Review Rawatan Silk Peel Facial + PicoSure Whitening Laser di MyClinic Damansara - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Rawatan Silk Peel Facial + PicoSure Whitening Laser di MyClinic Damansara

Trending

Review Rawatan Silk Peel Facial + PicoSure Whitening Laser di MyClinic Damansara

Pendahuluan

Semua orang mahukan kulit yang cantik dan sihat kan?Dalam usaha untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri, ramai individu mencari pelbagai jenis rawatan kecantikan yang non-invasive dan juga tiada downtime! Salah satu daripada pilihan popular adalah rawatan facial. Kali ini Kak Bell nak berkongsi pengalaman buat rawatan Silk Peel Facial dan PicoSure Whitening Laser di MyClinic Aesthetic Skin & Laser Specialist, Damansara Uptown.

PicoSure Whitening Laser MyClinic Damansara

Rawatan disediakan MyClinic Aesthetic Skin & Laser Specialist

MyClinic telah dikenali sebagai klinik yang dipercayai untuk rawatan kecantikan yang berkualiti. Dengan tenaga pakar profesional dalam bidangnya dan peralatan teknologi terkini, MyClinic menyediakan pelbagai rawatan yang merangkumi keperluan pelanggan dari segi kecantikan dan kesihatan kulit.

Untuk pengetahuan anda, Aesthetic Skin & Laser Specialist ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Artis-artis pun memang ramai datang MyClinic buat rawatan kecantikan, so memang klinik yang dipercayai!

Di antara rawatan yang disediakan adalah:
  • Facial: Oxygeneo facial, Silk Peel Facial, Hydra Facial, Aqua Facial, Hydrating Facial, Vita Facial
  • Face: Ultherapy, Juvederm Volite, Profhilo, Thermage, Exilis Ultra 360, Redensity Skin Booster, Dermal Filler, etc.
  • Pigmentation & Melasma: PicoSure® Laser, CO2 Laser
  • Whitening & Brightening: PicoSure® Laser, Dual Yellow Laser, Redensity® [1] Skin Booster (RD1), NEWEST | PLINEST
  • Acne & Scars: PicoSure® Laser,Dual Yellow Laser,CO2 Laser,Rejuran Healer,PRP (Platelet Rich Plasma),Dermapen Microneedling
  • Body Contouring: CoolSculpting,Emsculpt Neo,Exilis Ultra 360
  • Sexual Confidence/ Post-Partum: Ultra Femme 360,Pink Intimate,Emsella
  • Hair: GentleYag Hair Removal,Hair Transplant,CYJ Hair Filler,PRP (Platelet Rich Plasma) Hair

Sesi Konsultasi / Consultation

Sebelum menjalani rawatan, terlebih dahulu akan ada sesi konsultasi dengan pakar kulit di My Clinic. Ini adalah langkah penting untuk memastikan rawatan yang dipilih sesuai dengan keperluan kulit individu. Doktor akan menilai jenis kulit, masalah kulit yang dihadapi, dan merancang rawatan yang paling sesuai. Semua tu, tujuannya supaya rawatan yang dipilih memang betul-betul sesuai dengan kulit kita.

Review Rawatan Silk Peel Facial MyClinic Damansara

Antara masalah yang di hadapi pada kulit muka Kak Bell ialah kulit kering (dryness), pores, fine lines, wrinkle, tona tidak sekata dan bekas jerawat (acne scars). Jadi doktor sarankan rawatan Silk peel facial dan juga whitening laser Pico Sure.

Apa itu rawatan Silk Peel Facial?

Silk Peel Facial (Silkpeel Dermallnfusion) merupakan prosedur pengelupasan lembut berteknologi moden dari Amerika Syarikat. Rawatan kulit wajah ini menggabungkan teknik pengelupasan tidak invasif bersama penyelesaian topikal spesifik. bertujuan untuk membersih, menambah kelembapan, dan menyegarkan kulit muka. Ia melibatkan penggunaan peralatan vakum berteknologi tinggi yang mampu menyingkirkan sel kulit mati serta kotoran yang terperangkap dalam pori-pori kulit. Proses ini disertai dengan penyuntikan serum khas yang diperkaya dengan nutrien untuk memberikan kulit kesegaran dan kelembapan semula jadi.

Review Rawatan Silk Peel Facial

Review Rawatan Silk Peel Facial MyClinic Damansara

SilkPeel Dermalinfusion adalah proses rawatan SIMULTANEOS 3-IN-1 TECHNOLOGY FOR OPTIMAL SERUM DELIVERY dengan langkah berikut:
  • EXFOLIATES: Removal of dry damaged skin cells
  • EXTRACTS: Deep cleansing of skin surface of pores
  • INFUSES: Delivery of condition-specific serum deep into the skin

Kebaikan Silk Peel Facial

Kelebihan rawatan ini juga terletak pada kemampuannya memberikan kesan segera tanpa menyakitkan. Jadi, selepas menjalani rawatan selama 20 hingga 30 minit, anda boleh terus melanjutkan rutin harian tanpa sebarang halangan. Prosedur yang selamat ini juga istimewa kerana ia tidak menyebabkan iritasi atau kerengsaan kulit.

Review Rawatan Silk Peel Facial + PicoSure Whitening Laser di MyClinic Damansara

Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk yang sensitif. SilkPeel membantu mengatasi pelbagai masalah dermatologi seperti hiperpigmentasi, jerawat, kulit kering, garis-garis penuaan, dan kedutan. Biasanya, pengguna yang menjalani rawatan SilkPeel akan melihat hasil selepas sesi pertama. Untuk hasil terbaik, disarankan untuk menjalani 4 hingga 6 sesi berturut-turut.

Kenapa kita patut cuba rawatan Silk Peel ni? Eh, sebabnya banyak gila! Kulit kita akan jadi lebih bersih, jerawat kurang, dan kulit pun jadi lebih cerah. Serius, lepas ni tak payah risau pasal kulit kusam! Ini sebab mengapa anda perlu mencuba rawatan Silk Peel Facial di MyClinic:
  • Tidak beracun, Non-invasive
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Hasil rawatan dapat dilihat segera
  • Tidak sakit
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis halus, kesan parut dan bekas jerawat
  • Merawat kulit berminyak dan jerawat
  • Mencerahkan dan menyegarkan kulit
  • Merawat kulit kering dan kusam, Melembapkan kulit yang kering
  • No downtime, tiada tempoh pemulihan yang diperlukan atau tiada kesan sampingan

Pengalaman Rawatan di My Clinic

Untuk step pertama just cleasing, kemudian proses extraction untuk buang semua whitehead dan blackhead. Proses ni sakit sikit lah bagi yang tak pernah buat extraction.

Review Rawatan Silk Peel Facial + PicoSure Whitening Laser di MyClinic Damansara

Review Rawatan Silk Peel Facial MyClinic

Review Rawatan Silk Peel Facial

Selepas kulit diredakan, proses whitening laser dimulakan. Terdapat 2 sesi untul laser whitening. Untuk kali pertama, laser dilakukan jauh sikit dari kulit, kemudian sesi kedua lasernya kat sedikit dan lebih dekat dengan epidermis kulit. Masa laser tak perlu risau, cuma rasa macam kena gigit semut je.

Kemudian, proses serum infusion diletakkan pada kulit muka gunakan mesin sedut kat muka. Seterusnya mask muka dan urutan bahu. Kesemua proses rawatan mengambil masa dalam 3 jam.

Review Rawatan Silk Peel Facial

Review Rawatan Silk Peel Facial

Pengalaman menjalani rawatan Silk Peel Facial di My Clinic sangat memuaskan. Dari awal hingga akhir, staf di klinik sangat profesional dan mesra. Proses rawatan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang ketidakselesaan.

Dekorasi MyClinic yang serba ringkas dan kemas sedikit sebanyak menenangkan jiwa. MyClinic mempunyai dua tingkat, di bawah merupakan tempat pendaftaran dan sesi konsultasi bersama doktor manakala di atasnya untuk menjalani rawatan silkpeel, facial, body massage dan sebagainya.

Review Rawatan Silk Peel Facial

Selepas rawatan selesai, Kak Bell dibekalkan dengan krim dan ubat antibiotik. Itupun jika muka ada kemerahan atau breakout. Rawatan ini boleh dilakukan 3 kali sebulan ataupun setiap bulan, bergantung sepenuhnya kepada keadaan kulit wajah. Selepas 2 hari sesi rawatan, Kak Bell dapat merasai perubahan yang ketara pada kulit muka. Kulit terasa lebih segar dan berseri dan lebih lembap.

Love the environment here and their doctors and staffs are all friendly as well. Will definitely come again. Memang berbaloi!

Harga Rawatan

Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada keadaan kulit masing-masing jadi untuk keterangan lanjut, kenalah membuat temu janji untuk konsultasi. Bolehlah hubungi mana-mana outlet MyClinic untuk sesi temujanji.

MyClinic Damansara

MyClinic Aesthetic Skin & Laser Specialist (Damansara Utama/Uptown)
8, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
https://www.myclinic.com.my/

Kesimpulan

Dengan kebaikan yang ditawarkan oleh rawatan Silk Peel Facial dan kecekapan My Clinic Aesthetic Laser Clinic, Kak Bell memang recommend gila! Korang boleh cuba dan boleh dapatkan kulit berseri sebelum Hari Raya! MyClinic Aesthetic Skin & Laser Specialist ada jawapannya!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post