AIA Vitality Wellness Festival 2017

Trending

AIA Vitality Wellness Festival 2017

Hi Korang! Semalam, 22 September 2017 Kak Bell berpeluang pergi ke AIA Vitality Wellness Festival di KL Convention Centre. Memang semangat waja gilalah nak pergi sebab nak tengok David Beckham! Siapa tak kenal bekas superstar bola sepak David Beckham, yang menjadi duta AIA Global Ambassador, datang ke KL secara ekslusif untuk event ni. Pastilah semua peminat bola dan segala mak nenek nak tengok dia kan. Manalah tau, dapat bergambar dengan abg Beckham kan! Maunya tak tidur malam.


AIA Vitality Wellness Festival diadakan bagi meraikan ulang tahun pertama AIA Vitality sejak konsep ini diperkenalkan bagi menggalakkan rakyat untuk menjalani hidup yang lebih sihat melalui langkah mudah. Btw, festival ini adalah melalui jemputan sahaja dan tidak terbuka untuk semua orang. Walaupun by invite only, selautan manusia jugalah yang datang kan.


Sebenarnya, Kak Bell tak berapa paham konsep acara hari tu. So, pakai baju biasa ajalah macam nak pergi berjalan kat KLCC tu. Rupa-rupanya, event ni suruh semua jemputan pi main aktiviti kat dalam tu. Haha. Tintong sangat Kak Bell. Lagipun kalau pakai pakaian sukan pun, memang Kak Bell tak buat kot aktiviti tu. Ramai betul manusia beratur kat setiap stesen nak collect point, seterusnya boleh redeem hadiah menarik di kaunter yang dorang sediakan.


Lepas buat aktiviti, dorang akan masukkan point dalam wristband tu.

Diantara aktiviti fitness yang ada seperti Zumba, Body Combat dan BodyJam. Selain aktiviti tadi, ada banyak lagi aktiviti lain termasuklah Jacob’s Ladder, Human Pacman, Rock Climbing, VR experience, nutrition talks dan sebagainya. Disebabkan Kak Bell fefeling model dengan kasut 7 inci bagai, so Kak Bell catwalk aje dalam dewan yang sebesar 2 padang bolasepak tu. Lebih 6000 langkah dah! Aktiviti sihat jugak kan?? Kat bawah ni, bolehlah korang nak tengok apa yang berlaku masa AIA Vitality Wellness Festival tu.


Stair climbing






Masa Kak Bell memula sampai acara Zumba baru nak mula. Ramai juga yang join aktiviti ni. Bagus sangat! Tugas Kak Bell, feling-feling reporter sahajalah ye. Ambil gambar, ambik video buat tatapan korang. Nak tengok David Beckham tak? Ha, baca sampai habis ya.



Bagus kakak-kakak ni buat aktiviti meninju. Btw, manja je Kak Bell tengok dorang tumbuk menda tu. Hehe. Tak pe kak, berlatih lagi. Manalah tau boleh jadi macam JLo dalam cerita Enough.  Lepas ni, kalau ada penyangak ke, lelaki tak budiman ke, tinjukan aje muka dorang tu! Rasain!


Ni aktiviti Human Pacman untuk kanak-kanak. Macam game Pacman tu lah cara nak main dia. Sukalah budak-budak kan.


Bagi yang dah cukup collect point, bolehlah redeem hadiah kat Reward Station. Kalau lite-lite je markahnya, silalah ambil hadiah kat kaunter Bronze. Selain tu, ada juga cabutan bertuah. Banyak juga hadiah-hadiah yang menarik. Dapat Fitbit tu pun best kan.


Diantara hadiah yang ada:
* 8x David Beckham signed memorabilia
* 3D2N stay in Berjaya Times Square Hotel KL with breakfast worth RM750++
* 3D2N stay in Berjaya Penang Hotel with breakfast worth RM520++
* 3D2N stay in Berjaya Waterfront Hotel JB with breakfast worth RM420++
* 5x complimentary BP Personal Health Coach Voucher worth RM100 each
* 10x RM100 Guardian Voucher
* 5x Jaya Grocer food hamper worth RM500 each
* 3x RM700 Reebok Voucher
* 3x Garmin Vivomove Sport worth RM750 each
* 4x Fitbit Alta HR
* 1x Fitbit Charge 2
* 1x Fitbit Blaze
* 1x MedKlinn Asens+40
* 1x MedKlinn Asens+40
* 2x MedKlinn Autoplus
* 20x TGV Movie Tickets


Disebabkan dah datang awal, makan pun belum, so Kak Bell pun decide pergilah makan dengan kawan Kak Bell ni. Nak buat aktiviti pun, maunya kene tunggu lama kat setiap stesen dan David Beckham pun katanya akan muncul dalam jam 5PM ke 6PM. Then, pergi isi perut dululah kat KLCC. Dah lepas makan, jam pun dah dekat 5 petang jadinya berjalan balik ke tempat event sebab nak tengok David Beckham. Masa aon the way tu, Kak Bell heran sebab semua orang macam dah nak balik, semuanya menuju KLCC. Hujung-hujung sampai dewan, katanya David Beckham dah balik! Jam 4PM tadi dia dah muncul. Aiyooo, sentap sangat rasanya sebab cakap kol 5 petang. Habis tu, korang ingat dia nak ikut time kita ke? Haruslah kita yang kena ikut masa dia, ikut suka dia la nak datang kol berapa kan?! Haha. So ceritanya, tak nampaklah David Beckham depan mata ni. Nak sedapkan hati, kalau ada masa tu pun, ada sejuta umat dalam tu nak tengok, berselfie bagai dengan dia kan. Tengok kat IG adalah 2,3 minah ni dapat selfie. Itupun kena halang dengan bodyguard. Ada yang dapat sign kat baju. Huntunglahhh!

Salah niat sangat datang event ni kan. Nama pun Wellness Festival! (sedapkan hati). Jadilah dapat bergambar dengan poster Beckham ni je ha. Kak Bell gigih jugak pergi cari kat hotel, jumpa Aishah Sinclare je, yang turut jadi pengacara masa kehadiran Beckham. Tahun depan, kalau ada lagi dapat jemputan, Kak Bell akan pakai pakaian sukan. Then Kak Bell akan panjat gunung dengan bertinju. Ok Bye!




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Ada dapat jemputan haritu. Tapi sayang tak dpt pergi. Kalau tak boleh join dah sekali event ni.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah tahun depan pulak ye kita pegi lagi. Hehe

    ReplyDelete
  3. Hadiah gempak !! Klu tau sure singgah sana join..

    ReplyDelete
  4. Iday pon pergi hari tu, dapat tengok David Beckham depan-depan.

    Memang meriah dan banyak aktiviti yang best. hehe

    ReplyDelete
  5. best sangat event ini. Harap tahun depan saya ada peluang untuk menyertai juga

    ReplyDelete
  6. Terlepas tgk Beckham!! Tunggu tahun depan ya.

    ReplyDelete
  7. ramainya yang join tengok pak david ni.. jealouslah camni hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya.. dapat juga jemputan tapi masa tak sesuai. anak sekolah.

    ReplyDelete
  9. Lewat juga ye David Beckham punya event, Ingatkan main sesam dengan peminatnya. hehe

    ReplyDelete
  10. Ala sian dia xdapat jumpa David Beckham T-T

    ReplyDelete
  11. menarik yer event ni.. takde rezeki nak join..

    ReplyDelete
  12. Meriahnya event. Alaaaa... tak ada rezeki nak jumpa David Beckham yer.

    ReplyDelete
  13. cepat betul dia buat entry, kita sekadar p jenguk2 je. huhu

    ReplyDelete
  14. Saje je buaat entri ni. Tambah content katanyaaaa

    ReplyDelete
  15. Best kan. Cuma tak sempat nak kumpul point tu. Ramai orang. Wuwuwuw.

    ReplyDelete
  16. we are AIA customers for years. too bad they dont invite customer to such events

    ReplyDelete
  17. Sis pun AIA customer dah 10 tahun rasanya, tak pernah pun dapat invitation sebegini...huhuhu sedih tau diaorg tak pikiq gan loyal customer mcm sis.
    Apa2 pun serius cakap...diorg punya service memang terbaik.

    ReplyDelete
  18. alahaii syangnya tak dpt tgk..nad nampak pun dri jauh..hahaa..sebb jaga anak..nak bersesak, malas

    ReplyDelete
  19. Oh bestnya ade kad jemputan dari AIA. Semua kiosk Dan activities kat dalam pun bagus

    ReplyDelete
Previous Post Next Post