Hi Korang! Salam sejahtera buat semua.
Suka bergaya dengan kasut tumit tinggi tak? Rasanya memang wajib bagi
setiap dari kita sekurang-kurangnya memiliki sepasang 'high heels'. Ibarat irama dengan lagu, high heels merupakan salah satu
must-have fashion item untuk tampil lebih elegan dalam penampilan
seharian. Kak Bell pun dahulunya, memang peminat tegar kasut tumit tinggi.
Pasti menggayakan kasut tumit tinggi kalau nak kemana-mana. Btw, seiring
dengan peningkatan usia ni tak adalah gigih macam dulu lagi nak ber'heels'
setiap masa. Seriously, bila pakai heels ni rasa up to date dan dapat
memberi kepuasan kepada diri. Maklumlah kita ni rendang je orangnya, nak
juga nampak persis bak model! Walaupun kadang-kadang tu sakit kaki, melecet, tetap kugigihkan jua
bertumit tinggi. Betul tak?
The "Vase"
Begitulah mukaddimahnya yer. Pada 23 September 2017 yang lepas, Kak
Bell telah dijemput hadir untuk sesi minum petang bersama
dengan Dato' Lew Fong Voon, pengasas jenama Lewré di Italiannies The Gardens Mall. Ianya adalah bersempena dengan
Ulangtahun ke-20 Lewré disamping pembukaan Galleria di North
Atrium Garden Mall yang mempamerkan hasil kerja tangan Dato' Lew.
Selain beramah mesra dengan Dato' Lew, Kak Bell juga berpeluang untuk
mencuba koleksi terbaru beliau iaitu "I Love You" yang didedikasi khas buat mendiang Puteri Diana.
20 Years of Masterpiece
Lewré (disebut sebagai Lu-Ray) mewakili sinar harapan, yang
menjadi gagasan bagi pereka terkenal tempatan, Dato' Lew Fong Voon. Dato'
Lew berkata, sambutan Ulangtahun ke-20 Lewré ini adalah bagi meraikan
kejayaan, kerja keras dan ketekunan ke atas jenama Lewré itu sendiri. Dato
'Lew juga berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada generasi muda dan
mengekalkan peranan anak tempatan sebagai pelopor di pasaran antarabangsa
dalam seni reka bentuk dan penciptaan kasut.


"Magic descends on those who are willing to explore"
Dato' Lew juga bercerita juga tentang inspirasi dalam hasil rekaan
beliau, selain mengimbau kembali tentang hasil tangan beliau yang telah
menyiapkan 6 buah pasang kasut dan 3 buah cluth untuk Kate Middleton
semasa kunjungan the Duchess of Cambridge ke Malaysia. Di bawah ni merupakan sedikit rakaman semasa sesi tersebut.
Lewré Galleria
Bermula dari 23-29 September 2017, satu galleria ditempatkan di Garden
Malls yang mempamerkan koleksi ciptaan Lewré. Orang ramai bolehlah
berkunjung ke galleria ni untuk melihat sendiri dan menghargai 20 tahun
kejayaan yang dicapai oleh jenama Lewré.
Di galleri ni, semua hasil rekaan memberi tumpuan kepada nilai dan reka
bentuk Lewré dalam proses pembuatan dan juga reka bentuk kasut. Turut
dipamerkan, draf, inspirasi awal sebelum penghasilan setiap rekaan kasut.
Lewré Galleria juga telah menyaksikan pelancaran buku Dato' Lew yang
bertajuk 'Luminous Ray', buku yang ditulis mengenai pengalaman dan kisahnya dalam membina jenama
Lewré sehingga berjaya pada hari ini. Di bawah ni, merupakan diantara
koleksi yang dipamerkan di galleri tersebut.
‘Chorak’, a black lacey shoe inspired by wayang kulit which was
specially designed for
HRH Kate Middleton, the Duchess of Cambridge.
In 1997, Jimmy Choo was to deliver a pair of V-cut flats to Princess
Diana but it was never to be worn by her. Following the tragic incident,
he gifted the mold to Dato’ Lew. Coincidentally, HRH Kate Middleton,
Duchess of Cambridge shares the same feet size as the late Princess and
the mold was ideal for creating a pair that was gifted to her during the
Diamond Jubilee visit. Named ‘Putria’ for the princess, the
design was inspired by Kate’s sophistication and in deep blue to reflect
her sense of poise.
Selain itu juga, turut dipamerkan hasil karya lukisan Dato Lew buat
perseorangan yang telah memberi inspirasi dan sumbangan positif kepada
kehidupan dan jenamanya. Seni yang dicat oleh Dato 'Lew adalah sebgai tanda
penghargaan kepada mereka. Diantara lukisan yang ada di galleri tersebut
ialah gambar Puan Sri Shariffa Sabrina, Datin Seri Rosmah Mansur, Dato' Siti
Nurhaliza, Dato' Sheila Majid, Datin Winnie Loo dan Chui Ling.
Kate Middleton, Duchess of Cambridge
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultanah Hajjah Kaalsom Binti
Abdullah
(The Sultanah of Pahang)
(The Sultanah of Pahang)
Dato Lew amat menghargai semua orang yang telah menyumbang kepada kejayaan
beliau pada hari ini. Diantaranya mentor beliau iaitu Allan William yang
berasal dari Australia, telah mengajar beliau cara untuk melakar kasut dan
Kleinert Siegfried dari Germany yang mengajar beliau mengenai bahagian
teknikal dalam pembuatan kasut. Selain itu juga, beliau mendapat tunjuk ajar
tentang penggayaan kasut dari mentor yang berasal dari Itali dan Seiki
Shindo-san dari Jepun, dan aspek artistik dari Joe Goodman, juga berasal
dari Australia. Di antara kesemua mentor beliau, Dato' Professor Dr. Jimmy
Choo adalah orang penting yang membimbing dan membantu Dato' Lew dalam
perjalanan kerjaya beliau.
“He’s a force in the industry to be reckoned with, and to be mentored
by him is a great honor.”
kata Dato' Lew kepada Dato' Jimmy Choo.
Di galleri ni juga turut ditempatkan satu booth untuk pengunjung melihat sendiri bagaimana proses untuk membuat sepasang kasut.
Art, Inspiration, and Design
Aspirasi Lewré adalah berkisar kepada menjadikan kasut sebagai suatu
seni. Dato' Lew melihat dan menghargai ke semua yang dilihat disekeliling
beliau dan diterjemahkan kepada lukisan atau dalam hasil rekaannya.
Kebanyakan daripada reka bentuk kasut Lewré semuanya dipengaruhi oleh seni
yang sebahagian besar inspirasinya datang dalam bentuk ekspresi artistik.
Kat bawah ni korang boleh tengok hasil rekaan beliau yang berinspirasikan
dumpling Cina, Xiaolongbao, chopstik, tembok besar cina dan
sebagainya.
Sumber inspirasi dari dumpling Cina, Xiaolongbao
Sumber inspirasi dari Forbidden City of China
Chopstik sebagai idea
Dari segi artistik, seni dalam sebuah rekaan kasut turut direka berdasarkan
kepada watak, keperibadian dan personaliti si pemilik calon kasut. Setiap
hasil rekaan kasut yang dipamerkan di Galleri ini adalah hasil dari 3 elemen
yang bermula dari penceritaan, hasil seni dan seterusnya hasil akhir. Ianya
menyoroti kepada 3 elemen utama dari konsep idea ke visualisasi dan akhir
sekali kepada pengeluaran sepasang kasut Lewré.
Setelah berkunjung ke Galleria, kami semua melawat pula ke bahagian pameran
untuk koleksi terbaru beliau iaitu koleksi kasut "I Love You". Semua kasut
yang direka ada ceritanya yang tersendiri. Dato' Lew juga turut menunjukkan
bakatnya untuk membuat lakaran kasut yang diinspirasikan oleh Lady
Diana.
Dedicated to all ladies in conjunction with International Women
Day
Paling menarik ialah The "Vase" yang dibuat daripada emas 24 karat!
Berapalah harga replika kasut ni agaknya kan. Bolehlah suruh teman lelaki
memasing beli satu yer. Untuk melihat sendiri koleksi 'I Love You' Lewré bolehlah berkunjung ke The Gardens Mall Mid
Valley.
Lot G-210, Ground Floor
The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur
Win yourself a pair of Lewré Bespoke!
Untuk tempoh pameran dari 23 September-29 September 2017, turut diadakan
pertandingan untuk 'Reka Bentuk Paling Reka Kreatif'. Peserta yang melukis
reka bentuk paling kreatif akan berpeluang memenangi sepasang kasut Lewré
dari koleksi 'I Love You' Lewré yang bernilai lebih dari RM3000.
Kepada gadis cantik kat luar sana tu, bolehlah custom made kasut tinggi
korang supaya pemakaian lebih selesa dan semestinya lebih elegan
dengan Lewré Bespoke. Untuk maklumat lanjut boleh layari website
dan laman sosial Lewré Bespoke kay.
wahh cantik-cantik ya koleksi Lewré.
ReplyDeleteLewre ni memang selesa.. cuma dulu tak suka design dia. tapi sekarang boleh tahan juga. Mengikuti peredaran masa..
ReplyDeletePengalaman yang sangat berharga nih bisa ketemu langsung foundernya. hehe
ReplyDeleteAduh macam sakit plak tgk design The Vase tuuuu ngeri pulak pakai gitu. tapi jenama Lewre ni memang terkenal! :)
ReplyDeletevery interesting history and details. love the paintings
ReplyDeleteNampak menarik design kasut kasut.nak check out kat lewre store jugakla
ReplyDeleteterinspirasi bila baca kosah ini.Seronok baca kisah macam ni.. bak kata pepatah,bersusah susah dahulu,bersenang senang kemudian. Design pun berseni
ReplyDeleteKagum Sal dgn usahawan gini..usaha tangga kejayaan..jadi inspirasi dan motivasi diri bila baca..
ReplyDeleteThanks atas perkongsian bell. Sangat detail. Intunglah dapat tengok proses buat kasut.
ReplyDeleteTakut tengok deign kasut tumit tingginya tu sangat menggerunkan nak pakai tambah-tambah yang brsaiz sikit ni hehehehe....
ReplyDeleteBetul tu Bell.
ReplyDeleteDah takde kegigihan dah nak meninggi macam dulu hahaha
Dulu ada jugak sepasang dua kasut Lewre ni, now dah tak kira brand apa janji selesa dan tak tinggi2..hehehe
ReplyDeletewow, cantik2 kasut tingginya tumit ^^
ReplyDeleteTak pernah ada kasut lewre. Tapi design dia memang lawa2 la. suka yang isteri pm punya. cantik.
ReplyDelete20 Tahun bukan sesuatu yang sekejab... tahniah diucapkan kepada beliau atas kejayaan yang berjaya dikecapi.
ReplyDeletesuka kasut dia. sedap pakai. ada 1 wedges dia sampai lunyai pakai.
ReplyDelete