Spektakuler dan Tidak Terkalahkan: Pengalaman Menonton Konsert Ziana Zain 2024 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Spektakuler dan Tidak Terkalahkan: Pengalaman Menonton Konsert Ziana Zain 2024

Trending

Spektakuler dan Tidak Terkalahkan: Pengalaman Menonton Konsert Ziana Zain 2024

Kenangan Manis Bersama Diva Pop

Sabtu lepas 25 Mei, Mega Star Arena di Plaza Sungai Wang dipenuhi dengan kehadiran 5,000 penonton yang datang untuk menyaksikan kehebatan seorang diva terulung, Ziana Zain. Kak Bell rasa bertuah sangat dapat menjadi sebahagian daripada penonton yang menyaksikan Ziana Zain Konsert 2024.

Sejak kali terakhir Ziana mengadakan konsert solo pada tahun 2001 di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur, ternyata peminat masih setia menunggu kemunculan beliau. Ziana Zain, dengan gelaran Diva Pop, terus memukau dan menyentuh hati penonton dengan gaya nyanyiannya yang tiada tandingan.

Konsert Ziana Zain 2024

Perjalanan Seni Penuh Memori

Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi lebih kepada perjalanan seni Siti Roziana Zain yang penuh dengan kisah suka dan duka. Ziana Zain Konsert 2024 merupakan manifestasi daripada dedikasi dan cinta beliau terhadap dunia seni. Kak Bell merasakan setiap lagu yang dipersembahkan membawa penonton mengembara melalui kenangan dan emosi yang mendalam. Memang terkenang lah zaman-zaman dari filem Sembilu, Marian-Mariana dulu.

Konsert Ziana Zain 2024

Konsert Ziana Zain 2024

Konsert Ziana Zain 2024

Di Sebalik Konsert Ziana Zain 2024

Di bawah pimpinan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik dan Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert, persembahan Ziana disokong oleh barisan pemuzik hebat seperti Nan Alias (gitar), Wan Gigi (gitar), Gideon (bass), Derrick Siow (dram), Firdaus (keyboard), Steve Thornton (perkusi), serta penyanyi latar Mariam, Fazira, dan Affan. Gabungan pemuzik ni menghasilkan sebuah konsert yang sangat mengujakan sampai tak terasa dah berhibur sepanjang dua jam konsert berlangsung.

Untaian Lagu Hits Sepanjang Zaman

Ziana menyampaikan 20 buah lagu hits yang sentiasa menjadi siulan peminat dari dahulu hingga kini. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Tiada Kepastian, Kasih Ku Pertahankan, Anggapanmu, Senja Nan Merah, Setiaku Di Sini, Kekal, Bersama Akhirnya, Berpisah Jua, Madah Berhelah dan banyak lagi.

1. ADA SUARA ADA CINTA
2. DENGARKANLAH
3. SATU DETIK
4. SANGKAR CINTA
5. TIADA KEPASTIAN
6. KASIH KU PERTAHANKAN
7. ANGGAPAN MU
8. SENJA NAN MERAH
9. LARA
10. BERSAMA AKHIRNYA
11. KEKAL
12. PUNCAK KASIH
13. SETIAKU DI SINI
14. TERKENANG JUA
15. FATALISTIK
16. KEMELUT DI MUARA KASIH
17. BERPISAH JUA
18. BUKAN
19. DINGIN
20. MADAH BERHELAH

Setiap lagu disampaikan dengan penuh perasaan dan penghayatan, membuatkan penonton tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Cuma Kak Bell aje lupa semua liriknya just enjoy nyanyi mana yang tahu ajelah.

Selain menghiburkan peminat, Ziana juga berkongsi kisah peribadi yang penuh suka dan duka sepanjang bergelar anak seni. Kak Gee berkongsi cerita tentang pembabitan awalnya sebagai pelakon selepas dilamar oleh pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam hinggalah sekarang masih bertahan sebagai penyanyi yang sangat dikagumi. Skrin besar di pentas juga ada menayangkan pencapaian Ziana sepanjang menjadi penyanyi, anugerah yang diterima, dan klip-klip filem lakonannya, menjadikan pengalaman menonton konsert ini lebih bermakna.

Busana Konsert Ziana Zain 2024

Semasa persembahan, Ziana Zain kelihatan anggun menggayakan tiga busana mewah rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Datuk Rizalman, dan Ezuwan Ismail. Setiap penampilan Ziana di pentas menambah keindahan dan keanggunan persembahan, memukau mata setiap penonton yang hadir.

Konsert Ziana Zain 2024

Konsert Ziana Zain 2024

Konsert Ziana Zain Singapura Pada 28 September

Di akhir konsert, Ziana mengumumkan berita gembira bahawa konsert akan diteruskant di Singapura pada 28 September

Menonton Ziana Zain Konsert 2024 adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak akan dilupakan. Ziana Zain benar-benar membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan terus mengukir nama sebagai diva terulung dalam industri muzik tanah air.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post