleh jenama Lewré.


"Pink Lady" specially created for Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor

Di galleri ni, semua hasil rekaan memberi tumpuan kepada nilai dan reka bentuk Lewré dalam proses pembuatan dan juga reka bentuk kasut. Turut dipamerkan, draf, inspirasi awal sebelum penghasilan setiap rekaan kasut. Lewré Galleria juga telah menyaksikan pelancaran buku Dato' Lew yang bertajuk 'Luminous Ray', buku yang ditulis mengenai pengalaman dan kisahnya dalam membina jenama Lewré sehingga berjaya pada hari ini. Di bawah ni, merupakan diantara koleksi yang dipamerkan di galleri tersebut.

‘Chorak’, a black lacey shoe inspired by wayang kulit which was specially designed for 
HRH Kate Middleton, the Duchess of Cambridge.


In 1997, Jimmy Choo was to deliver a pair of V-cut flats to Princess Diana but it was never to be worn by her. Following the tragic incident, he gifted the mold to Dato’ Lew. Coincidentally, HRH Kate Middleton, Duchess of Cambridge shares the same feet size as the late Princess and the mold was ideal for creating a pair that was gifted to her during the Diamond Jubilee visit. Named ‘Putria’ for princess, the design was inspired by Kate’s sophistication and in deep blue to reflect her sense of poise.





Selain itu juga, turut dipamerkan hasil karya lukisan Dato Lew buat perseorangan yang telah memberi inspirasi dan sumbangan positif kepada kehidupan dan jenamanya. Seni yang dicat oleh Dato 'Lew adalah sebgai tanda penghargaan kepada mereka. Diantara lukisan yang ada di galleri tersebut ialah gambar Puan Sri Shariffa Sabrina, Datin Seri Rosmah Mansur, Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Sheila Majid, Datin Winnie Loo dan Chui Ling.

Kate Middleton, Duchess of Cambridge

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultanah Hajjah Kaalsom Binti Abdullah 
(The Sultanah of Pahang)

Dato Lew amat menghargai semua orang yang telah menyumbang kepada kejayaan beliau pada hari ini. Diantaranya mentor beliau iaitu Allan William yang berasal dari Australia, telah mengajar beliau cara untuk melakar kasut dan Kleinert Siegfried dari Germany yang mengajar beliau mengenai bahagian teknikal dalam pembuatan kasut. Selain itu juga, beliau mendapat tunjuk ajar tentang penggayaan kasut dari mentor yang berasal dari Itali dan Seiki Shindo-san dari Jepun, dan aspek artistik dari Joe Goodman, juga berasal dari Australia. Di antara kesemua mentor beliau, Dato' Professor Dr. Jimmy Choo adalah orang penting yang membimbing dan membantu Dato' Lew dalam perjalanan kerjaya beliau.

“He’s a force in the industry to be reckoned with, and to be mentored by him is a great honour.” kata Dato' Lew kepada Dato' Jimmy Choo.

Di galleri ni juga turut ditempatkan satu booth untuk pengunjung melihat sendiri bagaimana proses untuk membuat sepasang kasut.



Art, Inspiration and Design
Aspirasi Lewré adalah berkisar kepada menjadikan kasut sebagai suatu seni. Dato' Lew melihat dan menghargai ke semua yang dilihat disekeliling beliau dan diterjemahkan kepada lukisan atau dalam hasil rekaannya. Kebanyakan daripada reka bentuk kasut Lewré semuanya dipengaruhi oleh seni yang sebahagian besar inspirasinya datang dalam bentuk ekspresi artistik. Kat bawah ni korang boleh tengok hasil rekaan beliau yang berinspirasikan dumpling Cina, Xiaolongbao, chopstik, tembok besar cina dan sebagainya.

Sumber inspirasi dari dumpling Cina, Xiaolongbao


Sumber inspirasi dari Forbidden City of China


Chopstik sebagai idea


Dari segi artistik, seni dalam sebuah rekaan kasut turut direka berdasarkan kepada watak, keperibadian dan personaliti si pemilik calon kasut. Setiap hasil rekaan kasut yang dipamerkan di Galleri ini adalah hasil dari 3 elemen yang bermula dari penceritaan, hasil seni dan seterusnya hasil akhir. Ianya menyoroti kepada 3 elemen utama dari konsep idea ke visualisasi dan akhir sekali kepada pengeluaran sepasang kasut Lewré.


Setelah berkunjung ke Galleria, kami semua melawat pula ke bahagian pameran untuk koleksi terbaru beliau iaitu koleksi kasut "I Love You". Semua kasut yang direka ada ceritanya yang tersendiri. Dato' Lew juga turut menunjukkan bakatnya untuk membuat lakaran kasut yang diinspirasikan oleh Lady Diana.


Dedicated to all ladies inconjuction of International Women Day


Paling menarik ialah The "Vase" yang dibuat daripada emas 24 karat! Berapalah harga replika kasut ni agaknya kan. Bolehlah suruh teman lelaki memasing beli satu yer. Untuk melihat sendiri koleksi 'I Love You' Lewré bolehlah berkunjung ke The Gardens Mall Mid Valley.

Lot G-210, Ground Floor
The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur



Win yourself a pair of Lewré Bespoke!
Untuk tempoh pameran dari 23 September-29 September 2017, turut diadakan pertandingan untuk 'Reka Bentuk Paling Reka Kreatif'. Peserta yang melukis reka bentuk paling kreatif akan berpeluang memenangi sepasang kasut Lewré dari koleksi 'I Love You' Lewré yang bernilai lebih dari RM3000.


Kepada gadis cantik kat luar sana tu, bolehlah custom made kasut tinggi korang supaya pemakaian lebih selesa dan semestinya lebih elegan dengan Lewré Bespoke. Untuk maklumat lanjut boleh layari website dan laman sosial Lewré Bespoke kay.




CONVERSATION

16 comments:

Rafzan Tomomi said...

wahh cantik-cantik ya koleksi Lewré.

Aisya Ismail said...

Lewre ni memang selesa.. cuma dulu tak suka design dia. tapi sekarang boleh tahan juga. Mengikuti peredaran masa..

IndoX news said...

Pengalaman yang sangat berharga nih bisa ketemu langsung foundernya. hehe

Innanie Ariffin said...

Aduh macam sakit plak tgk design The Vase tuuuu ngeri pulak pakai gitu. tapi jenama Lewre ni memang terkenal! :)

Nadia said...

very interesting history and details. love the paintings

jessie koo said...

Nampak menarik design kasut kasut.nak check out kat lewre store jugakla

Sang aura said...

terinspirasi bila baca kosah ini.Seronok baca kisah macam ni.. bak kata pepatah,bersusah susah dahulu,bersenang senang kemudian. Design pun berseni

Salina Johari said...

Kagum Sal dgn usahawan gini..usaha tangga kejayaan..jadi inspirasi dan motivasi diri bila baca..

Afizah Abd Rahman said...

Thanks atas perkongsian bell. Sangat detail. Intunglah dapat tengok proses buat kasut.

Maha Mahu said...

Takut tengok deign kasut tumit tingginya tu sangat menggerunkan nak pakai tambah-tambah yang brsaiz sikit ni hehehehe....

Rawlins GLAM said...

Betul tu Bell.
Dah takde kegigihan dah nak meninggi macam dulu hahaha

Hanny Abdullah said...

Dulu ada jugak sepasang dua kasut Lewre ni, now dah tak kira brand apa janji selesa dan tak tinggi2..hehehe

Sejarah Islam Pahang said...

wow, cantik2 kasut tingginya tumit ^^

sayaiday said...

Tak pernah ada kasut lewre. Tapi design dia memang lawa2 la. suka yang isteri pm punya. cantik.

Bro Framestone said...

20 Tahun bukan sesuatu yang sekejab... tahniah diucapkan kepada beliau atas kejayaan yang berjaya dikecapi.

Ainul Mustafa said...

suka kasut dia. sedap pakai. ada 1 wedges dia sampai lunyai pakai.

Instagram

Follow Us