Resepi Ayam Masak Sambal Hijau

Hi Korang! Kaedahnya dah lama dah kak bell nak masak ayam dalam freezer tu. Asyik busy memanjang. Tak sempat nak masak. So harini, nak share resepi masakan ayam masak sambal hijau. Kalau nak masak sambal cili padi mau seguni cili padi nak pakai sebab ujung2 lite2 jer kuahnya. Sikit! Resepinya pun mudah sebab tak guna banyak bahan. Campak2 je, pung pang bunyi sudip dah siap.


Bahan A
6 ketul ayam
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
2 biji limau kasturi
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!


Comel je serai iols! Haha

3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4) Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.




Dah siap! Faveret ni masakan ayam sambal hijau. Walaupun pedas, makan dengan nasi putih je pun sedap uolss! Bolehlah cuba dan share resepi ni kalau korang nak. Eh! 2 ketul ayam dah kak bell baham. K bye.


CONVERSATION

19 comments:

nak gak said...

Alaaaa.. Kali ni xsempat nk rasa.. Repeat pleaseesee👍🏼👆🏼

Bella Jamal said...

Boleh..belikan ayam sekor.i buatkan.kikiki

Aron Excell said...

Request udang galah masak sambal hijau ni.... mesti perghhhhhh

Anonymous said...

kak bella ni pondan ke?

Bella Jamal said...

Kak Bella dulunya pemenang ratu cantik pondan Cambodia 3 tahun berturut2. So sekarang dah kertu, sendu , so Kak Bella masak ajela kat rumah. Kenapa dik, nak menimba ilmu jadi ratu pondan ke nak jadi ratu memasak?

Farida Mohd Ali said...

I've just tried Bella's recipe "Ayam Masak Hijau." It turned out well & delicious.

I'm happy. Thanks Bella!

Insya'Allah, I'll try your other recipes.

Bella Jamal said...

TQ Farida Mohd Ali. Im happy since the recipe turned out delicious :)

Farida Mohd Ali said...

Adoi! Bella! Remember .... short & sweet,no need to type long long my name. Only made your fingers tired.

I've sent to my friend a link to your recipe "Ayam Masak Merah" & forwarded a photo as evidence of my "accomplishment" ... success in cooking your recipe, "Ayam Masak Merah" on my first attempt.

Farida Mohd Ali said...

Oops ... dah mabuk! Typo error, it should be "Ayam Masak Hijau" instead of "Ayam Masak Merah."

Bella Jamal said...

Oops! OK FAR :) Do invite your friend to support me too ya!

MFM.Mokhtar said...

kak bell ni pon kita salu buat mak yg jara resepi mcm nih mmg meletop sdp kan..hehe

Bella Jamal said...

Faveret ni!

whatever said...

Sis..serbuk kunyit nak pakai banyak mana?

Bella Jamal said...

Serbuk kunyit tu secukupnya untuk kunyitkan ayam tu je dik. Sebab kita nak goreng dulu ayam tu :)

whatever said...

Thnks sis..dh try buat..sedp sgt >_<

Bella Jamal said...

Yeay! Alhamdulillah kalao resepi ni menjadi. Bolehla cuba resepi yang lain ya

Fhatiha 13 said...

Assalammualaikum .. kak nak tnya . Ada x resepi ayam masak indonesia ?

Bella Jamal said...

Waalaikumussalam. Cuma ada resepi Ayam Kicap Masak Borneo. Nanti sy cuba cari kalau ada Ayam Msk Indonesia ya ��

Dedaun Comel said...

Selalu makan masak merah je.. kena cuba resepi ni.. mesti sedap kan perghh

Instagram

Follow Us