Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA 10 Ogos 2024 Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA 10 Ogos 2024 Ini

Trending

Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA 10 Ogos 2024 Ini

Pengenalan Konsert CIPTA
Memilih judul yang ringkas namun mengesankan, "CIPTA" sebagai nama konsert terbaru pada 10 Ogos 2024, ia cukup melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M.Nasir.

Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA

Kehebatan dan Legasi M.Nasir

Seantero Nusantara tahu, seluruh karyawan seni sedar dan belajar daripada banyak karya yang telah diciptakan oleh M.Nasir. Beliau adalah ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu, dan semua yang berkaitan dengan penciptaan karya seni yang berkualiti tinggi. Setiap karya yang dicipta oleh pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed ini jarang sekali tidak meledak saat dipasarkan; daripada karya yang dicipta untuk penyanyi solo lelaki dan wanita juga kugiran rock mahupun mengusung genre pop dan balada.

Karya Luar Biasa dan Pencapaian

Untuk dirinya yang digelar Maestro, figura berusia 66 tahun ini sentiasa mencipta karya-karya hebat, luar biasa dan malar segar sehingga meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik. Maka dengan itu, apabila CIPTA dipilih sebagai konsert julung kali dari M.Nasir yang diadakan tahun ini, ia merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.

Butiran Konsert CIPTA

Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA

“Icon Entertainment sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara. Tapi inilah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti daripada seorang karyawan seni ditumpahkan lalu menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan. Menerusi DATO’ M.N45IR CIPTA, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka. Dan di DATO’ M.N45IR CIPTA, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” ujar Iman Tang dari Icon Entertainment.

Janji Persembahan M.Nasir

Sebagai seniman sejati, M.Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’. Sebaliknya, seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa. Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan momen masa hadapan.

Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA

Konsert Dato’ M.Nasir CIPTA

Harga Tiket Konsert M.Nasir Cipta

Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS) menanti anda. Tiket online mula dijual pada 27hb Mei 11.00am di platform: http://www.ticket2u.com.my

INFORMASI ACARA:
ACARA: DATO’ M.N45IR CIPTA
TARIKH: 10 Ogos 2024
LOKASI: Axiata Arena Bukit Jalil
PENGANJUR: Icon Entertainment

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repertoir lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri - Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan. Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada 10 Ogos 2024 untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post